CARACAS: Venezuela mendakwa berjaya mencatat satu rekod dunia semalam bagi periuk sup yang dapat memberi hidangan paling banyak dalam satu cubaan dibantu kerajaan Presiden Hugo Chavez itu.
Periuk keluli tahan karat dengan saiz luar biasa yang ditempatkan di Caracas itu mengandungi kira-kira 15,000 liter sup ‘sancocho’, kata Menteri Makanan, Rafael Oropeza.
Ia mengalahkan pemegang rekod pada masa ini yang disenaraikan melalui halaman web Rekod Dunia Guinness iaitu periuk dengan muatan 5,350 liter sup berempah yang disediakan di Durango, Mexico, Julai lalu.
Oropeza menggelarkan hidangan berkenaan sebagai ‘stew Bolivarian’ yang dinamakan sempena nama wira kebebasan Amerika Selatan, Simon Bolivar. Katanya, ia cukup untuk hidangan kira-kira 60,000 hingga 70,000 orang. Pekerja terpaksa berdiri di atas pentas tinggi khas untuk mengacau sup berkenaan dengan kayu dan menghidangkan kepada orang ramai di pasar di negeri itu.
Ia mengandungi sejumlah 3,000 kilogram ayam, 2,000 kilogram daging lembu dan bertan-tan kekacang dan sayur-sayuran. Oropeza ketika bercakap kepada pemberita, memberitahu bahawa kerajaan menyelesaikan masalah bekalan yang menjadi kesukaran penduduk Venezuela untuk mendapatkan telur dan susu sejak beberapa bulan lalu. Katanya, pasar yang disediakan itu menyediakan semua jenis produk. – AP