Khamis, 27 Mac 2008

Monitor komposisi tubuh


SYARIKAT elektronik gergasi Jepun, Matsushita Electrical baru-baru ini telah memperkenalkan satu monitor komposisi tubuh EW-FA70. Ia turut dilengkapi dengan pengimbas lemak subkutis optikal yang baru dibangunkan.

Pengimbas lemak subkutis optikal itu membolehkan pengukuran berat, indeks jisim tubuh (BMI), peratus lemak, kadar metabolisme dan otot.

Produk tersebut telah diperkenalkan pada prebiu media di Tokyo, Jepun baru-baru ini.
Matsushita akan mula menjual produk tersebut di Jepun bermula bulan Mei ini dan merancang untuk mengeksportnya ke pasaran Asia.

-Kosmo!