Isnin, 19 November 2007

6 maut, tukang masak terambil racun tikus


BEIJING – Seorang tukang masak China tersilap memasukkan racun tikus ketika membuat ladu nasi (seperti lepat) kerana menyangkakannya tepung mengakibatkan dia dan lima lagi maut, lapor media tempatan.

Polis membuat siasatan untuk mengenal pasti sama ada terdapat unsur jenayah dalam kejadian itu, kata Shanghai Daily.

Chen Ruyan, yang bekerja di stesen kitar semula di daerah utama Hubei, menyediakan makanan tengah hari Ahad lalu.

“Semasa menyediakan makanan itu, Chen tersilap mengambil racun tikus yang telah diletakkan bersama dengan bahan perasa lain,’’ lapor akhbar itu lagi.

– Reuters