
Bangunan kebanggaan negara yang melambangkan Islam sebagai agama rasmi adalah antara mercu tanda Kuala Lumpur dan sering menjadi tumpuan pelancong luar negara yang tertarik dengan keunikan seni binanya.
Terletak di kawasan 5.2 hektar, reka bentuk struktur asal Masjid Negara adalah hasil kerja tiga artitek Jabatan Kerja Raya (JKR), Howard Ashley, Hisham Albakri dan Baharuddin Kassim.
Dibina pada 1965, Masjid Negara melambangkan Malaysia sebagai sebuah negara yang baru merdeka untuk mencapai kemajuan yang pesat dalam semua bidang dengan menjadikan Islam sebagai teras kejayaan.
Antara reka bentuk yang menarik ialah menara setinggi 73 meter dan kubah yang berbentuk seperti payung. Dalam kawasan Masjid Negara juga terdapat Makam Pahlawan yang menempatkan makam pemimpin negara seperti Allahyarham Tun Abdul Razak.
Sumber : Berita Minggu 26 Ogos 2007