Punca masalah dan krisis masa depan perlu ditangani dengan lebih berkesan
MEREKA yang paling teruk menanggung akibat kenaikan harga barang pada masa ini ialah golongan miskin di bandar. Urban poor ini menerima nasib yang lebih buruk daripada mereka yang dilabelkan miskin di kampung. Malangnya golongan ini sering dilupakan apabila kita bercakap mengenai golongan miskin di negara ini.
Saya pernah menyentuh isu ini sebelum ini (Berita Minggu 30 Oktober 2005). Hari ini isu kemiskinan bandar menjadi lebih serius. Sekiranya tidak ditangani dengan baik, akan menjadi resipi bagi pelbagai krisis sosial dan politik. Kemiskinan bandar menjadi penyebab kepada pelbagai masalah daripada pengangguran hingga gangsterisme. Lebih buruk lagi ialah gagalnya golongan ini memberikan perhatian serius pada aspek pendidikan anak-anak yang diharapkan dapat membantu mereka meningkatkan taraf hidup kemudiannya, serta memungkinkan mobiliti sosial.
Barisan Nasional (BN) dikejutkan dalam pilihan raya baru lalu akibat penolakan pengundi Melayu bandar terhadapnya. Sebahagiannya berpunca daripada persepsi bahawa orang Melayu bandar diketepikan, kepentingan mereka dilupakan dan kehidupan mereka tidak mendapat pembelaan. Sebahagian besar daripada mereka melihat keadaan 'antara dua darjat' yang kaya, mampu dan berada berbanding dengan mereka yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Kita harus ingat bahawa kuasa politik Melayu di bandar semakin penting masa kini berbanding dulu. Angka 2000 memperlihatkan 48.3 penduduk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah Melayu. Bilangan itu bertambah lagi akhir-akhir ini menjadikan bilangan penduduk Melayu di bandar lebih besar daripada bukan Melayu.
Kita boleh menyalahkan penghijrahan mereka dari kampung tradisi ke bandar sebagai punca fenomena ini. Pada 1970-an, 68.3 peratus penghijrah ke bandar adalah orang Melayu. Kota memang sentiasa menjadi tarikan. Malah generasi pendatang pertama dari desa sebenarnya melahirkan anak-anak yang berjaya dan mampu membawa mereka keluar daripada ancaman kemiskinan. Ini proses sosial yang lumrah.
Pendatang baru akan tetap ditawan oleh tarikan kota. Sejak dua dekad kebelakangan ini hadir pula pendatang dari luar (sama ada secara izin atau tidak) yang menambah bilangan mereka yang menghuni kawasan bandar. Sasaran mereka tentulah kawasan setinggan di sekitar Lembah Klang. Kita harus sedar bahawa proses perbandaran menjadi ciri penting kemajuan mana-mana negara. Semakin ramai rakyat negara ini akan tinggal di bandar. Pada 1970 hanya 13.8 peratus penduduk bandar di negara ini. Jumlah itu menjadi 50.7 peratus pada 1991. Hari ini lebih 70 peratus rakyat Malaysia tinggal di bandar.
Pada 30 Julai 2003, dua tokoh muncul dalam program Isu Semasa yang saya kendalikan di RTM1, Menteri Besar Selangor dan seorang lagi Datuk Bandar Kuala Lumpur. Tajuk yang dibincangkan ialah sasaran Setinggan Sifar baik di KL mahupun di Selangor. Saya mengingatkan mereka apakah sasaran itu realistik memandangkan 1 Januari 2005 hanya 17 bulan lagi. Saya menyebutkan bahawa ada 150 penempatan setinggan yang masih wujud di Kuala Lumpur ketika itu. Kawasan setinggan juga masih banyak di Selangor. Mereka begitu yakin bahawa sasaran itu boleh dicapai.
KL seperti kita tahu memang tempat di mana ratusan koloni pendatang bandar yang mencari tempat tinggal. Pada 1978, 23.5 peratus warga Kuala Lumpur adalah setinggan. Dari segi peratusan, jumlah ini menurun menjadi 17.6 peratus pada 1992 dan 9.7 peratus pada 1998. Sehingga Jun 2003, ada 82,000 orang penduduk setinggan di Kuala Lumpur. Soalan saya masa itu ialah apakah 82,000 orang setinggan akan hilang begitu saja menjelang 2005?
Kita tahu sasaran itu tidak dicapai. Kawasan setinggan masih wujud. Masih banyak penduduk bandar yang tinggal dalam kawasan yang menurut definisi Ordinan (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1969 (Ordinan 1 dan 2) Peraturan-Peraturan Perlu (Pembersihan Setinggan-Setinggan) 'menduduki tanah secara haram atau menyalahi undang-undang' di bandar-bandar kita.
Banyak rancangan dirancang untuk menangani masalah ini, dari penubuhan Unit Penyelarasan Pembangunan pada peringkat DBKL, menyediakan Dasar dan pelaksanaan Penempatan Setinggan di Wilayah Persekutuan hinggalah Skim Pertapakan, Kemudahan dan Peningkatan serta program Penempatan Sementara dan Penempatan Semula Setinggan. Sejak 1977 dirancangkan penempatan rumah panjang yang sepatutnya memberikan peluang sementara sebelum mereka mendapat rumah baru. Ada yang tinggal lebih 15 tahun di penempatan yang dikatakan sementara ini.
Apa yang paling merunsingkan ialah budaya kemiskinan (culture of poverty) yang akan terus berleluasa di kalangan rakyat yang menghuni kawasan setinggan ini. Rantaian kesan buruknya tentulah dapat kita bayangkan. Malangnya banyak usaha untuk memenuhi keperluan rakyat dalam kategori ini selalu berdepan dengan masalah. Pertama, membina rumah kos murah tidak menguntungkan bagi pemaju perumahan. Kedua, siling yang tidak realistik untuk membina satu unit rumah kos murah. Pada suatu waktu dulu hanya RM25,000. Ketiga, banyak pihak mengkhianati usaha pembinaan rumah kos murah.
Angka tidak menipu. Pada 1985, sasaran Program Khas Perumahan Kos Rendah ialah untuk membina 62,203 unit. Apa yang mampu dicapai hanya 1,090 unit. Sasaran 1986 ialah 77,029 unit, yang dicapai hanya 20,420 unit. Tambahan pula sehingga 2002, menurut perangkaan kerajaan, ada 544 projek rumah terbengkalai membabitkan 125,649 unit rumah, sebahagiannya rumah kos rendah.
Setiap tahun Malaysia memerlukan 100,000 hingga 150,000 unit rumah baru untuk rakyatnya, apakah kita bersedia menampungnya? Apakah pula nisbah rumah rakyat berpendapatan rendah dalam konteks ini?
Saya berpendapat bahawa ada soal tafsiran dan makna yang terbabit. Kita menggunakan konsep 'rumah kos rendah.' Ketika Kerajaan Singapura merancang program perumahan rakyat melalui Perbadanan Perumahan Singapura, sasarannya ialah 'rumah mampu beli' atau affordable homes yang berkualiti. Rumah jenis ini akan dinaiktaraf berdasarkan kemampuan rakyat. Rumah kos rendah dalam pengertian kita ialah sarang burung merpati yang kelihatan hodoh dari luar dan menyesakkan penghuninya. Unit-unit rumah kediaman ini rata-rata tidak selesa dan sistem sokongannya menyulitkan lagi kehidupan penduduk: Lif selalu rosak, kawasan sekitar kotor, tempat letak kereta terbatas, penyelenggaraan keseluruhannya masih lemah.
Memang kemiskinan bandar tidak semestinya membabitkan kawasan setinggan. Tekanan hidup akibat kenaikan harga barang menjadi masalah utama penghuni bandar di manapun mereka berada. Banyak yang terpaksa bekerja lebih dari satu kerja untuk menampung kos hidup yang tinggi. Ibu bapa terpaksa bekerja meninggalkan anak-anak sendirian menjaga diri kerana tidak ramai yang mampu menggaji pengasuh.
Lebih malang lagi tidak berlaku sistem sokongan seperti pusat jagaan kanak-kanak umum, tadika yang berkualiti atau sistem kawalan keselamatan penduduk yang terbaik. Itu belum lagi kegagalan mengadakan pusat riadah, perpustakaan mini atau pusat komputer yang boleh membantu kanak-kanak. Semua ini menambah tekanan pada ibu bapa.
Isu kemiskinan bandar akan menjadi masalah besar sekiranya mereka dilihat hanya sebagai sumber undi apabila berlaku pilihan raya. Kemiskinan bandar melampaui kaum. Usaha menanganinya harus juga melangkaui kaum. Ketegangan kaum yang berlaku sebahagian besarnya kerana kurangnya integrasi kaum, ditambah dengan elemen lain yang meretakkan hubungan kaum.
Sudah sampai masanya kita melihat secara tuntas isu ini dari kanta dan perspektif yang baru. Kemiskinan adalah kunci pada krisis yang lebih besar. Dalam keadaan hari ini, kerajaan harus bertindak bijak dan pantas. Sekiranya tidak bandar-bandar kita akan menjadi bukti perbezaan kelas, status, kedudukan dan dispariti pendapatan.
Datuk Johan Jaafar
Berita Minggu
11 Mei 2008
Memaparkan catatan dengan label Petikan Artikel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Petikan Artikel. Papar semua catatan
Isnin, 12 Mei 2008
Isnin, 5 Mei 2008
Kenapa persalah Melayu kerana budaya?
Nilai-nilai murni pengurusan, sokongan boleh menjayakan mereka dalam perniagaan
MINGGU lalu saya membentangkan kertas kerja bertajuk '50 Tahun Merdeka: Sudah Berubahkah Minda Usahawan Melayu?' dalam simposium yang dianjurkan oleh PNB-MIDF sempena Minggu Amanah Saham di Melaka. Keseluruhan perbincangan saya ialah mengenai perlunya kita melihat semula nilai-nilai dalam masyarakat Melayu yang sepatutnya membolehkan mereka menjadi bangsa yang berjaya dan setanding dengan orang lain. Saya menghujahkan bahawa minda dan psyche Melayu bukan hambatan pada kejayaan mereka. Dan budaya Melayu bukan penyebab kegagalan mereka dalam pelbagai bidang.
Oleh kerana peserta simposium itu usahawan dan ahli perniagaan Melayu, saya yakinkan mereka bahawa bangsa Melayu punya sejarah dan budaya yang gemilang dan bahawa genius pemikiran Melayu terbukti melalui kreativiti dan tradisi keilmuan mereka.
Saya menyebutkan bahawa tidak ada bezanya bangsa Melayu dengan bangsa lain daripada segi kemampuan dan kecerdikan. Malah tidak benar bahawa orang Melayu inferior minda mereka berbanding kaum lain. Atau mereka tidak punya bakat dan kebolehan berbanding orang lain. Malah adalah tidak benar bahawa orang Melayu tidak ada minda perniagaan. Saya menolak hujah bahawa orang Melayu hanya berdagang dan berniaga selepas Tanah Melayu merdeka pada 1957 atau hanya selepas terlaksananya Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Sebahagian besar peserta terdiri daripada generasi muda. Ramai yang menemui saya selepas pembentangan itu menyatakan kehairanan mereka mengapa aspek-aspek positif orang Melayu itu tidak pernah mereka ketahui sebelum ini. Mereka tidak mengetahui bahawa sejarah bangsa Melayu mengandungi cerita kehebatan dan kejayaan dalam pelbagai bidang. Dan bahawa sejarah kerajaan Melayu bukan hanya bermuat cerita penindasan dan kekejaman terhadap orang Melayu tetapi juga cerita kegemilangan tamadun dan tradisi keilmuan.
Apa yang sebenarnya berlaku ialah semua nilai yang baik yang dikaitkan dengan bangsa Melayu itu sebenarnya dipinggirkan akibat begitu lamanya mereka berada dalam penjajahan (446 tahun sejak tumpasnya Kerajaan Melayu Melaka di tangan Portugis pada 1511). Penjajahan empat setengah abad itu tentulah mempengaruhi minda, sikap, nilai, harga diri dan psyche Melayu.
Kedatangan Inggeris membuka sedikit sebanyak peluang pada anak-anak Melayu mendapat pendidikan. Tetapi penjajahan tidak akan memberikan peluang seluas-luasnya pada mereka. Tambahan pula sistem ekonomi kolonial tidak memberikan mereka kesempatan untuk membuktikan kemampuan mereka dalam bidang perniagaan. Penjajah Inggeris menyelesaikan masalah ekonomi dengan membezakan kaum-kaum mengikut kegiatan ekonomi mereka.
Benarkah orang Melayu tidak punya minda perniagaan? Saya menghujahkan hal itu dalam rencana saya sebelum ini (BM, 23 November 2003). Dalam sebuah lagi rencana lain saya juga menghujahkan bahawa orang Melayu mempunyai sejarah panjang dalam bidang perdagangan antarabangsa sejak awal abad yang pertama lagi (BM, 10 September 2006).
Memang kita mudah menyalahkan penjajah kerana kelemahan orang Melayu selama ini. Penjajah adalah alasan terbaik mengapa orang Melayu tidak mampu bersaing dengan orang lain. Kita lupa bahawa selepas merdeka, kuasa politik di tangan orang Melayu. Orang Melayulah yang akan menentukan nasib orang Melayu. Kita terlupa bahawa kegagalan orang Melayu sejak merdeka patut dipersalahkan juga pada pemimpin Melayu yang melaksanakan dasar untuk bangsa mereka.
Tetapi itukah keutamaan kita? Menuding jari mencari salah? Tidakkah kita harus 'move on' meminjam ungkapan bahasa Inggeris? Bagi saya tugas yang lebih besar pada masa ini ialah mengembalikan keyakinan bahawa orang Melayu boleh berbuat apa saja sekiranya mereka diberikan peluang dan kesempatan. Suatu ketika dulu anak-anak Melayu dikatakan lemah dalam bidang sains dan matematik. Hari ini sistem pendidikan kita melahirkan profesor dalam bidang matematik dan sains. Suatu waktu dulu kita menganggap orang kaya dalam masyarakat Melayu hanya setaraf dengan watak Marzuki dalam filem Penarik Beca dan Haji Bakhil dalam Labu dan Labi. Hari ini kita tahu orang Melayu bukan saja menjadi jutawan tetapi 'billionaire.' Konsep kekayaan di kalangan orang Melayu telah bertukar sama sekali akibat DEB. Suatu masa dulu kita mencurigai kemampuan anak-anak Melayu untuk menjadi profesional. Hari ini jumlah mereka begitu banyak.
Jadi, hujah bahawa orang Melayu sebenarnya tidak boleh berjaya dalam perniagaan tidak boleh diterima pakai. DEB memberikan peluang lebih besar kerana dasar itu cuba menyusun semula masyarakat yang selama ini kegiatan ekonominya digariskan oleh kaum. DEB bukan dasar perkauman. DEB adalah lonjakan yang diperlukan untuk membantu orang Melayu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dalam bidang ekonomi dengan kaum-kaum lain, tanpa merompak hak orang lain. Itulah semangat sebenar DEB.
Soalnya mengapakah selepas lebih 38 tahun terlaksana dasar itu, kejayaannya masih dipersoalkan? Mungkin sudah sampai masanya tumpuan kita tidak lagi hanya pada aspek nyata yang bertolak dari angka mengenai peratus pemilikan ekuiti Melayu pada keseluruhannya. Sudah sampai masanya kita menumpukan perhatian pada cerita kejayaan sekian ramai ahli perniagaan dan usahawan Melayu selama ini. Merekalah yang menulis semula hukum hakam perniagaan orang Melayu yang selama ini hanya dikatakan mampu berjual pisang goreng, nasi campur dan keropok lekor.
Apa yang dilupakan oleh ramai orang ialah bahawa orang Melayu mempunyai sikap dan minda yang betul untuk berjaya dalam perniagaan. Pandangan dunia orang Melayu tidak pernah seperti katak di bawah tempurung. Nilai Melayu seperti yang tertera dalam peribahasa, simpulan dan bidalan menunjukkan mereka bukan bangsa yang bersikap defeatist dan mudah menyerah kalah.
Ada pihak yang menyalahkan budaya Melayu kerana kelemahan mereka. Soalnya apakah kita juga percaya dengan mitos pribumi malas yang dihujahkan oleh orang lain? Malaskah sebenarnya orang Melayu? Apakah pemerhatian Abdullah Munshi pada abad ke-19 masih relevan hari ini? Apakah semata-mata kerana wujud peribahasa seperti 'kalau dah secupak takkan jadi segantang' menunjukkan sikap puas hati dan penyerahan pada takdir dan suratan? Apakah peribahasa 'ulat dalam batu lagikan boleh hidup' membuktikan bahawa minda Melayu selalu lemah menyerah?
Mengapa tidak dilihat aspek positif dari semua itu? Bukanlah kehidupan masyarakat tradisional yang mencorakkan penghasilan peribahasa, pantun dan karya sastera? Bukankah semua itu cerminan dari masyarakat Melayu sendiri? Bukankah kehidupan pertanian yang sukar menjadikan mereka lebih filosofikal terhadap kesusahan dan kemelaratan diri? Dan bukankah kepercayaan agama mereka menjadikan mereka cekal, tawakal dan menyerahkan diri pada Takdir yang ditentukan oleh Allah?
Hari ini orang Melayu jauh lebih bernasib baik. Mereka mendapat pendidikan serta pendedahan lebih banyak. Maka itu nilai-nilai Melayu yang terbaik itu sudah sepatutnya dijadikan azimat untuk menempah kejayaan masa depan. Cukuplah penghinaan yang dilontarkan pada bangsa sendiri. Memadailah Malay-bashing yang nampaknya semakin menjadi-jadi akhir-akhir ini. Penjajah mendefinisikan Melayu berdasarkan persepsi dan keperluan mereka. Hari ini orang Melayu mulai memberikan definisi bangsa mereka sendiri menggunakan kayu ukur yang tidak jauh bezanya dengan penjajah.
Tidak ada salahnya menjadi kritikal terhadap bangsa sendiri. Tetapi ada bahayanya jikalau kita selalu dimomokkan dengan andaian bahawa orang Melayu lemah, berjiwa kecil dan gagal. Dalam beberapa dekad kebelakangan ini, kita hanya mampu mencari salah dan kelemahan diri.
Inilah masanya untuk kita menggunakan sejarah dan budaya untuk memperagakan kemelayuan yang baru dan yakin. Bukan bangsa yang lemah dan mudah menyerah kalah.
Datuk Johan Jaafar
Berita Minggu
4 May 2008

Label:
Petikan Artikel
Ahad, 27 April 2008
Apa perlunya muafakat sesama Melayu?
ADA tuduhan mengatakan bahawa Umno hanya bercakap mengenai soal perpaduan dan muafakat sesama Melayu apabila mereka berada dalam kedudukan yang lemah. Ini berlaku beberapa kali dalam sejarah pilihan raya negara. Perpaduan menjadi momok yang digunakan tanpa malu oleh Umno untuk menakut-nakutkan orang Melayu. Dengan menggambarkan keadaan Melayu akan dikotak-katik dan dipinggirkan, Umno mengharapkan sokongan orang Melayu kembali padanya.
Maka orang Melayu sendiri mulai bertanya, di manakah Umno sebelum ini? Apakah Umno mendengar suara dan rintihan mereka apabila mereka memerlukan? Apakah Umno sebenar-benarnya memperjuangkan kepentingan Melayu seperti yang dituntut oleh perlembagaannya? Apakah pemimpin Umno terlalu angkuh dan mabuk kuasa hingga hilang bara perjuangan di dalam sanubari mereka?
Ada juga tuduhan yang mengatakan pimpinan Umno terlalu sombong untuk mendengar suara orang Melayu. Umno menganggap parti itu akan terus mendapat dokongan Melayu sampai bila-bila. Umno begitu yakin dengan kejayaannya selama ini hingga parti itu lupa dinamika yang berlaku dalam masyarakat. Masyarakat Melayu berubah begitu juga masyarakat Malaysia. Umno sebaliknya terpenjara dalam kapsul masa. Parti yang tertubuh atas tuntutan memerdekakan orang Melayu dan negara pada 40-an dan 50-an cuba menyelesaikan masalah abad ke-21.
Demikianlah penilaian pedas yang dibuat dalam sekian banyak perjumpaan, seminar, dialog, diskusi, muzakarah dan entah apa lagi yang diadakan selepas Pilihan Raya Umum 2008. Debat mengenai 'masalah Umno' tidak saja berakhir di dewan dan bilik seminar dan perbincangan, malah melimpah ke luar hingga ke kedai kopi dan warung. Seperti biasa semua orang mempunyai alasan dan hujah mengapa keadaan itu berlaku.
Sepahit-pahit jadam, ia ubat mujarab. Demikianlah, dalam sebarang usaha memulihkan Umno, ubat pahit harus ditelan oleh pemimpinnya. Sekiranya Umno masih menganggap bahawa penolakan rakyat pada 2008 adalah fenomena semasa dan tidak mungkin berulang, maka sejarah akan menghukum Umno. Sekiranya Umno masih menyalahkan orang lain sebagai punca kekalahannya, Umno akan berdepan dengan krisis yang lebih besar dalam pilihan raya akan datang.
Tidak ada parti lawan yang kuat, cuma parti memerintah yang semakin lemah. Itulah adat pilihan raya. Apa yang jelas ialah Umno berdepan dengan kekalahan dan kekalahan itu bukan disebabkan oleh kekuatan parti lawan tetapi kelemahan dalaman Umno sendiri. Hakikat ini harus diterima oleh pimpinan Umno. Sekian banyak hujah untuk mengatakan bahawa Umno melakukan terlalu banyak terhadap orang Melayu, maka tidak wajar orang Melayu menolaknya, tidak boleh diguna pakai. Peribahasa Melayu ada menyebutkan, panas setahun, habis oleh hujan sehari. Lagipun ada peribahasa lain yang mengatakan, marahkan pijat kelambu dibakar. Orang Melayu marahkan pijat sebenarnya.
Dalam satu lagi siri pertemuan mengenai masa depan Melayu, Persatuan Anak-Anak Johor Wilayah Persekutuan/Kuala Lumpur mengundang Profesor Datuk Dr Zainal Keling dan Datuk Dr Malik Munip sebagai ahli panelnya. Mereka mengajak pimpinan Umno kembali ke asal, memahami perjuangan Umno yang sebenar dan yang lebih penting bagi orang Melayu, mengingat semula siapa dan di mana mereka berada di negara ini.
Malik bercakap mengenai gagalnya orang Melayu mengartikulasikan pendirian dan sikap mereka selama ini. Ini bangsa yang tidak punya jurucakap untuk menyatakan pendirian secara yakin dan berkesan.
Orang Melayu juga gagal dalam perang minda. Selain gagal memanfaatkan media secara berkesan. Malik menghujahkan bahawa sebenarnya hak Melayu sah atau legitimate, bukan tuntutan kosong yang tidak didukung oleh Perlembagaan, sejarah dan kontrak sosial. Sayangnya orang Melayu meletakkan diri mereka dalam kekecilan minda dan melupai sejarah.
Beliau juga menyentuh mengenai keghairahan orang Melayu menampilkan kelemahan demi kelemahan, bagaikan tidak ada yang elok dan baik pada budaya dan tradisi orang Melayu. Orang Melayu diperingatkan saban waktu mengenai kekecilan mereka. Melayu dikaitkan hanya dengan yang negatif, buruk dan mundur.
Zainal kecewa kerana pimpinan Melayu mengabaikan apa yang sebenarnya diamanahkan pada mereka selama ini. Mereka lupa bahawa orang Melayu merintih, mengeluh, menangis dan kecewa apabila soal-soal dasar yang membentuk kemelayuan diabai dan dipinggirkan antaranya bahasa dan budaya. Keresahan orang Melayu bukan tanpa sebab. Ada persepsi bahawa pemerintah terlalu akur pada tuntutan orang lain sedangkan anak sendiri dibiarkan.
Demikianlah pertemuan sebegitu biasanya menarik ramai peminat. Malah menjadi begitu popular dalam masyarakat Melayu hari ini. Mungkin bagi sesetengah pihak, ia menjadi tempat melepas geram. Banyak juga pandangan yang bernas dan bermutu disuarakan, selain tentunya emosi yang bebas membuak-buak. Semangat kemelayuan yang sekian lama terpendam sebenar tertera dalam pertemuan seumpama ini.
Jauh di lubuk hati saya bertanya juga, apakah ini sebenarnya yang dimahukan oleh orang Melayu hari ini? Benarkah generasi muda mengendahkan keresahan generasi tua akan terhakisnya kuasa politik dan kuasa Melayu? Benarkah orang Melayu masih menganut faham bahawa Melayu itu Umno dan hanya Umno saja yang mampu memperjuangkan nasib bangsa?
Apakah perlu orang Melayu atau NGO Melayu bersidang dan berarak sekali lagi untuk mengajak pada perpaduan? Apakah dengan menghimpunkan NGO Melayu akan memperagakan solidariti di kalangan Melayu? Apakah dengan menyampaikan resolusi dan tuntutan akan mengubah nasib bangsa Melayu? Apakah sebenarnya keutamaan Melayu masa ini?
Memang perbincangan mengenai isu Melayu sedang bersemarak di alam siber. Tetapi rata-rata di kalangan mereka yang mengambil bahagian berpendapat perpaduan Melayu tidak relevan lagi masa kini. Demikian juga di kalangan generasi Starbucks, BN dan Umno bukan segala-galanya. Mereka tidak melihat BN dan Umno mewakili apa yang mereka mahukan konsep demokrasi, keterbukaan, akauntabiliti dan kebebasan bersuara. Malah di kalangan generasi baru, mereka tidak punya bagej sejarah dan psikologi dengan BN atau Umno.
Mereka meletakkan keutamaan yang berbeza sama sekali dengan ibu bapa mereka. Ironinya mereka merupakan produk kejayaan dasar Umno sendiri. Kebebasan bagi mereka bermakna memilih mana-mana parti atau sesiapa saja yang mereka yakini boleh mewakili aspirasi mereka. Sekiranya generasi ini tidak didekati, parti lain akan menjadi pilihan mereka.
Salah seorang yang memberi pandangan di dalam majlis di Bangunan Persatuan Sejarah itu mengatakan, di banyak tempat generasi muda sedang berlumba-lumba untuk menjadi ahli PKR atau Pas, bukan Umno. Ini realiti baru yang harus diterima. Kekalahan BN dan Umno memberikan rangsangan baru bagi parti lain untuk menawan hati dan perasaan generasi muda. Sekiranya Umno tidak melakukan sesuatu dengan segera, yang tinggal pada mereka ialah kelompok muda yang bermain kompang dan membawa sepanduk, yang berkualiti berbondong-bondong menyertai parti lain.
Umno harus mencipta semula dirinya untuk memastikan kelangsungan dan survivalnya. Demikianlah pandangan banyak orang. Perkataan 'kelangsungan' dan 'survival' menjadi taboo bagi mana-mana parti yang berkuasa. Tetapi sejarah membuktikan bahawa parti politik yang paling utuh sekalipun akhirnya tersungkur. Bagi parti yang memerintah, menang saja belum menjamin segala-galanya, mengisi kemenangan sebenarnya lebih sukar. Bagi parti lawan yang menang, mengurus kemenangan akan menjadi lebih sukar daripada kemenangan itu sendiri.
Pada akhirnya, rakyat sekali lagi akan membuat keputusan. Dalam konteks orang Melayu, realitinya Umno bukan hanya satu-satunya pilihan. Apabila orang Melayu sudah bersedia memenangkan DAP dan menolak Umno, hukum-hakam politik negara sebenarnya perlu ditulis semula. Hari ini tidak ada yang mustahil lagi. Perubahan inilah yang harus difahami oleh Umno.
Datuk Johan Jaafar
Berita Minggu
27 April 2008

Selasa, 22 April 2008
Penstrukturan semula BPR bukti ketelusan kerajaan
MASALAH rasuah berlaku di mana saja di dunia ini dan rasuah yang tidak terkawal boleh memusnahkan ekonomi sesebuah negara, termasuk menakutkan pelabur untuk membuat pelaburan. Malah, rasuah juga berupaya merosakkan sistem yang ada, termasuk sistem kehakiman, perundangan, penyampaian dan kehidupan seseorang. Apabila berlaku rasuah, walau sekecil mana sekalipun akan memusnahkan sistem yang diguna pakai apabila undang-undang sudah tidak dipatuhi. Oleh itu, ramai pihak mengalu-alukan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai penstrukturan semula Badan Pencegah Rasuah (BPR) bagi menjadikan agensi penguat kuasa itu sebuah suruhanjaya sepenuhnya yang lebih bebas dalam menjalankan tanggungjawabnya. Ia adalah langkah berani kedua dilakukan kerajaan selepas cadangannya untuk menubuhkan Suruhanjaya Pelantikan Hakim bagi membantu menilai serta memilih calon menggunakan kaedah yang sistematik dan berwibawa. Difahamkan, BPR sudah menghantar kertas kerja kepada kerajaan dengan menjadikan Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah (ICAC) di Hong Kong sebagai panduan. Sejak ditubuhkan pada 1974, ICAC Hong Kong menggunakan tiga pendekatan iaitu penguatkuasaan undang-undang, pencegahan dan mendidik masyarakat dalam usaha memerangi rasuah. Hasil kerjasama kerajaan dan masyarakat, Hong Kong kini menjadi antara negara bersih daripada gejala rasuah. Bagaimanapun, ICAC Hong Kong itu hanya bertanggungjawab terus kepada Gabenor Hong Kong. Pada peringkat awal penubuhannya, ICAC dikritik sehingga ada pihak menganggapnya sebagai ‘I Can Accept Cash’ (Saya boleh terima tunai), tetapi kini ia antara badan yang paling dihormati di dunia.
Australia turut mempunyai ICAC tersendiri, tetapi badan yang meliputi New South Wales (NSW) itu tiada kuasa pendakwaan, cuma boleh mengesyorkan tindakan. Kelebihan ICAC NSW ialah ia memberi perlindungan kepada sesiapa saja yang menyampaikan maklumat berkaitan rasuah. Pemberi maklumat dilindungi daripada saman pihak yang dikaitkan dengan rasuah. Seeloknya, apabila BPR dijadikan badan bebas, ia hendaklah diletakkan terus di bawah penyeliaan Yang di-Pertuan Agong seperti ICAC Hong Kong yang bertanggungjawab secara terus kepada Gabenor. Ini bermakna badan itu diasingkan daripada pihak eksekutif iaitu pemerintah meskipun pelantikan seperti Ketua Pengarah atau ahli lembaga penasihat boleh dicadangkan Perdana Menteri sebelum diperkenan oleh istana. Ini bagi menjamin tiada persepsi negatif kononnya operasi badan itu nanti dipengaruhi kerajaan secara langsung. Selepas beroperasi selama 47 tahun, sudah tiba masanya BPR yang pada mulanya sebagai sebuah jabatan penuh, bukan saja perlu diberi imej baru, malah segala prosedur dan operasinya ditukar supaya lebih bebas dalam erti kata sebenar. Untuk tujuan itu, BPR perlu diberi lebih kuasa untuk menyiasat, menyaman dan mendakwa tanpa perlu menunggu arahan sesiapa, termasuk kerajaan. Malah, prosedur seperti menunggu laporan baru boleh memulakan siasatan juga perlu diubah dan dengan itu BPR harus diberi kuasa untuk memulakan sebarang siasatan jika ‘terhidu’ sesuatu yang disyaki wujud unsur rasuah melalui risikan. Dengan berbekalkan segala kuasa yang ada dan tanpa tekanan mana-mana pihak, sudah semestinya mendorong pegawai BPR menjalankan tugas tanpa rasa takut dan pilih kasih. Ini bukan bermakna BPR selama ini tidak bebas, tetapi yang penting ialah memberi lebih kebebasan kepada badan itu tanpa sebarang kekangan.
Berita Harian

Isnin, 21 April 2008
Harga kena imbangi hak pengguna, pengeluar

DUNIA kini menghadapi krisis makanan dan setiap negara sedang berusaha atau mencari mekanisme sesuai bagaimana untuk mengekang kemaraan putaran ganas yang berpotensi bukan saja memiskinkan negara, terutama negara yang sedia miskin, malah boleh mencetuskan rusuhan. Protes keganasan sudah berlaku di beberapa negara seperti Haiti, Cameroon, Mesir, Argentina, Mexico, Senegal dan Burkina Faso. Untuk menangani krisis makanan itu, negara kita juga sudah memulakan langkah awal menerusi Dasar Jaminan Makanan Negara. Langkah pertama dilakukan Rabu lalu dengan menyeragamkan harga runcit produk gas petroleum cecair (LPG) di seluruh negara bagi memastikan pengguna di Sabah dan Sarawak menikmati faedah sama seperti rakyat di Semenanjung, sekali gus membabitkan subsidi tambahan kerajaan sebanyak RM16.32 juta setahun. Langkah seterusnya ialah mengkaji untuk menambah senarai barangan kawalan, selain terus menyeragamkan harganya di Semenanjung, Sabah dan Sarawak bagi mengurangkan beban pengguna. Penetapan kawalan harga sesuatu produk atau barangan adalah langkah berterusan diambil kerajaan, bukan sekadar pada musim perayaan. Ketika ini, kerajaan mengawal harga 11 barangan keperluan termasuk petrol, diesel, LPG, tepung gandum, gula, susu pekat manis, ayam dan minyak masak, tetapi harga runcit barangan berkenaan di Semenanjung berbeza dengan di Sabah dan Sarawak.
Persoalannya ialah sejauh mana berkesannya langkah mengawal harga barangan? Misalnya, apakah perlu untuk memansuhkan harga siling ayam dan mengecualikannya daripada senarai barang kawalan. Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) sudah lama mendesak kerajaan berbuat demikian kerana percaya sistem harga siling diguna pakai ketika ini menyebabkan ramai penternak ayam daging gulung tikar. Kadangkala kita hanya menumpukan perhatian kepada peniaga yang sebenarnya berada pada rantaian terakhir sistem pengeluaran, pengangkutan, pengedaran dan peruncitan. Merekalah yang selalu dipersalahkan. Sebagai contoh, apabila krisis gula berlaku tidak berapa lama dulu, tumpuan kita hanya pada peruncit dan pasar raya, tetapi kita terlupa sistem monopoli dalam pembekalan gula antara puncanya. Sebenarnya, kita perlu memahami harga barangan kawalan perlu berubah mengikut keadaan semasa bagi memastikan ia ditetapkan pada kadar tidak terlalu tinggi supaya tidak membebankan pengguna dan tidak terlalu rendah hingga merugikan pengeluar. Kejayaan kerajaan menetapkan satu kadar yang seimbang antara pengguna dan pengeluar itulah yang dapat membendung kadar inflasi negara. Dalam sistem kawalan harga ini, kita tidak boleh tetapkan harga terlalu tinggi atau terlalu rendah. Jika harga terlalu rendah, pengeluar mungkin tidak mampu mengeluarkan barangan, tetapi jika harga terlalu tinggi, pengguna tidak mampu membeli. Oleh itu, kerajaan perlu sentiasa berusaha mengimbanginya supaya ia bukan saja dapat memenuhi kehendak pengguna, tetapi juga pengeluar. Malah, kelemahan dalam peraturan harga kawalan makanan keperluan memberi peluang kepada pembekal dan pengilang untuk memperalatkannya. Apa pun, kerajaan boleh melakukan apa saja mekanisme asalkan tindakan yang diambil itu memanfaatkan rakyat. Kita tidak pasti, apakah kenaikan harga barang keperluan sebelum ini disebabkan kegagalan penguatkuasaan, tetapi sesetengah pihak mendakwa ia disebabkan dasar sebelum ini yang terlalu memberi tumpuan kepada keperluan pengeluar dan peniaga berbanding pengguna.
Berita Harian
Label:
Petikan Artikel
Ahad, 20 April 2008
Pengguna perlu ubah tabiat pemakanan

KELMARIN, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan peruntukan RM4 bilion untuk pelaksanaan Dasar Jaminan Makanan Negara, bertujuan memastikan bekalan makanan mencukupi pada bila-bila masa, terutama ketika menghadapi kesan krisis makanan dunia yang mula dirasai rakyat. Peruntukan itu termasuk membuka jelapang padi baru di Sarawak membabitkan kawasan yang luas. Menurut Perdana Menteri, walaupun negara kini mengeluarkan beras sekadar cukup untuk kegunaan sendiri iaitu antara 65 dan 70 peratus, kerajaan perlu membuat dasar bagi memastikan 100 peratus keperluan beras mencukupi. Pada hari sama di Accra, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon menggesa tindakan bersepadu antarabangsa berhubung kenaikan harga makanan dan kini lebih 3,000 delegasi dari 193 negara dijangka menghadiri 12 sesi Persidangan Perdagangan dan Pembangunan PBB yang diadakan di Ghana bagi menentang tirai kenaikan harga makanan serta kelembapan ekonomi. Kenaikan harga makanan asas di sesetengah negara termiskin dunia menyebabkan huru-hara di Haiti dan tunjuk perasaan di seluruh Afrika. Bayangkan, harga petroleum diramalkan terus meningkat, kos pengeluaran dan harga bahan makanan serta bahan keperluan harian akan turut meningkat. Kadar inflasi yang tinggi jika berlaku akan mengurangkan kuasa beli pengguna. Natijahnya, ekonomi yang tidak berkembang atau menguncup mungkin berlaku, sekali gus berlaku putaran ganas yang memiskinkan lagi negara yang sedia miskin.
Dalam senario sebegini, kita tidak boleh berpeluk tubuh. Apa yang diusahakan kerajaan, seperti diumumkan Abdullah kelmarin untuk pelaksanaan Dasar Jaminan Makanan Negara amat tepat sekali terutama dengan pembukaan jelapang padi baru di Sarawak yang tanahnya masih luas, mungkin jutaan hektar masih terbiar termasuk tanah bekas kegiatan pembalakan yang mungkin sesuai untuk jelapang padi. Di Melaka, semalam Abdullah meminta pula syarikat gergasi di bawah Permodalan Nasional Berhad (PNB) membuat pelaburan dalam bidang pertanian bagi meningkatkan pengeluaran bekalan makanan untuk rakyat. Ini sejajar usaha kerajaan memastikan negara mampu memenuhi keperluan makanan sendiri sehingga 100 peratus berbanding 70 peratus sekarang. Itu yang diusahakan oleh kerajaan, tetapi bagaimana pula tindakan kita sebagai rakyat atau pengguna. Sekarang ini, kita masih mengimport 30 peratus beras dari luar negara seperti Thailand dan Vietnam, manakala bakinya dihasilkan di dalam negara. Ada dua persoalan di sini iaitu sebahagian rakyat kita terlalu menggemari beras import, terutama dari Thailand sehingga berlaku penyeludupan dan tindakan itu pula dikaitkan dengan kualiti beras tempatan, yang dikatakan kurang sedap berbanding beras wangi siam. Kita berharap benih berkualiti ditanam di kawasan jelapang padi baru di Sarawak nanti bagi menangani masalah ini. Malah di sesetengah tempat, kerajaan boleh melaksanakan sistem tanaman padi lima kali dua tahun, berbanding dua kali setahun pada masa ini bagi meningkatkan pengeluaran komoditi makanan seperti disarankan Persatuan Pengilang Beras Cina-Melayu Kedah. Perdana Menteri Thailand, Samak Sundaravej sudah meminta rakyatnya menggunakan beras dengan kadar yang kurang daripada biasa dalam usaha menangani kenaikan harga makanan ruji itu. Sanggupkah kita berkorban untuk turut berbuat demikian. Hakikatnya, makan nasi berlebihan tidak baik untuk kesihatan, malah tidak perlu untuk memakannya tiga atau dua kali sehari kerana ada alternatif lain bagi mendapat sumber karbohidrat, seperti roti. Ramai rakyat kita yang mendapat penyakit kerana makan berlebihan. Sudah tiba masa kita mengubah tabiat pemakanan ketika berdepan krisis makanan global ini.
Berita Harian
Label:
Petikan Artikel
Krisis barang makanan melanda

Import beras, sayur negara RM12b setahun bukti sektor pertanian diabai
SETIAP tahun lebih 90 juta manusia bertambah di planet bumi. Maka itu sumber sedia ada akan terhakis, sumber baru perlu dicari. Paling penting ialah bagi mengisi perut lebih enam bilion manusia. Kita harus ingat dalam abad ke-20, dianggarkan 70 juta manusia mati kebuluran di seluruh dunia. Sekiranya krisis makanan yang mulai menampakkan wajahnya sekarang tidak ditangani, abad ke-21 akan ditandakan oleh perang dan sengketa berpunca bahan makanan.
Teknologi mengubah cara hidup manusia. Kecanggihan membolehkan manusia hidup jauh lebih selesa dan berkomunikasi dengan lebih mudah. Maklumat dan ilmu hanya di hujung jari kerana teknologi komunikasi dan maklumat (ICT). Manusia menjadi semakin mewah. Tetapi realitinya ialah satu peratus manusia dewasa di dunia menguasai lebih 40 peratus kekayaannya. Menurut kajian itu juga 10 peratus dari penghuni dewasa memiliki 80 peratus harta dunia. Pada waktu yang sama satu dari lima orang penghuni dunia harus hidup dengan RM3.50 sehari - paras kemiskinan tegar yang ditentukan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Dua bilion manusia menderita kelaparan kronik akibat kurang makanan. Bahan makanan tidak sampai pada sebahagian besar manusia, jika sampai pun tidak mencukupi.
Pakar pemakanan meletakkan 2,500 kalori tenaga yang diperlukan bagi setiap manusia. Rakyat Amerika Syarikat (AS) secara purata memperoleh 3,600 kalori sehari, tetapi di Burkina Faso, rakyatnya hanya mampu mengambil 1,500 kalori. Berita paling hangat masa kini ialah kenaikan harga beras dan mi di negara ini. Kita diyakinkan bahawa beras mencukupi. Kita jangan lupa secara purata rakyat negara ini makan 80 kilogram beras setahun. Secara keseluruhannya rakyat negara ini memerlukan dua juta tan beras setahun. Malaysia hanya mampu mengeluarkan dua pertiga keperluan beras rakyatnya.
Beras ialah makanan utama kita. Pemakanan kita berkisar di sekitar beras. Satu waktu dulu kita mengandaikan beras berlambak-lambak di dunia, apa perlunya kita menanam padi. Lagipun teknologi penanaman kita tidak sebaik banyak negara lain. Kita rata-rata masih menggunakan kaedah turun temurun dengan benih yang hasilnya tidak dapat dibanggakan. Lebih baik kita menerjunkan diri dalam sektor pembuatan dan pengeluaran serta teknologi tinggi kerana pulangannya jauh lebih tinggi. Andaiannya ialah sehektar tanah sawah memberikan pulangan jauh lebih rendah sekiranya didirikan kilang di atas tanah itu atau dibangunkan untuk tujuan lain. Atas andaian inilah kita menjadi pengeluar utama barangan elektronik dan pelbagai barangan lain untuk dunia. Kita menjadi negara pedagang yang ke-17 terbesar di dunia. Kita memasuki era teknologi yang hebat. Kita membina mercu tanda kebanggaan selain pelbagai projek mega untuk menandingi yang terbaik di dunia.
Sawah kita terbiar. Ternakan tidak dipedulikan. Industri ayam pedaging tidak sampai ke mana. Sayur-sayuran juga tidak cukup untuk keperluan kita. Pada masa ini kita mengimport barangan makanan bernilai RM12 bilion setahun. Jikalau kita membawa masuk beras, gula, barangan seliaan gula atau bijirin seperti gandum, tentulah boleh diwajarkan. Tetapi kita juga mengimport binatang hidup bernilai RM390 juta setahun, sayur-sayuran bernilai RM313 juta dan buah-buahan RM498 juta. Kita juga mengimport RM500 juta nilai beras setahun. Secara mudahnya pergantungan kita terhadap import barang makanan terlalu tinggi dan berbahaya.
Kita sedang berdepan dengan krisis makanan dunia. Harga barang makanan melonjak dengan hebatnya. PBB menyebutkan bahawa harga barang makanan dunia meningkat lebih 83 peratus dalam masa tiga tahun yang lalu. Organisasi Makanan dan Pertanian PBB (FAO) mengesahkan bahawa 36 buah negara sedang berdepan dengan krisis makanan yang serius. Di Haiti, Niger, Senegal, Cameroon, Burkina Faso, Morocco dan Mesir, rusuhan kerana makanan sudah berlaku.
Keadaan akan bertambah buruk di negara miskin dan di kalangan rakyat berpendapatan rendah. Mereka membelanjakan lebih 70 peratus pendapatan mereka hari ini untuk makanan. PBB juga menganggar bahawa usaha pembasmian kemiskinan selama ini akan terjejas, lebih 100 juta manusia lagi akan terjerumus ke dalam paras kemiskinan.
Pada waktu sama, PBB menganggarkan bahawa Program Makanan Dunia memerlukan tambahan RM1.7 bilion lagi mengurangkan musibah krisis makanan. Beberapa buah negara Asia juga sedang menghadapi krisis makanan. Bangladesh yang dilanda puting beliung bulan November tahun lalu menyaksikan lebih 800,000 metrik tan beras musnah.
Di Filipina, 68 juta rakyatnya yang hidup dengan RM7 sehari terpaksa berdepan dengan kenaikan harga beras dan keperluan asas yang lain. Sekurang-kurang sejuta rakyat negara itu kini hidup dengan ihsan beras percuma dari organisasi bantuan. Moral ceritanya ialah, kita harus berwaspada. Memang kita diberikan jaminan bahawa stok beras kita boleh bertahan untuk menampung rakyat negara untuk enam bulan lagi. Dalam masa enam bulan kita tidak tahu apakah harga sedia ada akan bertahan.
Kawalan harga beras ada gunanya tetapi tidak dalam semua keadaan. Sekiranya faktor pasaran tidak diendahkan, beras juga boleh hilang begitu saja. Rakyat boleh hidup tanpa gula dan tepung atau mi, tetapi beras ialah isu yang lain. Sudah sampai masa kita melihat semula dasar pertanian kita seluruhnya. Tidak lama dulu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menggariskan visi baru pertanian negara, yakni pendekatan yang lebih produktif dan radikal untuk menjadikan bidang pertanian memiliki nilai ekonomi tinggi. Visi sebesar itu tidak mudah dilaksanakan.
Apa lagi, masih banyak di kalangan rakyat negara ini, termasuk pemimpin politik, pimpinan bank dan petani sendiri yang merasakan pertanian "tidak boleh pergi jauh." Memang mudah mahu mengajak mereka yang terbabit dalam sektor ini agar mengubah sikap dan minda untuk membawa pada permodenan, hala tuju baru dan semangat persaingan. Tetapi pertanian ialah sektor yang terlalu lama diabaikan.
Mereka yang terbabit rata-rata miskin dan ketinggalan. Imej petani dengan pakaian kotor dan berlumpur bukan tarikan pada golongan muda. Tidak hairanlah jikalau bilangan mereka yang terbabit juga berkurangan dan petani hari ini rata-rata berusia lebih 55 tahun ke atas. Tidak hairan jugalah mengapa berlaku pergantungan terlalu tinggi terhadap pekerja asing. Lagi pula tumpuan pertanian kita ialah pada sektor yang relatif selamat seperti kelapa sawit dan getah, yang pasti memberikan pulangan sama ada hujan atau panas. Sektor pemakanan selalunya berisiko tinggi.
Terlalu banyak faktor yang harus diambil kira dalam sektor ini. Paling penting tentunya ialah usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang harus dimanfaat oleh petani. Kita amat ketinggalan dalam R&D berbanding negara lain. Oleh yang demikian, kita tidak mendapat benih yang baik dengan pulangan yang lebih menguntungkan. Satu aspek yang selalu diabaikan dalam soal ini ialah peranan bank-bank di negara ini.
Sektor pertanian memang berisiko tinggi. Tetapi sektor perbankan harus turut sama menanggung risiko bagi menjana pertumbuhan ekonomi dalam sektor ini. Pelbagai dana yang disediakan dari 3F (Fund for Food) hinggalah pinjaman pada syarikat dalam perusahaan kecil dan sederhana (PKS) harus dibuka secara lebih luas. Pemantauan pada peringkat Bank Negara dan kementerian-kementerian yang berwajib ke atas bank-bank ini harus diperketat.
Tidak ada gunanya kita menghebohkan kejayaan fisikal dan pembangunan ekonomi apabila satu hari nanti kita terkejut beras dan makanan lain bukan saja berharga berlipat kali ganda tetapi hilang terus dari rak-rak di pasar raya kita.
Datuk Johan Jaafar
Berita Minggu
20 April 2008
Label:
Petikan Artikel
Pemilihan ahli suruhanjaya kena elak kontroversi

PENGUMUMAN penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Hakim bagi membantu menilai serta memilih calon menggunakan kaedah yang sistematik dan berwibawa seperti diumumkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi malam kelmarin, membuka lembaran baru bagi badan kehakiman negara. Ini sudah pasti membantu memulihkan semula kewibawaan badan kehakiman yang tercemar sejak 20 tahun lalu. Menurut Abdullah, badan itu akan mengenal pasti dan mencadangkan nama calon bagi pelantikan hakim kepada Perdana Menteri berdasarkan kriteria yang ditetapkan. Walaupun mengikut Perlembagaan, Perdana Menteri mempunyai hak untuk mengemukakan cadangan nama kepada Yang di-Pertuan Agong, suruhanjaya itu akan membantu menilai dan memilih calon menggunakan kaedah yang sistematik dan wibawa berdasarkan kriteria diperincikan secara jelas. Ini bermakna, kerajaan mahu perubahan dibuat dalam proses mencalon, mengendalikan pelantikan dan kenaikan pangkat hakim supaya ia lebih telus dan menyeluruh. Kita tentu ingat peristiwa 1988 yang menimbulkan banyak percanggahan bagaimana untuk terus bergerak dan kerana itu sebaik menjadi Perdana Menteri pada 2003, Abdullah berjanji mewujudkan sistem kehakiman yang berwibawa, efektif dan bebas. Malah, kerajaan turut mengumumkan pembayaran ex-gratia kepada enam bekas hakim kanan yang dipecat dalam krisis kehakiman pada 1988 itu. Hakikatnya, penubuhan suruhanjaya itu adalah selari dengan kemajuan dunia hari ini. Banyak negara maju dan sedang membangun mempunyai suruhanjaya khas untuk mengendalikan pelantikan dan kenaikan pangkat hakim.
Sebagai contoh, United Kingdom melakukan pembaharuan Perlembagaan dengan menubuhkan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman bagi England dan Wales dengan 15 ahli iaitu lima ahli kehakiman, dua profesional guaman, enam orang awam, seorang hakim bersara dan seorang ahli biasa. Begitu juga Perancis dengan 12 ahli, Itali (33 ahli), Sepanyol (21 ahli), Portugal (17 ahli), Afrika Selatan (23) dan Belanda (lima) manakala di Amerika Syarikat, ahli suruhanjaya peringkat persekutuan dinilai Jawatankuasa Persatuan Majlis Peguam diikuti penilaian semula oleh Jawatankuasa Kehakiman Senat, sebelum undian di Senat. Ini bermakna, Malaysia sudah mengikut arah aliran di seluruh dunia. Pendedahan rakaman klip video perbualan antara Datuk V K Lingam dengan hakim kanan yang dikatakan mengatur pelantikan hakim, memperlihatkan apa yang berlaku dalam sistem kehakiman negara dan 'kekotoran' itu perlu dibersihkan. Bagaimanapun, kerajaan belum lagi mengumumkan keahlian Suruhanjaya Pelantikan Hakim. Apakah ia nanti akan terdiri daripada Ketua Hakim Negara, Peguam Negara, bekas hakim kanan atau bekas Ketua Hakim Negara, wakil Majlis Peguam dan orang awam yang mempunyai status tinggi dalam masyarakat serta mempunyai latar belakang undang-undang? Keanggotaan itu perlu dilakukan dengan lebih berhati-hati. Misalnya, jika wakil Majlis Peguam boleh memilih hakim, sistem itu mungkin boleh menjurus kepada penyalahgunaan kuasa dan hakim akan rasa tertekan kerana peguam yang mengendalikan kes di depannya boleh mempengaruhi pelantikan dan kenaikan pangkatnya. Jika pandangan ini diterima, ia juga memberi andaian hakim akan turut berasa tertekan dan takut kepada Perdana Menteri kerana beliau juga yang mempengaruhi pelantikan dan kenaikan pangkat hakim. Apapun, penubuhan suruhanjaya itu bermakna kerajaan sedar ia memang perlu bagi memastikan bidang kehakiman mempunyai kewibawaan tinggi dan sistem kehakiman di negara ini boleh bertindak dari segi membuat keputusan dengan cepat dan hakim yang mempunyai kewibawaan dan kebolehan tinggi dilantik pada pelbagai peringkat.
Berita Harian
Label:
Petikan Artikel
Khamis, 17 April 2008
Wanita tempatan jangan mudah terpedaya jerat sindiket dadah

SEKALI lagi kita dikejutkan dengan pembabitan wanita negara ini sebagai ejen pengedar sindiket dadah antarabangsa. Terbaru, dilaporkan kira-kira 20 gadis tempatan dikurung kumpulan sindiket di Madrid, Sepanyol untuk dijadikan 'keldai pembawa dadah' sebelum diedarkan ke pasaran Eropah. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pembabitan wanita tempatan terutama pelajar dengan sindiket dadah yang menjanjikan habuan lumayan semakin meningkat dan membimbangkan. Walaupun pelbagai usaha, termasuk kempen kesedaran berhubung sindiket itu dilaksanakan di pusat pengajian tinggi tempatan, jumlah wanita yang ditahan di luar negara kerana menyeludup dadah masih berterusan. Kita berharap semua pihak berkenaan dapat duduk semeja dan sama-sama memikirkan langkah terbaik bagi menangani masalah yang semakin serius itu. Kerajaan, agensi berkaitan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), selain pihak pengurusan universiti perlu mencari jalan bagi menangani masalah ini.
Tanpa kita disedari, sindiket berkenaan mewujudkan rangkaian di negara ini dengan gerakan cukup licik dan terancang. Kita harus sama-sama bertanggungjawab menyelesaikannya. Kita tidak mahu negara luar menuding jari dengan menyebut Malaysia kini menjadi pangkalan pengedaran dadah antarabangsa. Berdasarkan rampasan dadah sintetik berjumlah RM44 juta di Johor baru-baru ini, yang didalangi warga asing termasuk dari Amerika Latin, selain pembabitan gadis tempatan menjadi pembawa dadah ke pasaran antarabangsa, ruang untuk kita menafikan pandangan berkenaan agak longgar. Bagi menjaga imej negara, kita mungkin boleh menafikannya, namun hakikat yang berlaku di depan mata perlu kita tangani secara serius. Kuala Lumpur kini dikatakan menjadi pilihan pelbagai kumpulan sindiket asing, termasuk pengedaran dadah antarabangsa dan mereka tidak takut kerana mempunyai modus operandi yang cukup licik, sedangkan pihak berkuasa kita masih teraba-raba untuk mengesan dan membanterasnya. Kita berharap pihak berkuasa polis dan kastam dapat memikirkan cadangan menghantar lebih ramai pegawai mengikuti latihan di Eropah atau Amerika Syarikat yang mempunyai pengalaman luas berdepan kumpulan mafia dalam usaha banteras sindiket dadah antarabangsa. Pengalaman berpuluh tahun negara terbabit yang sehingga kini masih berterusan membasmi penyeludupan dadah, perlu kita pelajari kerana operasi rangkaian sindiket berkenaan sudah menular di negara kita. Begitu juga pengawasan di pintu masuk utama negara, baik lapangan terbang, pelabuhan dan sempadan diperketatkan, di samping mempertingkatkan teknologi dan sumber perisikan bagi memastikan penyeludupan dadah keluar negara terus terkawal.
Kita percaya sindiket terbabit melihat kelompangan tertentu dalam sistem penguatkuasaan negara menyebabkan mereka berani beroperasi di sini, selain mengandaikan pihak berkuasa kurang pengetahuan dan pengalaman dalam memahami modus operandi mereka. Tambahan pula, imej positif Malaysia di arena antarabangsa terutama pemegang pasport antarabangsa Malaysia yang mudah diterima negara luar memudahkan sindiket terbabit mengeksploitasi sikap 'rambang mata' wanita negara ini untuk menjadi ejen penghantaran dadah mereka. Akibatnya, mereka terperosok dalam penjara di negara di mana mereka ditahan seperti China, Jepun dan beberapa negara di Amerika Selatan dan Amerika Tengah. Sudah sampai masanya rakyat tempatan, khususnya remaja mengetahui taktik dan helah sindiket berkenan bagi mengelak mereka terjebak kerana amat sukar bagi kerajaan untuk membantu jika mereka ditahan di negara asing yang turut mempunyai undang-undang antidadah yang ketat.
Berita Harian
Label:
Petikan Artikel
Rabu, 16 April 2008
Tumpuan sektor pertanian atasi kesan kenaikan harga makanan

BANK Dunia dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian Antarabangsa (FAO) sudah memberi amaran krisis pemakanan global akan berlanjutan terutama di Asia, Afrika dan Amerika Selatan, berikutan kekurangan bekalan dan kenaikan harga komoditi itu. Malah, agensi berita asing melaporkan krisis kekurangan bekalan dan peningkatan mendadak harga makanan utama dunia termasuk beras dan gandum terus meruncing dan boleh mencetuskan inflasi ketika Bank Dunia memberi amaran masalah itu boleh menyebabkan 100 juta penduduk seluruh dunia bakal menjadi lebih miskin. Badan dunia turut memberi amaran kenaikan harga roti, beras, susu, minyak masak dan barang keperluan lain yang semakin ketara, dijangka berlanjutan meskipun ada usaha meningkatkan pengeluaran makanan itu. Amaran itu disuarakan ketika sekurang-kurangnya 33 negara di benua Afrika, Amerika Latin dan Asia seperti di Mesir, Haiti, Indonesia, Zimbabwe, Bangladesh, Filipina, Burkina Faso, Mauritania dan Peru berdepan kesukaran memperoleh makanan akibat harga terlalu mahal sehingga mencetuskan rusuhan ganas yang meragut nyawa. Bagi tempoh 2005-2007, harga gandum dunia meningkat 70 peratus, jagung 80 peratus dan produk tenusu, naik dua kali ganda sebanyak 90 peratus. Harga beras dunia pula kini berada pada paras AS$780 (RM2,464) satu tan berbanding AS$360 (RM1,137) satu tan pada akhir tahun lalu. Harga itu dijangka meningkat antara AS$1,000 (RM3,160) hingga AS$1,200 (RM3,792) satu tan dalam tempoh dua bulan akan datang kerana kesukaran memenuhi permintaan dan masalah untuk meningkatkan pengeluaran dalam masa singkat.
Keadaan global itu juga memberi tempias kepada negara kita sehingga harga beras di seluruh negara dikatakan mencatat kenaikan mendadak antara 10 hingga 20 peratus sejak Ahad lalu. Pemantauan Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) mendapati ia berlaku di kawasan bandar di seluruh negara, termasuk di Lembah Klang. Peningkatan harga itu perlu dibendung segera supaya tidak membebankan rakyat. Kelmarin, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed, dipetik sebagai berkata, kerajaan akan menambah stok beras negara yang kini sebanyak 600,000 tan kerana ia hanya mampu bertahan untuk tempoh tiga bulan. Katanya, stok beras negara dijangka tidak berkurangan kerana hasil padi kini dituai di beberapa tempat seperti di Kelantan, manakala padi di Kedah dalam proses penanaman semula bagi memastikan simpanan beras negara sentiasa mencukupi. Bagi jangka masa pendek, ia mungkin tidak menimbul masalah, tetapi kerajaan perlu merangka pelan jangka panjang supaya kita tidak terus mengimport bukan saja beras, malah barang makanan lain, yang sebenarnya boleh diusahakan sendiri oleh rakyat kita. Bayangkan, hingga kini Malaysia masih mengimport 28 peratus atau kira-kira 600,000 tan beras setahun dari beberapa negara seperti Thailand dan Vietnam. Memang benar, Bernas sebagai agensi tunggal membawa masuk beras boleh membuat perjanjian jangka panjang dengan pembekal seperti dari Thailand dan Vietnam, tetapi kita mahu rakyat kita sendiri mengusahakannya bagi mengelak kerugian tukaran asing dan kesan kenaikan harga beras dunia. Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) misalnya yang menyumbang 40 peratus daripada keperluan beras negara, perlu memperhebatkan program peningkatan hasil padi. Usaha meningkatkan pengeluaran seharusnya dilaksanakan secara bersepadu antara kerajaan dan petani dengan memastikan wujudnya prasarana yang menyokong seperti sistem pengairan, teknologi penanaman serta benih berkualiti.
Berita Harian
Label:
Petikan Artikel
Selasa, 15 April 2008
Potensi luas spesies buah-buahan nadir, liar

RAMBUTAN, pulasan dan mata kucing daripada famili Sapindaceae memang buah-buahan yang dikenali ramai. Bagaimanapun, banyak lagi spesies liar dalam famili Sapindaceae yang buahnya boleh dimakan, tetapi tidak begitu diketahui ramai. Beberapa spesies menghasilkan buah yang enak dan digemari kanak-kanak, burung dan tupai. Pokok sebilangan spesies ini amat menarik dan boleh dijadikan unsur seni taman atau pohon teduhan.
Spesies yang wujud di Semenanjung Malaysia ialah redan, rambutan pacat, kelat layu, ceri Terengganu, gegelek, kasai, matua, lotong dan tengkuk biawak hidup liar di hutan. Pokok kasai kebanyakannya hidup liar, tetapi kini dimanfaatkan sebagai tanaman lebuh dan pohon teduhan bagi menghiasi dan menambah seri bandar raya Kuala Lumpur.
Beberapa spesies buah dalam famili ini wujud di Sabah dan Sarawak. Antara buah yang menarik di sana ialah tiga jenis mata kucing iaitu sau, isau dan kakus yang unik dan berbeza daripada yang ada di Semenanjung. Bagi pokok redan, misalnya yang muda mempunyai kanopi berbentuk bulat diserikan dengan gugusan buah merah. Pokoknya sederhana tinggi dan berbanir kecil. Buah redan masam manis dan enak rasanya. Namun, potensinya belum diketahui. Daunnya jenis majmuk dan mempunyai satu hingga dua pasang anak daun. Tepi permukaan atas anak daun melengkung sedikit. Permukaan bawah daun berdebu halus. Buah redan kecil dan berbentuk bujur panjang.
Kulitnya merah cerah, menarik dan berkedut, tetapi tidak berbulu. Isinya putih dan lutsinar. Di Sabah dan Sarawak, wujud buah seakan-akan redan dan disebut serait, dijual di pasar tamu apabila tiba musimnya.
Pokok redan jarang ditanam dan kini jarang ditemui. Biasanya pokok ini hidup liar di pinggir hutan atau dalam hutan. Usaha perlu dilakukan bagi menanam pokok ini sebagai pokok teduhan, sekali gus menghalang kepupusannya. Buah rambutan pacat pula seakan-akan buah redan, tetapi warnanya kuning. Kulit luarnya berbonggol-bonggol kecil. Walaupun nipis, isinya berwarna perang muda itu manis dan berjus. Pokoknya sederhana besar dan hidup liar di hutan.
Di Melaka dan Johor, pokok ini disebut kelat layu mungkin kerana rasa buahnya yang kelat manis dan daunnya melentur seakan-akan layu. Namun, di Utara Semenanjung dan Pantai Timur ia dinamakan mertajam. Daya tarikan pokok ini terletak pada buah dan kanopinya. Buahnya didapati bergugus-gugus di hujung ranting. Jambak buah padat dengan buah yang kecil dan berwarna-warni apabila hampir matang. Warna ini terjadi apabila buah muda berwarna hijau bertukar menjadi jingga kemudian merah.
Buahnya berwarna ungu atau hitam apabila matang sepenuhnya. Setiap jambak mempunyai buah pada peringkat kematangan berbeza. Isi buah nipis, agak kering dan kelat-kelat manis rasanya. Pokok kelat layu cukup menarik kerana kanopinya yang bulat, padat dan rendang. Pokok ini sering kali dimanfaatkan sebagai pokok teduhan, terutama di Terengganu, Kelantan dan Kedah. Pokok ini juga sesuai dijadikan unsur seni tanam atau ditanam berbaris-baris di tepi jalan sebagai tanaman lebuh.
Ciri yang menarik pada pokok ceri terengganu ialah pokok dan buahnya. Kanopinya kecil, rendang dan bulat. Daunnya jenis majmuk pinat dengan beberapa pasang anak daun yang lancip dan bersayap. Kecantikan pokok ini diserikan lagi pucuknya yang lembut melentur dan berwarna ungu muda.
Buah ceri terengganu bergugus-gugus seperti buah anggur. Kulitnya amat menarik seperti buah ceri, merah cerah, licin dan berkilat. Buah ini bergantungan pada dahan dan ranting kecil. Walaupun rasa buahnya manis, isinya nipis dan bijinya besar. Pokok ceri ini banyak ditanam di Terengganu dan Johor. Di Johor, buah ini disebut kelelek atau gegelek. Kedua-dua spesies ini sangat sesuai ditanam sebagai unsur seni taman dan pokok teduhan di taman, sekitar rumah, sekolah atau surau dan tempat awam yang lain.
Dua batang pokok ini wujud di pekarangan masjid Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi.
Bentuk pokok kasai pula cantik dan menarik, dihiasi pucuk berwarna merah cerah. Kini pokok ini banyak ditanam sebagai tanaman lebuh bagi menghiasi landskap sekitar bandar raya Kuala Lumpur dan taman rekreasi. Kanopinya sederhana besar, daunnya jenis majmuk pinat yang terdiri daripada tiga hingga lapan pasang anak daun. Buah kasai kecil dan berbentuk bujur panjang. Kulitnya rapuh dan berwarna hitam berdebu. Isinya nipis, lutsinar dan manis. Pokok kasai hidup liar di tepi sungai dan hutan. Ia mudah dikenali daripada jarak jauh kerana pucuknya merah.
Pokok yang seakan-akan kasai disebut matua. Pokok berasal dari Irian Barat (Indonesia) ini baru saja diperkenalkan di Malaysia. Buahnya seperti mata kucing atau longan. Isinya tebal dan rasanya manis. Di tempat asalnya, wujud beberapa jenis matua yang berbeza-beza, walaupun pokok ini masih hidup dalam keadaan liar. Kebanyakan pokok lotong hidup liar di hutan. Pokoknya kira-kira 25 meter tinggi dengan kanopi yang sederhana besar. Anak daunnya besar dan melentur. Buahnya kira-kira lima sentimeter panjang. Kulitnya berwarna merah tua, diselaputi bulu tebal lembut yang melentur di hujung.
Isinya putih, lutsinar dan tidak lekang. Rasanya sangat manis dan berjus. Di Borneo, ada buah dalam spesies sama, dikenali rambutan gergasi. Selain ditanam di Semenanjung Malaysia, pokok mata kucing juga wujud di Sarawak dan Sabah. Di Sarawak, pokok ini dikenali guring. Selain guring, ada tiga jenis mata kucing lagi yang agak berbeza daripada mata kucing yang wujud di Semenanjung.
Perbezaan utama ialah kulit buah yang mempunyai titik timbul yang lembut dan tumpul. Di kalangan penduduk tempatan, jenis buah ini disebut isau, sau dan kakus. Di Sarawak, semua jenis mata kucing ini wujud di sepanjang Sungai Rejang di Bahagian Sibu dan Kapit, iaitu dari Kanowit, Song, Kapit hingga ke Belaga. Semua jenis mata kucing ini tergolong dalam spesies sama. Perbezaan utama ialah ciri buah. Isau - buah berbentuk bulat dan kulitnya berwarna hijau hingga buah masak. Sau - buah berbentuk bujur sedikit dan berwarna hijau hingga masak, manakala kakus, buah berbentuk bulat dan berwarna hijau, tetapi bertukar menjadi perang selepas masak.
Buah isau dan mata kucing umumnya lebih kecil daripada sau, manakala kakus mempunyai saiz yang pertengahan, iaitu antara isau dan sau. Isi buah isau lebih tebal dan manis daripada sau, kakus dan mata kucing. Pokok tengkuk biawak hidup liar di hutan negeri Pahang, Perak dan Pulau Pinang. Buahnya lebih besar daripada rambutan pacat. Kulitnya berwarna ungu dan berbonggol-bonggol kecil. Isinya putih, lutsinar dan berjus. Rasanya masam manis dan harum baunya.
Kini usaha sedang dibuat untuk mengumpul semua spesies unik ini, iaitu khazanah yang tidak ternilai bagi negara ini. Usaha juga sedang dibuat untuk memperkenalkan spesies ini kepada orang ramai menerusi maklumat yang ditulis dan disebar.
‘Tak kenal maka tak cinta’, begitulah kata pepatah Melayu. Semua maklumat begini menambah kesedaran orang ramai mengenai kewujudan spesies buah-buahan nadir dan liar ini.
Berita Harian
Label:
Petikan Artikel
Isnin, 14 April 2008
Projek kereta api laju ke Singapura bukan keutamaan

Kereta api laju di Jepun. Gambar Hiasan
JIKA diambil kira aspek ekonomi, cadangan yang dilontarkan YTL Corporation Bhd pada 2006 supaya syarikat gergasi itu dibenarkan melaksanakan projek kereta api laju Kuala Lumpur-Singapura bernilai RM8 bilion, memang berdaya maju dan pasti menjadi pilihan sama ada oleh pelancong atau peniaga. Ia akan memendekkan perjalanan darat dari Kuala Lumpur ke Singapura dan sebaliknya, kepada hanya 90 minit. Malah, pengangkutan rel laju ini menjadi pilihan terbaik di Paris dan London, apatah lagi pada musim sejuk. Di Jepun, ia amat popular kerana pengangkutan rel menghubungi bandar utama seperti Osaka, Yokohama, Sapporo, Kyoto dan lain-lain dengan bandar raya Tokyo. Begitu juga di Korea yang perkhidmatannya menghubungkan ibu negara Seoul dan Busan. Bagaimanapun, sama ada di Paris, London, Jepun atau Korea, sistem pengangkutan rel memang banyak menguntungkan rakyatnya. Malah, kedua-dua Paris dan London berkongsi keuntungan dalam pelbagai aspek apatah lagi ia adalah kota metropolitan termaju di Eropah serta wujud keseimbangan ekonomi. Tetapi bagaimana pula antara Kuala Lumpur dan Singapura? Katakanlah projek itu dilaksanakan, apakah jaminan bahawa ia tidak akan menjejaskan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang. Bayangkan penerbangan ke republik itu dari Malaysia cuma memakan masa 55 minit, iaitu kurang setengah jam berbanding penggunaan kereta api laju KL-Singapura selama 90 minit.
Kita bimbang Lapangan Terbang Antarabangsa Changi nanti menjadi pilihan pelancong atau peniaga yang mahu singgah ke Malaysia, berbanding KLIA. Ini sudah pasti menjejaskan ekonomi negara, manakala Singapura mungkin menjadi persinggahan utama pelancong asing, yang mungkin memilih kereta api laju dari republik itu untuk ke Kuala Lumpur atau Johor Bahru. Oleh itu, kita lega apabila Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, kelmarin menyatakan bahawa kerajaan belum membuat sebarang keputusan mengenai projek kereta api laju KL-Singapura itu. Beliau menegaskan, perkara itu sebaiknya diputuskan Unit Perancang Ekonomi (EPU) kerana unit itu saja yang boleh memberikan jawapan tepat. Kesatuan Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad membantah projek kereta api laju itu dengan alasan ia merugikan, tetapi Pengarah Urusan YTL, Tan Sri Dr Francis Yeoh, dipetik sebagai berkata pihaknya yakin projek kereta api laju Kuala Lumpur-Singapura apabila siap nanti boleh menjimatkan penggunaan petrol dan juga subsidi ke atas bahan api. Ketika projek itu mula dipaparkan media pada 2006, pelbagai reaksi diterima, termasuk yang membantah dengan pelbagai alasan.
Kita berharap kerajaan membuat pertimbangan teliti dengan mengambil kira pelbagai aspek sebelum memutuskan cadangan itu. Projek itu juga dikhuatiri menggagalkan Iskandar Malaysia, yang sebelum ini dikenali sebagai Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI). Projek kereta api laju mungkin hanya akan menggalakkan orang ramai ke republik itu, sekali gus menggagalkan usaha membangunkan ekonomi Johor Selatan. Malah, sebahagian penduduk Johor Bahru khuatir tanah mereka akan diambil untuk projek kereta api laju itu. Penganalisis pasaran menganggarkan nilai projek kereta api laju itu mungkin mencecah RM11 bilion, iaitu RM3 bilion untuk pembinaan infrastrukturnya dan RM8 bilion lagi adalah kos pengambilalihan tanah. Kita percaya kerajaan mempunyai keutamaan lain yang lebih memanfaatkan rakyat daripada projek kereta api laju itu.
Berita Harian
Label:
Petikan Artikel
Ahad, 13 April 2008
Kontraktor projek awam perlu patuhi piawaian

Gambar Hiasan
SEKALI lagi kita berdepan masalah pembinaan bangunan tidak sempurna apabila bumbung Dewan Besar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Wakaf Tapai, di Marang, Terengganu yang baru berusia tiga tahun runtuh malam kelmarin. Namun kita bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku. Kejadian itu adalah sebahagian siri rentetan kes bangunan awam yang dilaporkan runtuh, rosak, bocor dan siling jatuh sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Pada November lalu, kita dikejutkan dengan kejadian bangunan bernilai RM4.5 juta milik kerajaan negeri Perak di Pulau Banding yang runtuh akibat pembinaan di kawasan tebing tanah berstruktur lemah. Sebelum itu, kita didedahkan pelbagai kejadian kerosakan bangunan awam membabitkan hospital dan mahkamah, malah bangunan kerajaan di Putrajaya turut tidak terlepas berhadapan masalah sama. Semua masalah itu ada kaitan dengan proses perancangan, pembinaan yang dilaksanakan kontraktor dan ketiadaan penyelenggaraan selepas bangunan siap. Seperti kejadian sebelum ini, ramai yang menuding jari menyalahkan di antara satu sama lain berhubung kejadian itu. Lumrahnya, jawapan daripada pihak berkuasa turut diketahui, iaitu siasatan akan dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian selain tindakan tegas untuk memastikan kejadian seumpama itu tidak berulang.
Persoalannya sampai bila kita terus berhadapan dengan masalah dan kejadian seperti itu? Kita cukup bernasib baik dan bersyukur kerana ketika kejadian bumbung sekolah di Terengganu itu berlaku pada jam 8.30 malam ketika ia tidak digunakan. Bayangkan apa akan terjadi sekiranya bumbung itu runtuh pada jam 8.30 pagi ketika sesi perhimpunan pagi di dewan sekolah yang mampu memuatkan 500 pelajar dan guru itu? Akibatnya tentu lebih buruk dan menakutkan, terutama bila melihat kerangka bumbung yang tersadai di lantai dewan. Kita boleh menyalahkan banyak pihak berhubung kejadian itu, namun ia tidak akan menyelesaikan masalah. Rentetan peristiwa malang ini menunjukkan tahap sebahagian bangunan awam di negara ini dalam keadaan membimbangkan. Sehubungan itu, sesuatu perlu dilakukan segera untuk memastikan kejadian seperti itu tidak berulang.
Pasukan petugas khas seliaan bangunan yang ditubuhkan kerajaan kendalian Jabatan Kerja Raya (JKR) perlu segera mengenal pasti status bangunan berselerak di seluruh negara. Sekiranya bangunan SMK Wakaf Tapai yang siap pembinaannya dan digunakan pada 2005 boleh runtuh bumbungnya, bagaimana keadaan Sekolah Long Luping, Lawas, Sarawak, misalnya yang dibina di lereng bukit curam sehinggakan ibu bapa takut untuk menghantar anak mereka belajar di sekolah berkenaan. Ketika kita tidak mahu melihat kejadian seperti itu terus menjejaskan imej kerajaan, semua pihak khususnya kontraktor perlu segera memastikan keadaan fizikal bangunan awam sentiasa dalam keadaan baik dan mematuhi piawaian pembinaan ditetapkan. Kita tidak mahu lagi mendengar penjelasan kontraktor besar yang mendapat projek menyalahkan subkontraktor yang menyiapkan projek berkenaan. Sudah sampai masanya, Kementerian Kerjaraya yang mempunyai menteri baru, mencari pendekatan baru bagi menangani masalah berkenaan dengan segera. Dalam hal ini, kerajaan mesti bertindak tegas bagi memastikan tidak berlaku ketirisan dan kontraktor yang dilantik perlu diarah menyiapkan projek mengikut jadual, selain mematuhi piawaian ditetapkan.
Berita Harian
Label:
Petikan Artikel
Pemimpin kena dekat di hati rakyat
Selain personaliti bersih dan tak 'mabuk' kuasa, ketua kena ada kekuatan luar biasa
MENURUT kitab Sejarah Melayu, sezalim-zalim Sultan Mahmud Shah tunduk juga baginda kepada guru agamanya. Menurut riwayatnya, baginda berangkat untuk mempelajari ilmu agama kepada Maulana Yusuf. Seperti biasa beliau naik gajah dengan diiringi oleh orang banyak. Melihat keberangkatan Sultan, Maulana itu mengarahkan pintu rumahnya ditutup rapat. Maka berangkat pulanglah Sultan Mahmud ke istana. Pada malamnya, dengan hanya dua pengawal, baginda berangkat semula ke rumah Maulana. Baginda menitahkan kepada penunggu pintu, "Beritahu Maulana bahawa Fakir Mahmud datang." Kata Maulana, "Jika Fakir Mahmud, buka pintu, fakir patutlah datang ke rumah samanya fakir."
Demikianlah dalam Cetera Yang Kedua Puluh Enam kitab tersohor Sejarah Melayu, diceritakan bagaimana adabnya berguru, walau siapapun yang hendak belajar, termasuk raja. Menurut Kamus Dewan 'fakir' bermaksud 'orang yang berkurangan, miskin' atau 'orang yang sengaja atau dengan kerelaan sendiri mengalami atau menanggung serba kekurangan dalam hidupnya untuk dapat kesempurnaan batin.'
Seperti kita tahu Sejarah Melayu karangan Tun Seri Lanang banyak sekali menunjukkan bagaimana hubungan di antara raja dan rakyat, di antara pembesar dan rakyat dan sesama rakyat. Terlalu banyak pengajaran yang boleh dipelajari daripadanya khususnya dalam konteks tata cara, adab sopan dan hidup bernegara. Banyak sekali dikisahkan kezaliman yang diperlakukan kepada rakyat, serta bagaimana rakyat harus menanggung kekecewaan akibat keangkuhan, kesombongan dan kealpaan raja dan pemimpin.
Rakyat melihat bagaimana kekayaan yang melimpah ruah dan kemakmuran yang tidak dapat mereka nikmati. Rakyat menyaksikan sendiri bagaimana Bendahara Seri Maharaja memberikan emas 'segenggam seorang perbuat main' kepada anak buahnya dan bagaimana emasnya dikatakan 'dibubuhnya pada segenap pahatan bendul dan pahatan pintu' di rumahnya.
Tetapi seperti perjanjian di antara Sang Sapurba dengan Demang Lebar Daun, rakyat akan terus setia asalkan raja tidak menganiaya rakyat mereka. Hal yang sama sepatutnya berlaku di antara pembesar atau pemimpin dengan rakyat. Rakyat mendukung, pemerintah melindungi. Masing-masing memerlukan satu sama lain. Itulah prinsip kelangsungan mana-mana kerajaan di dunia.
Malangnya kuasa melalaikan, kuasa yang banyak memabukkan. Yang tidak banyak kuasa berlagak berkuasa penuh. Kuasa yang sedikit lebih berbahaya sekiranya jatuh pada orang yang berkepentingan atau bermotif jahat. Kuasa ada kaitannya dengan peluang. Peluang maksudnya membuat keuntungan. Wang maksudnya alat kuasa. Wang boleh membeli apa saja. Maruah dan harga diripun ada kalanya boleh dijual beli.
Sejarah empayar Melayu yang hebat dari Samudera, Pasai dan Melaka, semuanya tumbang oleh kemabukan kuasa pemimpinnya. Musuh tidak pernah kuat. Dalam sebarang pilihan raya, yang kuat bukan parti lawan tetapi kerana parti memerintah dilemahkan. Musuh berjaya kerana kelemahan dari dalam apabila pemimpin berantakan, bergaduh, berkonflik. Atau apabila pemimpin melupakan tanggungjawab dan amanah. Atau apabila mereka berhenti mendengar.
Tan Sri Aziz Tapa, tokoh veteran Umno dari Melaka memberikan saya serangkap pantun yang menarik:
"Anak raja memikul kayu;
mari dibuat batang titian;
malang nasib anak Melayu;
pemimpin asyik dengki-dengkian."
Menurut beliau, pantun itu diberikan padanya oleh Pak Hamka yang sering bertandang ke rumah beliau ketika hayatnya. Hamka menceritakan kisah dua orang manusia, seorang pembesar Negeri Sembilan dan seorang Munsyi yang tersohor pada awal abad ke-20. Kedua-duanya hendak menyeberang sungai tetapi titian patah, lalu mereka sama-sama membuat titian baru. Itulah yang mengilhamkan Munsyi berkenaan mencipta pantun berkenaan.
Apa yang lebih penting ialah moral pantun yang amat bermakna itu. Seperti digambarkan dalam kitab Sejarah Melayu, terlalu banyak kerosakan yang dibuat oleh pemimpin terhadap negara dan rakyatnya semata-mata kerana zalim, angkuh dan tamak. Demikian juga, banyak kebinasaan yang terjadi apabila rakyat bersengketa, berkomplot dan bersekongkol sesama sendiri atau dengan musuh. Sejarah Melayu juga menceritakan bagaimana pendengki bernama Si Kitul dan Raja Mendeliar menyebabkan huru-hara kerajaan Melaka dan kejatuhan empayar Melayu itu.
Tetapi apabila raja, pembesar dan rakyat sehati dan sekata, Melaka hebat dan gah. Bukan saja kerajaan Majapahit ditundukkan dan Raja China menghantar puterinya Hang Li Po untuk dikahwini oleh Sultan tetapi ancaman daripada Siam, Bugis dan lain-lain dapat dihalang. Sultan Alauddin sendiri turun ke tengah rakyat dengan menyamar bagi melihat keadaan sebenar rakyat. Baginda bukan saja dapat menumpaskan percubaan mencuri tetapi juga menyebabkan pegawainya malu kerana gagal mengesan kejadian pada malam itu.
Tenas Effendy menulis buku Pemimpin Dalam Ungkapan Melayu (terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka). Buku ini harus menjadi bacaan wajib setiap pemimpin di negara ini. Dalam buku ini beliau menyenaraikan 194 jenis pemimpin seperti dilihat dalam ungkapan tradisional Melayu. Beliau menghuraikan maksud pemimpin, kedudukan, fungsi dan tanggungjawab mereka sebagai panduan untuk semua. Walaupun banyak ungkapan ini dipetik dari Riau tetapi amat relevan untuk orang Melayu seluruhnya.
Pemimpin ialah mereka 'yang dituakan', atau 'yang didahulukan selangkah, yang ditinggikan seranting, yang dilebihkan serambut, yang dimuliakan sekuku.' Malah sebenarnya, walaupun mereka ketua, tetapi dalam konteks dengan rakyat 'jauhnya tidak berjarak, dekatnya tidak berantara.'
Pemimpin harus mempunyai 'pakaian' yakni sifat dan keperibadiannya. Sebahagian ungkapan itu menyentuh hal ini: 'Memakai syarak lahir dan batin, imannya tebal adat pun kental, takwanya nampak ilmu pun banyak, berdada lapang berfikiran panjang, bermuka jernih berlidah fasih, berpendirian kukuh berakal senonoh, berpijak tidak berkisar, bercakap tidak beralih.'
Pemimpin 'bagaikan kayu besar di tengah padang, rimbun daunnya tempat berteduh, kuat dahannya tempat bergantung, kukuh batangnya tempat bersandar, besar akarnya tempat bersila.'
Demikianlah cara masyarakat Melayu menghargai pemimpin. Begitulah juga idealisme yang perlu menjadi teras kekuatan seorang pemimpin. Amaran ungkapan Melayu, 'bila pemimpin tak tahu diri, umat binasa rosaklah negeri.' Rumusannya ialah, 'elok kain elok raginya, elok pemimpin elok negerinya.'
Pada zaman moden ini, isu kepemimpinan Melayu menjadi bahan perbincangan hangat setiap kali berlaku pilihan raya atau berlaku pemilihan pada peringkat parti. Mungkin kerana orang Melayu rata-rata beragama Islam di negara ini, maka nilai kemelayuan itu selalu dikaitkan dengan sifat yang dikehendaki sebagai pemimpin Muslim juga. Tidak mudah menjadi pemimpin Melayu sebenarnya, khususnya dalam senario negara pelbagai kaum. Pemimpin kerajaan dari kalangan Melayu harus memakai dua pakaian, sepasang sebagai pemimpin rakyat Malaysia, sepasang lagi sebagai pemimpin Melayu.
Ada pandangan semasa yang mengatakan pemimpin Melayu tidak wajar lagi menjadi juara bangsanya. Mereka harus melihat daripada kerangka minda yang lebih besar. Lalu mereka akan cuba mengatakan perlunya dibenamkan saja hal-hal seperti Agenda Melayu atau sebarang dasar yang pro-Melayu. Tetapi tuntutan sedemikian tidak pula terdengar dipaksakan pada pemimpin kaum lain. Malah seringnya ada pemimpin bukan Melayu yang berselindung di sebalik kepelbagaian budaya atau multi-culturalism untuk mengetengahkan agenda perkauman secara halus.
Titik tolaknya ialah niat perjuangan masing-masing. Idealisme boleh padam oleh waktu dan keperluan. Bara perjuangan juga boleh pupus. Malah, hari ini usaha memperjuangkan nasib orang Melayu boleh dicemuh oleh orang Melayu sendiri. Zaman berubah, begitu juga nilai dan kepentingan. Pemimpin Melayu hari ini memerlukan kekuatan luar biasa untuk menempatkan di mana sebenarnya mereka di antara menjadi realis, pragmatis atau oportunis.
Biarlah kisah pemimpin besar Islam menjadi pedoman. Biarlah kitab Sejarah Melayu dipelajari oleh semua. Biarlah buku ungkapan nasihat yang ditulis oleh Tenas sentiasa menjadi rujukan. Moga-moga di tengah haru-biru banyak pemimpin Melayu menanyakan diri, kedudukan dan peranan mereka pasca pilihan raya 2008, mereka akan diberikan kekuatan dan pedoman untuk terus memperjuang dan membela bangsa, agama dan tanah air. Itupun sekiranya konsep itu tidak dijadikan bahan cemuhan anak bangsanya sendiri.

Bukti penajaan mampu kekang gejala sosial pelajar asing

LANGKAH Kementerian Pengajian Tinggi mengkaji peraturan baru bagi mengelak pelajar asing menyalahguna pas pelajar untuk bekerja sepatutnya sudah lama dilaksanakan. Kita mengalu-alukan kenyataan Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, yang mahu pelajar asing mengemukakan bukti sumber penajaan ketika memohon untuk melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi di negara ini bagi membendung masalah yang ditimbulkan segelintir mereka. Hakikat ada rakyat asing yang mengambil kesempatan daripada kelonggaran peraturan untuk belajar ketika berada di negara ini, memerlukan tindakan secara menyeluruh. Langkah menyegerakan kajian termasuk pelaksanaan peraturan berkenaan kerana masalah yang ditimbulkan pelajar semakin membimbangkan perlu mendapat kerjasama semua pihak. Kedatangan mereka pada awalnya dengan mendaftar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) atau swasta (IPTS), tetapi bekerja secara haram termasuk dalam kegiatan tidak bermoral, menambahkan lagi masalah kehadiran rakyat asing di negara ini. Banyak kegiatan maksiat terutama pelacuran dan terbaru menjadi penyeludup dadah tajaan sindiket dadah antarabangsa turut membabitkan pelajar warga asing.
Tindakan segelintir pelajar asing bukan saja mencemarkan imej negara mereka di kalangan rakyat negara ini, malah menyebabkan pelajar asing yang berada di pusat pengajian di negara ini, terganggu tumpuan mereka. Dianggarkan kira-kira 50,000 pelajar asing menuntut IPTA dan IPTS di negara ini dan jumlah berkenaan meningkat setiap tahun. Purata setiap tahun, 200 pelajar asing ditahan kerana menyalahgunakan pas belajar untuk bekerja. Jumlah itu membimbangkan kita kerana mereka melencong daripada tujuan asal untuk belajar, sebaliknya melihat kemakmuran dan peluang yang ada di negara ini untuk mencari rezeki. Langkah memperketatkan peraturan termasuk meminta mereka mengemukakan bukti penajaan sekurang-kurangnya dapat mengelakkan mereka menyalahgunakan pas yang diberikan. Bukti penajaan ini penting sama seperti penghantaran pelajar kita ke luar negara melalui penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau Mara. Malah, mereka yang dibiayai ibu bapa turut mengemukakan jumlah pendapatan bagi membolehkan anak mereka diterima belajar di luar negara. Ini adalah prosedur asas kebanyakan negara maju bagi memastikan pelajar yang datang ke negara berkenaan, semata-mata untuk melanjutkan pengajian bukan untuk bekerja. Negara seperti Britain, Australia dan Amerika Syarikat, mempunyai banyak peluang pekerjaan terutama pekerjaan kelas rendah untuk dilakukan.
Kita juga berharap IPTA dan IPTS perlu memastikan pelajar asing yang mendaftar pengajian mematuhi peraturan ditetapkan. Ini boleh dilakukan dengan mengetatkan kawalan pergerakan pelajar. Jangan sampai keinginan mengaut keuntungan menyebabkan mereka lupa tanggungjawab memastikan pelajar asing mematuhi peraturan negara. Ini penting kerana wujud institusi pengajian tinggi yang hanya ingin mengaut keuntungan dan membiarkan pelajar melakukan apa yang mereka suka di negara ini termasuk bekerja secara haram. Sudah sampai masanya kita memperketatkan peraturan bagi memastikan kebanjiran pelajar asing benar-benar tulen, bukan menggunakan status pelajar untuk bekerja di negara ini. Kita tidak mahu masalah ini berterusan kerana kebanjiran pekerja asing sama ada secara sah dan haram lebih banyak menimbulkan masalah daripada menyelesaikannya. Mereka bukan saja dilihat mengambil alih pekerjaan penduduk tempatan malah menyumbang kepada masalah sosial yang dihadapi negara sekarang.
Berita Harian
Label:
Petikan Artikel
Langgan:
Catatan (Atom)