Isnin, 17 September 2007

Kematian kanak-kanak berkurangan


PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB): Kematian kanak-kanak di bawah usia lima tahun di seluruh dunia berkurangan di bawah 10 juta buat pertama kali tahun lalu, lapor Tabung Kanak-kanak PBB.

UNICEF berkata, kematian dalam kategori berkenaan mencatatkan rekod paling rendah iaitu 9.7 juta daripada hampir 13 juta pada 1990 dan ia disifatkan sebagai perkembangan kukuh membabitkan kehidupan kanak-kanak.

Pengurangan besar dalam kadar kematian kanak-kanak di bawah usia lima tahun dicatatkan di Amerika Latin dan Carribean, timur dan tengah Eropah dan bekas republik Soviet, Asia Timur dan Pasifik serta kebanyakan bahagian di Afrika.

“Ia adalah satu sejarah. Lebih ramai kanak-kanak hidup hari ini berbanding sebelum. Sekarang kira perlu membina kejayaan kesihatan umum untuk menggerakkan pencapaian dalam Sasaran Pembangunan Millennium (MDGs,” kata Pengarah Eksekutif UNICEF, Ann Veneman.

Pengurangan kemiskinan MDGs termasuk dalam komitmen mengurangkan sehingga dua pertiga kadar kematian di bawah usia lima tahun antara 1990 dan 2015.

UNICEF menggalakkan sasaran meluaskan penekanan kepada kesihatan asas termasuk penyusuan badan awal dan eksklusif, imunisasi campak, Vitamin A dan penggunaan kelambu untuk menghalang malaria. – AFP