
Satu sistem perubatan lengkap yang dikenali sebagai Sistem Sembuh Ekologi menunjukkan tabiat kurang membuang air menyumbangkan kepada diabetes Type-2 dan sekatan jantung.
Ini menyimpang daripada tanggapan lazim bahawa pengambilan gula atau kurang senaman adalah punca utama bagi diabetes Type-2. Ia juga bercanggah dengan kepercayaan umum bahawa pengambilan makanan berlemak menyumbangkan kepada obesiti yang menyebabkan penyakit. Kemungkinan tanggapan tidak tepat seperti inilah yang menyebabkan peningkatan ketara dalam kejadian kedua-dua penyakit ini di seluruh dunia selama ini.
Satu penyelidikan 30 tahun yang menghasilkan Sistem Sembuh Ekologi di sebaliknya menunjukkan bahawa tabiat kurang membuang air (lebih kurang tiga kali sehari) selepas minum 1 hingga 4 liter air and mengelak pengambilan karbohidrat dan gula menyebabkan diabetes melitus Type-2 dan diabetes semasa mengandung.
Bagaimanapun, apabila seseorang kurang membuang air sementara mengambil kuantiti gula dan karbohidrat secara berlebihan akan mengalami diabetes melitus Type-1 yang bergantung kepada insulin, yang sebelum ini dikenali sebagai diabetes juvana.
Apabila seseorang kurang membuang air dan mengalami sembelit kronik, banyak kalsium terkumpul dalam tubuhnya. Najis yang lembik dan melekit dalam kuantiti kecil dan berbau yang keluar lebih dua kali sehari adalah kerana sembelit kronik dan akan memburukkan lagi semua jenis diabetes.
Untuk mencegah kemudaratan terhadap tubuh atau kematian, otak menghantar isyarat untuk meningkatkan kekerapan pengencingan supaya kalsium berlebihan boleh disingkirkan daripada tubuh.
TANPA CUKUP AIR, SUKAR BUANG AIR
Bagaimanapun, tanpa air yang mencukupi, membuang air dengan kerap kali tidak boleh berlaku dan enapan kalsium akan terus berlaku. Enapan kalsium secara berlebihan menyebabkan saluran darah menebal (aterosclerosis) dan berlaku sekatan dalam arteri kecil jantung. Pembekuan darah yang dikenali sebagai trombus, batu ginjal, gumpalan, sista, fibroid, ketumbuhan dan barah terjadi juga kerana ini.
Saluran darah yang menebal dan bertambah sempit pada seseorang yang meminum banyak air tetapi tidak banyak membuang air atau berpeluh akan menyebabkan tekanan darah tinggi yang boleh menyebabkan saluran darah kecil di bahagian otak pecah dan ini menyebabkan strok. Untuk memperbetul masalah ini, otak menghantar isyarat supaya kencing dengan lebih kerap dan ada kalanya tidak terkawal yang dikenali sebagai diabetes insipidus.
Oleh itu sesiapa yang minum air yang banyak tetapi kurang mengeluarkan kencing akan mengalami diabetes sementara sesiapa yang kurang membuang air dan kurang minum air akan mengalami masalah jantung.
Dengan ini, seseorang yang mengalami diabetes Type-2 selamat daripada barah, kegagalan jantung dan kematian. Di sini otak nampaknya mengambil keputusan yang hidup dengan diabetes adalah lebih baik daripada mati kerana kegagalan jantung atau barah.
Kurang membuang air juga menyebabkan masalah-masalah seperti berikut: hamil di luar rahim, kemandulan lelaki dan wanita, perkembangan jantina tidak lengkap, pembesaran sperma, lewat mencapai baligh dan haid yang tidak menentu, putus haid awal, lelehan putih, vitiligo (kulit bertukar putih), batu di kelenjar prostat, kelenjar tiroid membengkak, pertambahan dalam saiz dan bilangan sel darah putih, tumor sel darah putih, bahagian bawah mata nampak bengkak dan separa pekak kerana pembesaran sel yang dikenali sebagai hipertrofi.
KESAN ENAPAN KALSIUM LEBIH TERUK PADA WANITA
Kesan enapan kalsium dilihat lebih teruk pada wanita. Enapan kalsium dalam kuantiti berlebihan boleh berlaku pada wanita mengandung yang kurang minum air dan kurang membuang air. Ini menyebabkan diabetes semasa mengandung.
Wanita dalam haid yang kurang minum dan kurang membuang air hanya mengalami diabetes Type-2 tetapi bukan sakit jantung, kerana bendalir haid mengeluarkan sebahagian besar kalsium. Bagaimanapun gumpalan, sista, fibroid dan tumor lazimnya terjadi pada mereka dengan haid yang tidak menentu.
Jika wanita putus haid kurang minum air dan kurang membuang air, enapan kalsium berlaku dengan cepat dan meningkatkan berat badannya selain payu dara bertambah besar dan mengeras. Gumpulan juga boleh berlaku, selain fibroid, ketumbuhan pada otak, kanser serviks, penebalan saluran darah dan sakit jantung yang boleh mengakibatkan kematian.
Jika wanita putus haid banyak mengambil kalsium dan makanan pelengkap yang kaya dengan vitamin-D melampaui paras yang boleh ditampung oleh tubuh, wanita itu akan mengalami osteoporosis, yang merupakan cara otak menyingkirkan kalsium berlebihan untuk menyelamatkannya. Hormon wanita oestrogen tidak kena mengena dengan pencegahan osteoporosis atau sakit jantung seperti yang dipercayai selama ini.
Penawar bagi semua penyakit ini bergantung kepada bagaimana kita membetulkan puncanya dan ini akan dibincangkan pada bahagian terakhir siri ini.
Oleh Dr V.M Palaniappan,Ph.D
Dr Palani yang telah menulis beberapa buku dalam bidang ini, yang terbaru "Human Diseases" (Penyakit Manusia), membincangkan semua penemuannya dalam siri lapan bahagian ini. Beliau boleh dihubungi di (6-03)62722284 / (6)012-2071414 / e-me: vmpalani@streamyx.com
Bernama