Khamis, 17 Januari 2008

Daughtry pertahankan kenyataan


BEKAS peserta American Idol, Chris Daughtry yang kini muncul sebagai rocker terkenal bersama band rocknya, Daughtry telah mengeluarkan kenyataan bagi mempertahankan dirinya selepas dia sebelum ini membuat kenyataan pedas mengenai program realiti televisyen popular itu.

Rocker berusia 28 tahun itu sebelum ini dalam satu temu bual dengan sebuah media cetak Amerika Syarikat menegaskan populariti AI kini semakin jatuh dan tidak akan kekal lama.
Dalam kenyataan terbarunya menerusi blognya sepertimana menurut laporan akhbar New York Post, Daughtry menegaskan, “Sangat menyedihkan apabila kita ditanya mengenai sesuatu dan apabila kita menjawabnya dengan jujur, kenyataan tersebut diputar-belitkan dan menjadikan kita seolah-olah orang jahat.”

Tambahnya, “Cuba teliti keseluruhan temu bual tersebut kerana saya juga banyak memuji American Idol yang telah menjadi platform karier saya di persada muzik.”

Kosmo!