Isnin, 24 September 2007

Profesor Serbia bina rumah guna botol plastik


KRAGUJEVAC: Seorang profesor matematik Serbia mempunyai cara tersendiri bagi meraikan persaraan beliau dengan berpindah ke sebuah rumah dibinanya sendiri daripada botol plastik.

Tomislav Radovanovic mengambil masa selama lima tahun untuk membina rumah yang diperbuat daripada 13,500 botol plastik dengan keluasan 60 meter persegi.

Beliau memberitahu agensi berita Tanjug bahawa beliau berharap dapat mencatatkan ia dalam Guinness Boof of Records dan sudah membuat permohonannya. - Agensi