
LONDON - Jumlah perkahwinan paksa yang membabitkan golongan wanita di Britain yang dibawa keluar negara untuk berkahwin adalah lebih tinggi daripada yang dianggarkan, menurut satu laporan rasmi yang disiarkan semalam.
Jumlah perkahwinan paksa yang dilaporkan hanya 300 kes setahun tetapi satu kajian Kementerian Dalam Negeri Britain mendapati jumlah sebenar mungkin mencapai 4,000 kes.
Salah seorang anggota panel kajian, Dr. Nazia Khanum, di bandar Luton berhampiran London sahaja terdapat 300 siasatan berhubung perkara itu.
Salah seorang anggota panel kajian, Dr. Nazia Khanum, di bandar Luton berhampiran London sahaja terdapat 300 siasatan berhubung perkara itu.
Seorang anggota Dewan Pertuanan, Sayeeda Warsi berkata, perkahwinan paksa sepatutnya dianggap sebagai satu kesalahan jenayah seperti keganasan rumah tangga bagi melindungi wanita muda.
- AFP