
WARSAW: Seorang penulis novel jenayah Poland dihukum penjara 25 tahun selepas pihak berkuasa mendapati dia melakukan pembunuhan yang diceritakan dalam salah sebuah novelnya, kata pegawai semalam.
Dalam bukunya bertajuk Amok, Krystian, Bala, menulis dengan terperinci pembunuhan kejam seorang ahli perniagaan negara itu. Polis mendapati jenayah fiksyen itu mempunyai persamaan dengan kes pada tahun 2000 apabila mayat ditemui di sungai Oder di bandar Wroclaw, berhampiran sempadan Jerman. – Reuters