Ahad, 16 September 2007

Dipukul kerana mahu berbuka

MUMBAI: Seorang wanita berusia 30 tahun bertindak kejam memukul pemandunya di khalayak ramai semata-mata kerana mangsa meminta rehat selama beberapa minit untuk berbuka puasa pada hari pertama Ramadan dan bersolat kelmarin.

Polis Bandra, yang mengesahkan kejadian itu, berkata wanita berkenaan hilang sabar apabila mangsa yang cuma dikenali sebagai Abdul meminta diberikan waktu rehat untuk berbuka dan bersolat maghrib.

“Wanita itu memukulnya di khalayak ramai, menendang Abdul di bahagian belakang tanpa belas kasihan, menampar dan memaki hamun mangsa,” kata polis.

Seorang lagi anggota polis berkata, wanita itu berulang kali menumbuk Abdul, menarik mangsa keluar dari kereta dan menolaknya dengan kuat sehingga pemandunya terjatuh di pagar besi. Tidak cukup dengan itu, dia turut merampas bekalan makanan untuk Abdul berbuka dan membuangnya ke jalan raya. – Agensi