
LONDON - Bandar metropolitan London merupakan bandar paling kotor dan mahal manakala ibu kota Belgium, Brussels pula dianggap sebagai bandar paling membosankan di Eropah, lapor satu tinjauan pendapat yang disiarkan semalam.
Tinjauan pendapat terhadap 1,100 pelancong yang dijalankan oleh TripAdvisor juga meletakkan London lebih kotor daripada bandar raya Paris di Perancis yang berada di tempat kedua.
Para responden yang ditemu bual berkata, Paris ialah bandar yang paling tidak peramah diikuti oleh London dan Moscow.
Para responden yang ditemu bual berkata, Paris ialah bandar yang paling tidak peramah diikuti oleh London dan Moscow.
Bagaimanapun, Paris masih mendapat tempat di hati kebanyakan pelancong sebagai destinasi paling romantik dan paling popular untuk membeli belah serta menikmati makanan di Eropah.
London pula dianggap mempunyai aktiviti pada waktu malam dan taman awam yang paling baik berbanding mana-mana negara di Eropah.
London pula dianggap mempunyai aktiviti pada waktu malam dan taman awam yang paling baik berbanding mana-mana negara di Eropah.
Bandar raya paling bersih adalah Zurich tetapi ibu kota Switzerland itu berada ditempat kedua sebagai bandar paling membosankan.
- AFP