Isnin, 27 Ogos 2007

Pitis (duit)

Suatu Jumaat Pak Mat pergi ke masjid untuk mengerjakan sembahyang Jumaat. Oleh kerana Pak Mat memakai kain dan baju Melayu, dia hanya membawa RM1 untuk tambang bas pergi dan balik dari masjid. Selepas menerima baki wang dari konduktor bas, Pak Mat memasukannya iaitu sekeping wang 50 sen ke dalam saku baju melayunya.

Apabila tiba waktu sembahyang dia pun sama-sama berdiri mengikut jemaah lain..

Ketika hendak rukuk, duit 50 sennya tadi terjatuh dan tergolek di saf depan, memikirkan itu sahaja wang yang dia ada Pak Mat pun menegur orang disaf depan,

Pak Mat : Jange Ambik Pitih aku tuh

Jemaah 1 : Eh, aku tok sey limo puluh sen tuh gak

Jemaah 2 : Weh ore semaye mane buleh kecek

Jemaah 3 : Hok mung kecek tuh..

Jemaah 4 : Mujo Aku tok kecek deh