Rabu, 23 Januari 2008

Alat pengesan periuk api


SEBUAH alat mengesan periuk api telah berjaya dihasilkan oleh pencipta dari Universiti Teknikal, Vienna, Austria baru-baru ini.

Alat prototaip berupa robot beroda enam yang dinamakan Humanitarian Demining (HUMI) itu telah dipertontonkan kepada umum di Vienna.

Alat yang bersifat mudah alih itu dikatakan boleh mengesan apa jua jenis periuk api yang tertanam di dalam tanah.

Penciptanya, Lukas Silberbauer turut hadir ketika acara demonstrasi foto diadakan pada minggu lalu.
Kosmo!