Khamis, 13 Mac 2008

Presiden AS sambut menantu


Jenna Bush

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat, Presiden George W. Bush kelmarin menamatkan teka teki berhubung tarikh perkahwinan anak perempuannya, Jenna yang selama ini menjadi satu rahsia besar di White House.

Bush secara berseloroh menyatakan majlis pada 10 Mei ini akan menyebabkan beliau berhadapan kesukaran terutama untuk membuat keputusan berhubung perbelanjaan.

Jenna dan tunangnya, Henry Hager bercadang untuk melangsungkan perkahwinan mereka di ladang Bush di Crawford, Texas tetapi tiada maklumat lanjut mengenai majlis itu dikeluarkan oleh White House.

– AP