Selasa, 4 September 2007

NIEW khusus untuk memperkasa dan membangunkan wanita


Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata: "...Malaysia percaya penubuhan Institut NAM Bagi Memperkasa Wanita (NIEW) mempunyai dua tujuan penting.

Pertamanya, sebagai satu institusi antarabangsa, ia akan berada dalam kedudukan baik untuk merangsang diskusi, menggalakkan dan membolehkan pertukaran dan percambahan idea, serta muncul sebagai sebuah pusat bagi penjanaan kapasiti dan latihan ke arah memperkasa wanita di peringkat antarabangsa.

Keduanya, ia akan bertindak sebagai titik tumpuan untuk meningkatkan kerjasama di kalangan negaranegara anggota NAM dan bersama negaranegara lain.


Sokongan penuh diperlukan

Justeru, Abdullah berkata adalah menjadi harapan Malaysia yang negaranegara anggota NAM akan memberi sokongan penuh bagi cadangan ini.

Cadangan itu disambut baik oleh menterimenteri serta perwakilan negaranegara anggota NAM yang menghadiri mesyuarat itu.

Sejak itu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang diberi tugas menubuhkan pusat itu telah memulakan usaha.

NIEW ditubuhkan dengan rasmi pada 1 Julai, 2006 dengan pejabatnya di Wisma Sime Darby, Jalan Raja Laut, di sini. Ia dilengkapkan, antara lain, dengan satu pejabat pentadbiran, bilik kuliah, satu makmal komputer dan sebuah perpustakaan.

Ia akan dilancarkan pada 10 Sept ini dan sebuah Panel Penasihat (AP) dan Jawatankuasa Kerja Teknikal (TWC) bagi NIEW telah dipilih di kalangan negaranegara anggota NAM dan Malaysia.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan menyerahkan surat pelantikan semasa satu mesyuarat yang akan diadakan pada sebelah tengah hari 10 Sept.

Pada 11 Sept, NIEW akan menganjurkan satu forum bertema: Memperkasa: Isuisu Utama dan Cabaran di Negaranegara Anggota NAM di hotel Palace of the Golden Horses.


Penubuhan NIEW

Menurut pengarahnya, Mahani Tan Abdullah, NIEW ditubuhkan dengan wawasan untuk muncul sebagai satu institut pengajian antarabangsa yang mengkhusus dalam memperkasa wanita dengan menjana kapasiti dan latihan bagi negaranegara anggota NAM.

NIEW dijangka bertindak sebagai pemangkin bagi negaranegara anggota NAM untuk menggalak dan melaksanakan programprogram latihan dan penyelidikan dalam bidangbidang berkaitan dengan memperkasa dan membangunkan wanita, katanya.

Mahani berkata penubuhan NIEW bukan sahaja akan menggalak dan meningkatkan kerjasama sedia ada di kalangan negaranegara anggota NAM, tetapi juga memperkukuh kerjasama Selatan-selatan bagi memperkasa dan membangunkan wanita, amnya.

Selain daripada menjana keupayaan dan menawarkan latihan, NIEW juga dilihat sebagai forum NAM untuk membentuk jaringan bersama forumforum serantau dan antarabangsa yang lain.

Mahani menekankan yang memandangkan NIEW adalah sumbangan Malaysia kepada NAM, Kerajaan Malaysia telah meluluskan peruntukan bagi pembinaan kampus tetap NIEW di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (20062010).


Kursus pertama NIEW

Beliau berkata NIEW akan terdiri daripada pelbagai jabatan yang bertanggungjawab menjalankan fungsi institut itu dalam menyediakan latihan, penjanaan keupayaan, penyelidikan dan pembangunan, pendaftaran, dokumentasi serta pewujudan pangkalan data.

Sebagai menunjukkan komitmen Malaysia ke arah memastikan kejayaan NIEW, kursus terulung `Gender dan Pembangunan' diadakan dengan jayanya dari 1425 Ogos 2006.

Kursus kedua `Gender dan Pembangunan' diadakan pada 1122 Jun 2007. Para peserta antara lain terdiri daripada, pengamal dasar, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan wakil-wakil NGO.

Kursus dua minggu ini dikendalikan oleh pakarpakar kajian gender dan diadakan di Institut Sosial Malaysia.


Latihan

Beliau menjelaskan Institut itu juga akan menjalankan penyelidikan dan pembangunan, membentuk jaringan bersama institut-institut antarabangsa lain serta aktiviti-aktiviti lain yang boleh menyumbangkan kepada pengupayaan wanita di negara-negara anggota NAM.

Sebagai sebahagian daripada strategi institut antarabangsa, beliau berkata NIEW merancang menawarkan, dengan kerjasama institusi pengajian tinggi tempatan, kursus mengenai gender di peringkat diploma dan ijazah dan diiktiraf oleh institutinstitut antarabangsa lain.

Ini selaras dengan objektif mempromosi NIEW sebagai sebuah pusat rujukan antarabangsa serta institut pengajian yang menyumbangkan kepada pembangunan modal insan negaranegara anggota NAM, tambah beliau.

BERNAMA