
ISLAMABAD: Beratus peguam mengadakan tunjuk perasaan dan memulau perbicaraan di seluruh Pakistan semalam, mencetuskan kempen baru untuk memaksa Presiden Pervez Musharraf meletak jawatan.
Pada masa sama penyokong bekas Perdana Menteri, Nawaz Sharif membuat persiapan menyambut kepulangan pemimpin mereka itu daripada hidup dalam buangan di luar negara sejak digulingkan Musharraf.
Mahkamah di bandar utama termasuk Karachi, Lahore, Peshawar, Quetta, Islamabad dan Rawalpindi hampir lengang berikutan pemulauan peguam.
Di Lahore, kira-kira 500 peguam memakai lilitan kain hitam di tangan berarak di jalan raya melaung slogan anti-Musharraf.
Di Quetta, tunjuk perasaan turut diadakan oleh peguam.
Sejak Musharraf merampas kuasa pada 1999 peguam memang menerajui beberapa kempen terhadap presiden itu dan Mac lalu kempen sedemikian tercetus semula apabila kerajaan cuba memecat Ketua Hakim, Iftikhar Mohammed Chaudhry.
Langkah peguam itu berjaya menyaksikan Mahkamah Agung membebaskan ketua Hakim berkenaan daripada sebarang tuduhan terhadapnya. – AP
Foto oleh AFP