Rabu, 26 September 2007

Penumpang mandi dalam tandas pesawat China

BEIJING: Seorang penumpang sebuah pesawat penerbangan di China mengejutkan krew kabin apabila dia ditemui sedang mandi di dalam tandas pesawat terbabit.

Penumpang dalam penerbangan dari Nanning ke Chongqing mengadu kepada krew terbabit selepas lelaki berkenaan didapati berada di dalam tandas terlalu lama.

Seorang anak kapal terpaksa mengetuk pintu apabila menyedari air mengalir keluar dari tandas terbabit.

"Kami terpaksa membuka pintu menggunakan kunci dan terperanjat mendapati lelaki terbabit dalam keadaan separuh bogel," kata anak kapal terbabit sambil menambah lelaki yang dikenali sebagai Jin Sheng itu juga mendakwa pertama kali menaiki kapal terbang. – Agensi