Rabu, 26 September 2007

Jet Li kembali pegang watak jahat


Jet Li telah berjaya memegang watak sebagai antagonis dalam filem Lethal Weapon 4. Filem itu merupakan filem pertamanya di Hollywood dan telah memasukkan namanya di dalam senarai pelakon-pelakon Hollywood. Sebelum ini Jet Li memang pernah memegang watak sebagai anti hero di dalam filem-filem Hong Kong tetapi tidak pernah memegang watak sebagai penjahat yang kejam seperti Wah Sing Ku dalam Lethal Weapon 4.

Kini, Jet Li kembali memegang watak sebagai penjahat. Namun wataknya kali ini amat berbeza dengan watak Wah Sing Ku yang pernah dibawanya. Kali ini Jet Li mahu menguasai dunia. Itulah watak yang akan dibawanya di dalam filem The Mummy: Tomb of the Dragon Emperor. Filem ini merupakan sambungan untuk siri The Mummy yang telah dilakonkan oleh Brendan Fraser dan Rachel Weisz. Bagaimanapun Rachel Weisz tidak kembali untuk melakonkan watak Evelyn O'Connell. Tempatnya digantikan oleh Maria Bello.

Jet Li akan membawa watak Qin Shi Huang, maharaja China yang pertama yang hidup kembali pada abad ke-20 dan cuba untuk menguasai dunia bersama-sama bala tenteranya. Turut berlakon di dalam filem ini ialah John Hannah, Luke Ford, Michelle Yeoh dan Anthony Wong Chau Sang. Ia dijangka ditayangkan untuk tayangan umum pada 1 Ogos 2008. Turut dalam pembikinan ialah prequel untuk filem Scorpion King iaitu The Scorpion King: Rise of the Akkadian. Dwayne Johnson (The Rock) dikhabarkan tidak akan berlakon di dalam filem ini.

-NOKEMIKAL