Memaparkan catatan dengan label e-mail collection. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label e-mail collection. Papar semua catatan

Ahad, 25 November 2007

KHASIAT PELUK ISTERI


Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

"Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

"Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,'' katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit' di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

"Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,'' katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

"Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,'' kata Fadzilah.

Isnin, 19 November 2007

Kasih sayang mengikut bulan lahir....... .


Januari

- Mudah jatuh cinta.
- Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang di cintai sekiranya dikhianati.
- Pandai mengambil hati pasangannya.
- Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya.
- Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya.
- Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekirannya pasangannya cemburu terhadapnya.
- Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang.
- ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh bila melakukan kerja


Februari

- Sukar untuk jatuh cinta .
- Amat hormat kepada pasangan.
- Amat suka memikat pasangan.
- Jujur dan berterus terang dalam perhubungan.
- Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya
- Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran (hanya pasangannya yang tahu) .
- Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan.
- Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya.


Mac

- Mudah menawan hati pasangannya.
- Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.
- Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati.
- Sangat baik dalam menjaga perhubungan.
- Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai.
- Perasaan cemburu yang minima.
- Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya.
- Mudah memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras.
- Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan.


April

- Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta.
- Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai.
- Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati.
- Sentiasa ingin diberi perhatian.
- Amat cemburu dalam perhubungan.
- Kesetiaan teguh terhadap pasangannya.
- Emosi cepat terusik dan mudah terluka.
- Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk.
- Romantik dan terlalu romantik.
- Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai.
- Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan.


Mei

- Amat mudah jatuh cinta.
- Baik dan jujur dalam perhubungan.
- Pandai menarik hati pasangan.
- Perasaan cinta yang mendalam.
- Mudah untuk di pujuk.
- Mudah menerima cinta seseorang.
- Pilihan yang tepat dalam berpasangan.
- Nekad untuk menjaga hubungan yang baik.
- Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control @ King Control).
- Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan.
- Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai memperlihatkan.
- Ambil berat dalam menjaga hubungan.


Jun

- Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan.
- Sukar melukai dan memahami hati pasangan.
- Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih.
- Cerewet dalam hubungan.
- Selalu beremosi.
- Mudah merajuk dan mudah di pujuk.
- Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang.
- Elok untuk menjadi Ibu yang baik.
- Dahagakan pujian dari pasangan.


Julai

- Amat suka didampingi pasangan.
- Sukar dimengerti oleh pasangan.
- Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan.
- Amat mudah dipujuk dan berterus terang.
- Amat menghargai kesetiaan pasangan.
- Mengambil berat dan mengasihi pasangan
- Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap individu yang dicintai.
- Mudah terluka dan lambat untuk pulih.
- Suka merajuk dan dipujuk.
- Setia terhadap pasangan.
- Suka mendengar dan tidak suka membantah.
- Cemburu terhadap pasangan.
- Suka menilai dan menjaga perhubungan.


Ogos

- Pandai memujuk pasangan
- Suka memimpin pasangan.
- Romantik, Pengasih dan Penyayang.
- Kelam kabut dalam perhubungan.
- Sangat sensitif .
- Mudah meluahkan kata cinta pada sesiapa yang berkenan.


September

- Bersopan dalam hubungan.
- bertolak ansur terhadap pasangan.
- Suka mengkritik pasangan.
- Sangat prihatin terhadap pasangan.
- Sangat sensitif dan emosi.
- Pandai memahami pasangan.
- Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan.
- Sukar melupakan sekiranya hati terluka.
- Mudah simpati dengan perasaan dan masalah pasangan.
- Pandai menyimpan perasaan.
- Suka berterus terang jika perkara itu tak disetujuinya.


Oktober

- Amat suka berkomunikasi dengan pasangan.
- Suka disayangi dan menyayangi pasangan.
- Sopan terhadap pasangan.
- Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan.
- Mudah terluka hati sekiranya pasangan ada melakukan kesalahan terhadapnya.
- Emosi yang mudah terusik.
- Pengasih, Penyayang terhadap pasangan.
- Cemburu dan terlalu cemburu.
- Romantik
- Memahami pasangan.


November

- Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan.
- Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa.
- Agak degil dan kuat pendirian.
- Mudah ambil berat terhadap pasangan.
- Emosi yang mendalam.
- Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan.


Disember

- Pemurah terhadap perhubungan
- Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama.
- Tergesa-gesa dalam perhubungan
- Suka didampingi oleh pasangan.
- Benci bila dikongkong.
- Berbakat untuk kahwin lebih dari satu.(Utk Lelaki)
- Suka mempengaruhi pasangan.

Jangan terlalu mencari KESEMPURNAAN.


Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga ........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU
hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....


Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar KEPERLUANmu...
Apabila sekali ia retak....
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula....
Akhirnya ia dibuang....
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.... Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....

Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA....
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya....
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....


Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan.
Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan MENYESAL.


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU...
MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain..
Kamu juga yang akan MENYESAL....


Selasa, 6 November 2007

Tanda Sihir


TANDA-TANDA PADA WAKTU TIDUR

1. Sangat susah tidur pada waktu malam, kalaupun dapat tidur sudah lama bersusah payah.
2. Rasa cemas dan sering terbangun pada waktu malam.
3. Mimpi yang buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta ingin memekik untuk meminta pertolongan akan tetapi tidak sanggup.
4. Mimpi yang sangat menyeramkan.
5. Mimpi melihat berbagai macam binatang seperti melihat kuching, anjing, unta, ular, singa, serigala atau tikus.
6. Gigi geraham yang berbunyi pada waktu tidur.
7. Tertawa, menangis atau memekik pada waktu tidur.
8. Berperasaan sedih pada saat tidur.
9. Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar.
10. Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat yang tinggi.
11. Mimpi sedang berada di kuburan, ditempat pembuangan sampah atau tempat yang mengerikan.
12. Bermimpi melihat orang sangat aneh, seperti sangat tinggi, sangat pendek atau sangat hitam.
13. Bermimpi melihat hantu.


TANDA-TANDA PADA WAKTU SEDAR ATAU JAGA

1. Kepala selalu pusing, yang tidak disebabkan oleh penyakit pada dua mata, telinga, hidung, gigi, tekak atau perut.
2. Selalu lupa dari zikir Allah, solat dan ketaatan lainnya.
3. Fikiran yang kacau / Selalu lesu dan malas / Saraf yang tersumbat.
4. Rasa sakit pada salah satu anggota badan sedangkan doktor perubatan tidak sanggup mengubatinya.


MACAM-MACAM GANGGUAN JIN

1. Gangguan sepenuhnya, iaitu jin mengganggu seluruh badan seperti orang yang mengalami berbagai macam saraf yang tersumbat.
2. Gangguan tidak secara keseluruhan, iaitu jin mengganggu salah satu dari anggota badan, seperti tangan, kaki atau lidah.
3. Gangguan yang berterusan, iaitu jin terus berada dalam tubuh seseorang sehingga memakan waktu yang sangat lama.
4. Gangguan seketika, iaitu tidak lebih dari beberapa detik seperti seseorang yang mengalami mimpi buruk.


DIANTARA PENYEBAB GANGGUAN JIN

1. Jin lelaki kadangkala jatuh cinta kepada orang perempuan dan kadangkala jin perempuan jatuh cinta kepada orang lelaki.
2. Kerana kezaliman manusia terhadap mereka, seperti menumpahkan air panas atau menimpakan sesuatu barang dari tempat yang tinggi.
3. Kezaliman yang dilakukan oleh makhluk jin kepada manusia tanpa sesuatu sebab tertentu. Yang berhubungan dengan prekara ini jin tidak akan dapat menganggu manusia kecuali manusia itu dalam keadaan : Sangat marah, sangat takut, sangat lalai dan mempunyai nafsu syahwat yang tinggi.


SEBAB-SEBAB MASUKNYA JIN KE DALAM DIRI MANUSIA

Kadang-kadang terjadinya gangguan jin kepada manusia adalah dikeranakan syahwat, hawa nafsu dan mabuk cinta, keadaan ini sama seperti yang dialami manusia. Ada pula kadangkala manusia dan jin melakukan perkahwinan serta mempunyai anak. Perkara yang demikian banyak terjadi dan banyak pula ulama' yang membicarakannya. Berlakunya perkara tersebut adalah disebabkan kebencian atau pembalasan oleh kerana ia disakiti sebahagian manusia, atau makhluk jin ini menyangka bahawa sebahagian manusia sengaja menyakitinya dengan cara mengencingi mereka, menumpahkan air panas, atau membunuh mereka, padahal manusia tidak mengetahuinya. Dikalangan makhluk jin juga ada yang bodoh, ada yang zalim, sehingga mereka menjatuhkan hukuman dengan cara yang tidak patut, keadaan ini sebagaimana juga yang kita jumpai dalam kehidupan manusia yang bodoh. Jika keadaan tersebut terjadi, perbuatan yang demikian itu adalah merupakan perbuatan yang keji dan dilarang oleh Allah SWT. Justeru itu perkara ini haruslah dijelaskan kepada jin tersebut dengan mengatakan bahawa perbuatan mereka itu dalah perbuatan keji yang diharamkan. Penjelasan seperti ini perlu dijelaskan kepada mereka supaya mereka tahu bahawa pada diri mereka akan berlaku hukuman Allah dan Rasul-Nya yang diutus kepada semua makhluk manusia dan makhluk jin. Kepada mereka juga harus dijelaskan, bahawa manusia tersebut tidak mengetahui dan tidak sengaja menyakiti mereka sehingga tidak patut untuk dihukum. Jika mereka melakukan hal itu di rumah atau di kerajaan mereka maka mereka dibolehkan atau bebas bertindak. Sedangkan mereka tidak mempunyai hak untuk tinggal di tempat kediaman manusia tanpa izin dari mereka, mereka hanya berhak tinggal di tempat-tempat kosong yang bukan menjadi tempat tinggal manusia.


CARA JIN MASUK KE DALAM TUBUH MANUSIA.

Jin adalah sejenis makhluk berwujud udara sedangkan manusia memiliki lubang bulu roma, kerana itulah dia dapat masuk ke dalam tubuh manusia dari bahagian manapun juga. Makhluk jin diciptakan dari zat yang sejenis udara sebagaimana firman Allah : Ertinya,"Dan Allah menciptakan jin dari api yang menyala". ( Ar-Rahman: 15 ) Dalam hal ini Ibn Abbas berkata: Iaitu dari hujung nyalanya api, sedangkan hujung nyalanya api adalah merupakan udara panas yang keluar dari api. Ketika jin masuk ke dalam tubuh manusia, makhluk ini langsung menuju ke otak, melalui otak ini dia dapat mempengaruhi bahagian mana saja yang dia sukai dari tubuh manusia. Para doktor perubatan telah mengkaji dan membuktikan bahawa orang yang terkena penyakit kerasukan jin memiliki gelombang otak yang sangat halus dan sangat aneh yang ada di dalam otaknya. Ditambah lagi dengan keterangan dari orang yang ahli tentang cara pengubatan orang yang kerasukan jin, bahawa jin itu memberitahunya bahawa mereka berada di otak manusia.


PERLINDUNGAN TERHADAP GANGGUAN.

1. Sentiasa berzikir dan bertaqarrub kepada Allah dengan memperbanyakkan istighfar. Ini adalah kerana apabila seseorang semakin bertambah dekat dengan Allah maka syaitan akan semakin menjauhinya.
2. Mengucapkan "Bismillah" pada setiap kesempatan, iaitu ketika :-

o Hendak melompat dari tempat yang tinggi.
o Terjumpa sesuatu di atas tanah.
o Memasuki tempat yang menakutkan seperti tempat yang gelap, sunyi dan kosong.

3. Berzikir kepada Allah pada waktu-waktu tertentu. Seperti pada waktu pagi, petang ataupun pada waktu makan.
4. Tidak membunuh ular yang bersada di dalam rumah kecuali telah memohon kepada Allah agar ia keluar dari rumah.
5. Tidak mendengar nyanyian ataupun seruling yang dapat mengundang syaitan dan menimbulkan perbuatan zina. Yakni, nyanyian yang dapat merangsang nafsu seseorang.
6. Tidak memandang wanita dengan penuh nafsu dan juga tidak berdua-duaan dangan wanita yang bukan muhrimnya.
7. Jangan tinggal di rumah kosong yang sudah lama tidak dihuni orang, di kawasan perkuburan dan tempat-tempat kotor lainnya. Jangan menunaikan solat sewaktu matahari terbit dan terbenam.
8. Jangan membuang air kencil merata-rata atau di lubang binatang.
9. Jangan sekali-kali menyeksa dan menyakiti anjing atau kucing.
10. Hindarkan dari melakukan perbuatan maksiat. Perbuatan maksiat itu adalah senjata ampuh bagi syaitan.

Keistimewaan bau ketiak lelaki


Benarkah bau ketiak lelaki mampu menjadi penawar kepada gejala tekanan yang dialami oleh wanita? Kenyataan ini dikeluarkan oleh Bahagian Biologi Manusia di University Pensyvania beberapa tahun lalu. Kajian dilakukan di sana membuktikan bahawa peluh lelaki membantu kaum wanita menurunkan tekanan melancarkan perjalanan haid. Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America sebelum ini, bau ketiak lelaki yang sengaja " diproses" daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh "digoda" dengan bau lawan sejenisnya. Dalam uji kaji yang dilakukan, wangian semulajadi itu kemudian di sapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu ia adalah bau peluh lelaki dan hanya diberitahu bahawa mereka sedang menguji satu aroma wangian tersebut. Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang di sapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur. Hasilnya sungguh unik. Selain boleh mencerahkan mood, wangian ketiak lelaki ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang tegang.


Dipetik dari majalah PA&MA keluaran Feb 2004

Air Tangan Orang Yang Tak Solat


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat tu, adalah dosa besar, dan malahan lebih hina daripada khinzir.. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pd zaman NabiMusa A. S.

Begini kisahnya... pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga , dia tiada zuriat lalu, terdetik dalam hati dia (nazar),"kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Bila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah... Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pd zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak perlu dibuat, tapi kena denda(dam) atau sedekah.. Tapi, kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram, tetap kena laksanakan nazar itu.. lalu, si lelaki yang dapat anak tu, dengan susah hatinya, pun pegilah bertemu dengan Nabi-Allah Musa. Dan menceritakan apa yang terjadi ke atas dirinya.. lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam, tapi akan minum air yang lebih hina dr air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan sembahyang dan minum air itu. lalu, lelaki tu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi... Lihat.. betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam.. Itu baru air bumbung rumah,belum air tangan lagi.. Menyentuh bab air tangan ni, selalu kita suka makan masakan ibu, isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat , sebab kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan, nasi, dsb.. anak-anak,suami pulak yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan hendak dibiarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang yang tinggalkan solat? Tetapi.. lain pulak halnya dengan kita ni.. pagi petang..mamak!! teh tarik satu, roti canai satu.. ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat.. kita pun makan bekas air tangan dia.. gelap lah hati kita.. sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Berwaspada dengan apa yang kita makan... betapa beratnya amalan solat ni, hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj, sedangkan kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril a. s.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kpd Saidina Ali(dan untuk umat Islam) , "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum."maknanya,"Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah mereka yang lemah di bawah tanggunganmu." Jadi, sama-samalah kita pelihara solat kita, dari segi zahir dan batinnya, kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak.

21 Jenis Manusia Yang Akan Dibangkitkan Di Padang Mahsyar..........

Setelah semua mahkluk yang bernyawa di alam nyata ini mati dan hancur binasa, Allah SWT memerintahkan Malaikat Israfil untuk meniupkan angin Sangakala yang hebat itu untuk menghidupkan semula semua mahkluk yang sudah mati Israfil meniup dan berteriak dengan sekuat-kuatnya : "Wahai nyawa yang telah keluar dari badan,tulang-tulang yang telah reput luluh, tubuh yang telah buruk, urat yang telah putus berkecai,kulit-kulit yang telah pecah hancur, rambut-rambut yang telah luruh. Bangunlah kamu semua untuk menjalani hukuman dari Allah SWT yang menjadi Hakim Besar dan Raja kepada semua raja!"

Maka dengan tiba-tiba mereka pun tegak bangun berdiri. Mereka lihat langit,didapati langit berjalan-jalan,mereka lihat bumi, didapati bertukar wajah, tidak seperti bumi yang dahulu, Dilihat bintang-bintang, semuanya telah berhimpun di satu kawasan dengan padatnya. Dilihat laut terdapat api yang sedang bernyala-nyala diatasnya. Dilihat Malaikat Zabaniah telah berada dihadapan mereka. Dilihat matahari telah hilang cahayanya. Maka sedarlah dan tahulah mereka bahawa mereka berada di tempat yang dijanjikan kiamat. Lantas mereka berkata : "Inilah dia sebagaimana yang telah Allah janjikan dan inilah menunjukkan kebenaran para Rasul."

Seperti yang telah Allah sebutkan dalam Al-Quran : "Mereka berkata: "Aduhai celakalah kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari tempat tidur kami (kubur)" (Yassin: 52) Mereka pun keluar dari kubur tanpa pakaian, tidak berkasut dan sebagainya. Mereka bertelanjang bulat tanpa seurat benang pun di badan. Dalam masa bangkit itu, manusia dalam keadaan bermacam - macam rupa.

1. Sesetengah mereka ada yang berupa kera kerana di dunia mereka suka membuat fitnah kepada orang lain.
2. Ada yang berupa khinzir kerana suka makan rasuah ketika menjalankan hukuman.
3. Ada yang buta mata kerana keterlaluan pada menghukum manusia.
4. Ada yang pekak dan bisu kerana mereka hairan dengan amalan yang mereka lakukan.
5. Ada yang mengalir daripadanya nanah dan darah yang amat busuk dan sentiasa menikam-nikam lidah sendiri. Ini adalah kumpulan ULAMA yang bercakap dan mengajar tetapi perbuatannya tidak sama dengan apa yang diucapkan.
6. Ada pula yang luka-luka seluruh badan kerana suka menjadi saksi bohong.
7. Ada yang telapak kaki mereka terletak didahi dan terikat kepada ubun-ubun mereka serta menjadi sangat busuk, lebih busuk daripada bangkai. Mereka adalah orang yang sanggup membeli dunia dengan akhirat. (mencari kemewahan dunia dengan memperalatkan agama)
8. Ada seperti orang mabuk, rebah ke kiri, rebah ke kanan terhuyung-hayang. Mereka inilah yang sanggup menyimpan harta dari belanjakan ke jalan Allah.
9. Ada yang berkeadaan benar-benar mabuk, orang ini suka bercerita-cerita dalam masjid akan hal dunia.
10. Ada yang berupa khinzir kerana suka makan harta riba.
11. Ada yang tidak bertangan dan tidak berkaki. Mereka ini suka menyakiti orang-orang sekampungnya.
12. Ada yang berupa khinzir kerana mereka mempermudah-mudahkan sembahyang (lalai dalam sembahyang).
13. Ada pula yang bangkit dengan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking yang sentiasa mengigit-gigit dan menyengat-nyengat. Mereka ini di dunia payah hendak mengeluarkan zakat.
14. Ada yang berkeadaan di mana darah yang amat busuk sentiasa keluar dari mulut mereka. Orang ini suka berbohong dalam perniagaan.
15. Ada yang sampai terasing daripada manusia serta badannya sangat busuk dari bangkai. Mereka ini suka menyembunyikan maksiat kerana takutkan manusia, tidak takut pada Allah. 16. Ada yang terpotong halkum, keadaannya tercerai dari leher. Orang ini selalu sanggup untuk bersaksi bohong.
17. Ada yang bangun dari kubur tiada berlidah dan mengalir darah busuk dari dalam mulutnya. Orang itu malas mengucap kalimah syahdah.
18. Ada pula yang berjalan dengan kepala di bawah dan kaki di atas langit. Darah dan nanah sentiasa mengalir dari kemaluan mereka. Mereka itu suka berbuat zina semasa hidup.
19. Ada yang berkeadaan muka hitam dan perutnya penuh dengan api neraka. Mereka ini suka memakan harta anak yatim secara zalim.
20. Ada pula yang bangun dengan mengidap penyakit kusta dan sopak. Mereka inilah yang derhaka terhadap kedua ibu bapanya.
21. Ada yang gigi mereka seperti tanduk lembu,lidah mereka terjelir hingga ke perut, najis dan kencing sentiasa keluar dari perut mereka. Mereka adalah orang yang suka meminum arak.

Semoga kita tergolong dalam golongan yang segera menginsafi diri dan bertaubat di atas dosa dan pengkhianatan yang dilakukan terhadap sesama manusia.

Sepuluh Laluan


10 LALUAN yang bakal di lalui oleh manusia dari dunia sampai akhirat,bagaimana memudahkannya?


1. Laluan Menuju ke Kubur

* Jauhkan dari perbuatan mengumpat dan mengeji
* Hindarkan perasaan irihati (benci)
* Jangan terpengaruh dengan emas/ perak
* Sucikan qada' hajat dengan istibra (berak/ kencing)


2. Laluan untuk Berjumpa Izrail

* Bersihkan diri dengan bertaubat
* Gembirakan hati orang mukmin
* Bayar semula qada' yang tertinggal
* Kasih sepenuh hati kepada Allah Taala


3. Laluan untuk Bertemu Mungkar Nakir

* Mengucap dua kalimah syahadah
* Suka memberi sedekah
* Berkata benar
* Bersihkan dan perbaiki hati


4. Laluan untuk Memberatkan Timbangan

* Belajar atau mengajar ilmu yang bermanfaat
* Sucikan perkataan dan pakaian
* Bersyukur dengan yang sedikit
* Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh Allah


5. Laluan Memantapkan Amalan

* Jauhkan perkataan yang sia-sia
* Pendekkan cita-cita dunia
* Banyakkan puji-pujian kepada Allah
* Banyakkan sedekah dan akhirat


6. Laluan Melalui Titian Siratul Mustaqim

* Kasihilah ailia' Allah Taala
* Berbaktilah kepada kedua ibubapa
* Berpegang teguh dengan hukum syarak
* Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk


7. Laluan Menjauhkan Diri dari Neraka

* Banyakkan membaca al-Quran
* Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
* Tinggalkan perkara maksiat
* Jauhkan segala yang haram


8. Laluan untuk Memasuki Syurga

* Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
* Kasihi orang yang soleh
* Kerjakan segala suruhan-suruhan Allah
* Merendahkah dri di antara semua makhluk Allah


9. Laluan Berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW

* Kasihilah Nabi Allah
* Kasihilah Rasulullah SAW
* Tuntutilah yang difardhukan oleh Allah
* Banyakkan selawat Nabi Muhammad SAW


10. Laluan untuk Bertemu Allah

* Serahkan seluruh jiwa raga kepada Allah
* Hindarkan diri dari menderhaka kepada Allah
* Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada Allah
* Bencikan segala yang diharamkan-Nya


apa gunanya wajah yg tampan atau cantik rupawan dan tubuh badan yang kuatseandainya solat lima waktu tidak dapat dijaga. Fikir-fikirkanlah.

AZAB DALAM KOMA

Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya
menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia dipertengahan 30-an.


Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester. Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek saya di Perak.

Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya. Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga.

Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji itu di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji. Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hingga kami sampai di Madinah.

Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba giliran wanita terbabit. Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri.

Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. "Kakak ini sakit," kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas. Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.

"Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya ...... kita bawa dia ke Hospital." Kata saya.

Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke Haspital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.

Sampai di Hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang wanita itu masih lagi koma.

Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan Jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut. Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pegalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu.

Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital King Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahan. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.

Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadah haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma. Bagaimanpun, kata doktor keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di Hospital.

Selepas dua hari menunggu akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tesebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak-esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis?

Saya bertanya kepada wanita tersebut. "Kenapa kakak menangis?'

"Mazlan..... Kakak taubat dah Lan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik, kakak bertaubat betul-betul taubat." "Kenapa pula ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya terpinga-pinga. Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu.

Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua.

Katanya, "Mazlan, kakak ini sudah berumahtangga kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap, kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat kakak dan suami kakak tak buat. Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.

"Habis yang kakak pergi haji ni? "Yalah.... kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi" "Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa sakit?" tanya saya lagi.

Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan, "Mazlan..... Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma itu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kak buat selama ini.

"Betul ke kak?" tanya saya, terkejut.

"Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga, kakak rasa azab di neraka.

"Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak ditarik dengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah.

"Bukan itu saja buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana sini… putus, jatuh ke dalam api nereka. Buah dada kakak rentung terbakar. Panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik."

Tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya, wanita itu terus bercerita. Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa berhenti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman. Sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.

Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya. "Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api. Sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasa seperti menggelegak. Azab itu cukup pedih.. pedih yang amat sangat…. Tak boleh nak diceritakan."

Sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menanggis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu. Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar.

"Mazlan ...... kakak ini nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judi dan segala macam dosa besar.

Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. Tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar.

"Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak. Sedang jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita.

"Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus. Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya.

"Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi … kakak dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga. Semua terpaksa kakak lalui.. azabnya tak pernah kakak rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini"

Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. Terasa sungguh kebesaran Allah.

"Masa diazab itu, kakak merayu memohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah Allah, akan jadi umat yang soleh. Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan."

Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu maha Agung dan Maha Berkuasa. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasanNya, Kalau baik amalan kita, maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak. Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri, kebenaran Allah.

"Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat … kakak taubat nasuha," katanya sambil menangis-nangis.

Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak berhenti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu Maghrib dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang Subuh.

"Kakak.. yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi, berehat …" tegur saya.

"Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar" Menurut wanita itu, sepanjang berada didalam masjid al-Haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu. Selain itu dia berdoa, memohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.

Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu. Takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkannya supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.

"Tak boleh Mazlan. Kakak takut … kakak dah merasai pedihnya azab Tuhan. Mazlan tak rasa. Mazlan tak tau, kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak. Kakak betul-betul bertaubat."

Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya "Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau wanita lain pula jadi macam kakak.

"Semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini bermakna kakak mendapat 10 dosa.

"Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlah, beribu-ribu .... Kalau seorang tengok kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni? Allah ...

"Kakak berazam, balik saja dari haji ni, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Akak nak ajak suami kakak pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudah bawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam."

Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut. Bagaimanapun saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma? Tidak, saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha? Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis, Adakah ia bercanggah?

Benar, apa yang berlaku itu memang kita dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita diazab "Oh … memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal" … itu dah terlambat.

BAHAGIAKAH PERKAHWINAN HANYA KERANA CINTA???????

Barangkali kisah ini boleh menjadi renungan bagi kita,terutamanya yang ingin berumahtangga.Alkisah, seorang pemuda miskin bernama Jamil, berasal dari Benut,Pontian. Keluarganya hanyalah keluarga sederhana, tidaklah disebut miskin. Ayahnya sehari-hari bekerja sebagai tukang jahit di kampungnya.

Kerana kegigihannya, Jamil berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke UTM walaupun dengan perbelanjaan seadanya. Semasa semester 3 dikampus, Jamil jatuh hati pada seorang gadis bernama Ayu Sofea, juga sama-sama kuliah di fakulti yang sama. Ayu adalah putri seorang tokoh korporat ternama didaerah Johor Bahru dan juga berdarah keturunan diraja.Walaupun secara ekonomi, mereka jauh berbeza, namun itu tidakmenghalang keduanya untuk saling mencintai.

Ayah Ayu yang mengetahui puterinya begitu mencintai pemuda dari keturunan biasa, tak mampu mencegah gelora cinta puterinya. Maka setelah keduanya lulus, pernikahan keduanyapun diselenggarakan dengan meriah.Pesta besar-besaran diadakan untuk mengiringi pernikahan.Ayah Jamil yang tak punya banyak harta, hanya dapat menyumbangkan pakaian, langsir,sarung bantal, yang semuanya dibuat dan dijahit sendiri khas untuk pernikahan anaknya.

Bahagiakah Ayu bersanding dengan Jamil? Ternyata kebahagiaan mereka tidak berlangsung lama..... Tibalah saat malam pengantin..... Mereka berdua pun memasuki peraduan dengan bahagia. Namun, ketika Jamil membuka pakaiannya dan tinggal hanya memakai seluar dalam, maka berteriaklah Ayu dengan kuat, sebelum akhirnya jatuh pengsan hingga tak sedarkan diri. Jamil masih dalam kebingungan dan tidak tahu kenapa isterinya histeria dan pengsan.....

Dilihatnya seluar dalam yang dipakai..... Aduh! Jamil lupa yang seluar dalam itu dijahit oleh ayahnya, dibuat dari kain bekas bungkus tepung gandum. Ditengah seluar dalam itu masih terpampang jelas tulisan, "BERAT BERSIH 25KG". Sudah tentu Ayu terus pengsan melihatnya. Ayu tidak dapat membayangkan seberapa besar isinya dengan berat sebegitu! Serius sangat membacanya.....

Isnin, 5 November 2007

Bila Al-Qur'an mula berbicara

Waktu engkau masih kanak-kanak
Kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudhu' Aku kau sentuh
Dalam keadaan suci Aku kau pegang
Aku kau junjung dan kau pelajari
Aku kau baca dengan suara lirih ataupun keras setiap hari
Setelah selesai engkau mencium Ku mesra.



Sekarang engkau telah dewasa
Nampaknya kau sudah tidak berminat lagi pada Ku
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah?
Menurutmu, mungkin Aku bahan bacaan
Yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu
Aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali
Sehingga engkau pun lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi stormu.



Kadang kala Aku dijadikan mas kahwin
Agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal
Untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir
Dibiarkan bersendirian, kesepian
Di dalam almari, di dalam laci
Aku engkau pendamkan
Dulu....pagi-pagi.....surah-surah yang ada
Pada Ku engkau baca beberapa halaman
Di waktu petang, Aku kau baca beramai-ramai
Bersama temanmu di surau.



Sekarang....seawal pagi sambil minum kopi
Engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat
Yang datang dari Allah Azza Wajalla
Engkau abaikan dan engkau lupakan.



Waktu berangkat kerja pun
Sering engkau lupa membaca pembuka surah-surahku (Bismillah)
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik
Menikmati muzik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah
Yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan
Radio mu selalu memainkan lagu-lagu mengasyikkan.



Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca
Sebelum kau mulai kerja
Di komputermu pun kau putar muzik kegemaranmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatKu
E-mail temanmu yang ada ayat-ayat Ku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaan Ku bahawa engkau kini
Sudah hampir melupakan Ku.



Bila malam engkau tahan bersekang mata
Berjam-jam di hadapan kaca TV
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekadar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktu pun cepat berlalu
Aku semakin kusam dalam laci almari mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama.



Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membaca Ku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dari Ku
Dengan suara dan lafaz yang tidak semerdu dulu
Bacaanmu sudah tidak selancar dulu
Atau sewaktu kematian saudara atau taulan mu.



Bila engkau di kubur sendirian menunggu
Sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhan-Nya
Apakah TV, radio, hiburan atau komputer
Yang dapat menolong mu?
Yang pasti hanya ayat-ayat Allah S.W.T yang dapat membantumu
Itu janji Tuhanmu, Allah S.W.T.



Sekarang engkau begitu senang membuang masamu
Setiap saat berlalu
Dan akhirnya
Kubur yang setia menunggumu
Engkau pasti kembali
Kembali pada Tuhanmu.



Jika Aku kau baca selalu dan engkau hayati
Di kuburmu nanti
Aku akan datang
Membantu mu membela diri
Dalam perjalanan ke akhirat
Dan Akulah Al-Qur'an
Yang sentiasa setia menemani dan melindungimu.



Peganglah Aku kembali
Bacalah Aku kembali setiap hari
Kerana ayat-ayat yang ada pada Ku adalah
Ayat-ayat suci
Yang berasal dari Allah Azza Wajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah Aku segera dari almari
Letakkan Aku selalu dihadapanmu
Agar engkau sentiasa mengingati Tuhanmu
Sentuhlah Aku kembali.



Bacalah dan pelajari lagi ayat-ayat Ku
Setiap datangnya pagi, petang dan malam
Sehari walau secebis ayat
Seperti dulu....waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan Aku engkau biarkan sendiri
Dalam bisu dan sepi.

Khamis, 1 November 2007

Syahdunya Ibu


Orang kata aku lahir dari perut ibu.. Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu Bila lapar, yang suapkan aku..ibu Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma! Bila bangun tidur, aku cari.. ibu Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu Bila nak bermanja.. aku dekati ibu Bila nak bergesel... aku duduk sebelah ibu Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu Bila nakal, yang memarahi aku ...ibu Bila merajuk... yang memujukku cuma..ibu Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah..ibu Bila takut... yang tenangkan aku.. ibu Bila nak peluk... yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu Bila sedih, aku mesti talipon... Ibu Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu...Ibu Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu! " Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu Yang selalu berleter kat aku.. Ibu Yang selalu puji aku.. Ibu Yang selalu nasihat aku.. Ibu Bila nak kahwin.. Orang pertama aku tunjuk dan rujuk... Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri Bila seronok... aku cari pasanganku Bila sedih... aku cari Ibu Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku Bila gagal... aku ceritakan pada Ibu Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku Bila berduka, aku peluk erat Ibuku Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku Bila sibuk... aku hantar anak ke rumah Ibu Bila sambut valentine.. Aku hadiahi bunga pada pasanganku Bila sambut hari ibu... aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu Selalu ..... aku ingat pasanganku Selalu... Ibu ingat kat aku Bila..bila.. . aku akan talipon pasanganku Entah bila.. ...aku nak talipon Ibu Selalu ...aku belikan hadiah untuk pasanganku Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah". Berderai air mata aku. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi.. bukan lima puluh ringgit.. lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu Alfatihah, alfatihah, alfatihah.

Selasa, 30 Oktober 2007

Di Sebalik Teka-teki



Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Ditangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam.Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!" Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya,semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan.

Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita ummat Islam. Mulanya yang haq itu haq,yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya.Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya.

Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika. "Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, sex sebelum nikah menjadi suatu hiburan dan trend, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya.

Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..." "Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan.

"Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?" Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat,dan lain-lain. Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet."Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya...Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang...Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sadar." "

Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan..." "Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan."

"Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... "Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya mereka.

"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi." "Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sadar." "Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..."

Matahari bersinar terik tatkala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiran masing-masing di kepalanya...


"a man can falls many times in life but he's never a failure until he refuses to get up."

Jumaat, 7 September 2007

Teliti itu penting!

Sekumpulan pelajar perubatan berkumpul untuk melihat seorang pensyarah melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat. Mereka berkumpul mengelilingi tempat mayat itu diletakkan.

"Dalam bidang perubatan ada dua kualiti yang sangat penting untuk menjadi seorang doktor", kata pensyarah itu.

"Pertama...kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat", katanya. Sebagai contoh pensyarah itu memasukkan satu jarinya ke dalam mulut mayat, menariknya semula dan menjilat jarinya.

"Sekarang, kamu cuba buat", kata pensyarah itu.

Selepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang mereka lihat. Seorang demi seorang memasukkan jari ke dalam mulut mayat dan menjilatnya. Apabila semua pelajar telah selesai melakukannya, pensyarah itu memandang ke arah mereka dan berkata......

"Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam. Seperti tadi....saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat jari telunjuk."

Ada pelajar yang muntah dan ada yang rebah lalu pengsan.

Lessons on Life

There was a man who had four sons. He wanted his sons to learn not to judge things too quickly. So he sent them each on a quest, in turn, to go and look at a pear tree that was a great distance away.

The first son went in the winter, the second in the spring, the third in summer, and the youngest son in the fall.

When they had all gone and come back, he called them together to describe what they had seen.

The first son said that the tree was ugly, bent, and twisted. The second son said no it was covered with green buds and full of promise.

The third son disagreed; he said it was laden with blossoms that smelled so sweet and looked so beautiful, it was the most graceful thing he had ever seen.

The last son disagreed with all of them; he said it was ripe and drooping with fruit, full of life and fulfillment.

The man then explained to his sons that they were all right, because they had each seen but only one season in the tree's life.

He told them that you cannot judge a tree, or a person, by only one season, and that the essence of who they are and the pleasure, joy, and love that come from that life can only be measured at the end, when all the seasons are up.

If you give up when it's winter, you will miss the promise of your spring, the beauty of your summer, fulfillment of your fall.

Moral:

Don't let the pain of one season destroy the joy of all the rest.
Don't judge life by one difficult season.
Persevere through the difficult patches
and better times are sure to come some time or later.

Isnin, 27 Ogos 2007

You Have Mail


A man was in his front yard mowing grass when his neighbour, a Singh, came out of the house and went straight to the mailbox. He opened it, looked inside, slammed it shut, and stormed back into his house.


A little later he came out of his house again, looking nervous, went to the mailbox, again opened it, and slammed it shut again. Angrily, back into the house he went. As the man was getting ready to edge the lawn,here our Singh came again,looking very heated up. He marched to the mailbox, opened it and then slammed it shut harder than ever. Puzzled by his actions, the man asked him,"Is something wrong?"


To which the ferocious Singh replied, " There certainly is! My stupid computer keeps telling me I have mail!"

Mayat

Suatu pagi di satu kelas darjah dua...

Cikgu: Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.'

Hasan: Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.

Tiga Sudu


Doktor: Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.

Pesakit: Eh! tak boleh la doktor.

Doktor: Kenapa?

Pesakit: Rumah saya ada dua sudu jer.

Mentol


Pada suatu pagi, seorang pakar jiwa terlihat salah seorang pesakitnya sibuk mengerjakan sesuatu. Bila dihampiri ternyata pesakit yang sedang khusyuk duduk dilantai,sedang menggergaji sekeping papan dengan tangan kosongnya. Seorang lagi sedang bergayut dari atas siling. Doktor merapati pesakitnya dan bertanya apa yg dibuatnya duduk dilantai.


"Apa doktor tak nampak ke? Kan saya sedang gergaji papan ni untuk dibelah dua?" jawab pesakit dengan nada marah.


"Apa pulak sidia ni buat bergayut kat siling ?" tanya doktor sambil menuding jari ke pesakit yg lagi satu.


"Oh.. Dia kawan baik saya, tapi dia tu tak betul sikit.. Dia ingat dia tu mentol lampu!" jawab pesakit tadi.


"Kalau kawan baik awak, kenapa tak nasihatkan dia suruh turun. Supaya tak cedera kalau jatuh nanti ?" soal doktor lagi.


"Abis tu, macam mana saya nak habiskan kerja saya dalam gelap?"

Parah

Setelah mendapat khabar kemalangan jalanraya yang menimpa suaminya, Tipah terus berkejar ke Hospital.

Tipah : Doktor, bagaimana keadaan suami saya?

Doktor : Siapa nama suami Puan?

Tipah : Err...Jiman Bin Seman, Doktor...

Doktor : Sebentar ye. Saya periksa fail pesakit nie. Hmmm, lukanya tak parah. Cuma calar-balar sikit di tubuhnya.

Tipah : Syukurlah...lukanya tak parah. Saya risau betul. Err...di mana suami saya, Doktor?

Doktor : Ada di bilik Mayat!

Tipah terus pengsan...