NEW YORK: Aktor muda Hollywood, Heath Ledger yang dikenali kerana berani membawa watak kontroversi, ditemui mati dipercayai akibat pengambilan dadah berlebihan di sebuah pangsapuri di Manhattan di sini kelmarin. Ledger, 28, yang popular menerusi watak sebagai koboi gay dalam filem Brokeback Mountain ditemui tertiarap di samping pil tidur.
"Tiada sebarang petunjuk yang aktor kelahiran Australia itu membunuh diri," tegas jurucakap Jabatan Polis New York (NYPD), Paul Browne.
Ledger yang mempunyai seorang anak perempuan dan baru berpisah dengan isterinya, aktres Michelle Williams, mempunyai temu janji dengan tukang urut di pangsapuri yang disewanya di Soho. Mayatnya yang bogel ditemui tukang urut berkenaan dan pembantu rumahnya kira-kira jam 3.30 petang waktu tempatan, kata polis.
Mereka cuba membantunya tetapi beliau tidak lagi bernyawa ketika itu.
"Kami sedih dan terkejut dengan kematiannya," kata pegawai perhubungan awam Ledger, Mara Buxbaum dalam satu kenyataan, semalam.
"Ini sememangnya tempoh sukar bagi mereka yang menyayanginya dan ahli keluarganya dan kami meminta media menghormati hak keluarganya untuk bersendirian. Ia bagi mengelak sebarang spekulasi sehinggalah fakta sebenar kejadian diketahui."
Di bandar kelahirannya, Perth, bapanya, Kim Ledger, menyifatkan kematian aktor itu sebagai tragik dan satu kemalangan.
"Beliau seorang yang merendah diri, mulia dan menjadi inspirasi kepada ramai orang," katanya membacakan kenyataan.
Di luar bangunan pangsapurinya, paparazi dan peminatnya berkumpul dan polis terpaksa meletakkan sekatan bagi mengawal 300 orang yang berada di situ. Mereka hanya mampu melihat polis mengeluarkan satu bungkusan plastik berisi mayat aktor itu yang dibawa ke seberang jalan dan dimasukkan ke dalam van.
"Mayatnya akan dibedah siasat esok (hari ini)," kata jurucakap pejabat pemeriksaan perubatan, Ellen Borakove.
Kematiannya mengejutkan ramai kerana menjadi antara aktor muda, berbakat dan berpotensi Hollywood. Antara filem lakonannya termasuk 10 Things I Hate About You dan A Knight's Tale.
- AP