Rabu, 23 Januari 2008

Doktor tawar khidmat periksa gigi secara online


LONDON: Sebuah klinik pergigian di ibu kota London menawarkan pemeriksaan gigi pesakit di internet. Akhbar The Sun melaporkan semalam, Dr Jerry Watson memeriksa gigi pesakitnya menerusi kamera web terlebih dulu sebelum memutuskan sama ada beliau perlu menemui mereka secara bersemuka.

Malah, jika perlu, pesakit harus ke klinik untuk diambil gambar gigi serta kos cucian sebanyak £50 (RM350).

Dr Watson, yang memperluaskan klinik giginya ke 20 lagi kawasan sekitar Britain tahun ini, mendakwa beliau boleh memantau sehingga empat pesakit serentak di internet.

"Tiada sebab gigi tidak boleh dilihat jika pesakit itu mempunyai kamera web yang berkualiti tinggi."

- Agensi