BAHANG Pilihan Raya Umum Ke-12 semakin terasa dan rakyat kini menunggu pengumuman bila Parlimen dan Dewan Undangan Negeri akan dibubarkan. Semua pihak terutama parti politik sama ada parti pemerintah atau pembangkang, mula ghairah berbicara mengenai pilihan raya. Lumrah setiap kali menjelang pilihan raya, penyandang kerusi wakil rakyat menaruh harapan untuk dikekalkan sebagai calon, manakala yang belum menjadi calon, mengidam untuk mewakili parti masing-masing. Semakin dekat tarikh pilihan raya, semakin hebat kegiatan lobi-melobi. Walaupun, tempoh kerajaan sekarang akan hanya berakhir pada Mei 2009, pelbagai petunjuk ke arah pilihan raya untuk diadakan dalam tempoh terdekat ini semakin menyerlah. Kelmarin, Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) mengadakan mesyuaratnya di Putrajaya untuk selama tiga jam. Meskipun, isu pilihan raya mungkin tidak menguasai mesyuarat itu, perbincangan mengenai isu parti, soal pembangunan dan perpaduan, juga boleh dianggap sebagai persiapan menghadapi pilihan raya kerana itulah isunya nanti. Pada Majlis Penerangan Khas untuk kepemimpinan Umno bahagian dari seluruh negara semalam, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Presiden parti dan Pengerusi BN mengingatkan supaya menerima serta menyokong siapa saja yang dipilih sebagai calon parti.
Sementara pemilihan calon yang sesuai dianggap perlu, faktor perpaduan di kalangan ahli parti dan komponen BN amat penting untuk memastikan kemenangan. Semua 14 parti komponen BN perlu menyelesaikan isu dalaman, jika ada, bagi mengelak perpecahan yang boleh menjejaskan peluang kemenangan. Begitu juga isu pembangunan di kawasan pilihan raya sama ada peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri, yang pasti dibangkitkan pengundi atau calon pembangkang jika pelaksanaannya lembap atau janji pembangunan sebelum ini yang belum tertunai. Kita percaya semua pemimpin parti komponen itu sudah turun padang untuk membuat penjelasan.
Majlis Penerangan Khas dan taklimat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk Pegawai Pengurus dan Penolong Pegawai Pengurus pilihan raya di seluruh negara yang hampir selesai sejak dimulakan di Melaka 15 November lalu boleh dilihat sebagai petunjuk pilihan raya semakin hampir. Kini taklimat itu diadakan di Sarawak dan selepas ini di Kedah, Perak dan akhir sekali di Johor, menjelang akhir bulan ini. Jika benar Pilihan Raya Umum Ke-12 diadakan Mac ini iaitu tarikh popular diperkatakan, bermakna ia diadakan 14 bulan lebih awal. Pilihan Raya Umum Ke-11 yang diadakan pada Mac 2004 diadakan lapan bulan lebih awal, manakala Pilihan Raya Umum Ke-10 pada November 1999, diadakan tujuh bulan lebih awal. Perlembagaan menetapkan pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas Parlimen dibubarkan. Bagaimanapun, empat pilihan raya umum sebelum ini diadakan dalam tempoh 16 hingga 20 hari dari tarikh pembubaran Parlimen.
Apapun, apa lebih penting kerajaan BN terus berkuasa bagi memastikan kesinambungan pembangunan untuk faedah rakyat. Sejak selepas pilihan raya umum lalu, pelbagai projek dilaksanakan terutama dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) selain pembangunan ekonomi koridor di Selatan, Utara, Timur, Sarawak dan Sabah. Pembangunan wilayah itu sudah pasti melonjakkan tahap ekonomi setempat, sekali gus mengurangkan kadar kemiskinan dan menangani masalah seperti pengangguran. Banyak lagi program pembangunan bakal dinikmati rakyat. Oleh itu, rakyat perlu bijak membuat pilihan nanti. Selagi BN berkuasa, selagi itu rakyat akan terus menikmati kesejahteraan dan keamanan. Kita tidak mahu apa yang berlaku di sesetengah negara sehingga tercetusnya huru hara tatkala pilihan raya diadakan.
Berita Harian