Isnin, 24 September 2007

Sumber kewangan bagi orang kurang upaya


Orang Kurang Upaya (OKU) sering dipandang serong sebagai `membebankan' dan kebajikan mereka perlu ditanggung oleh keluarga atau kerajaan.Tetapi ini tidak benar. Sebenarnya, jika diberi peluang, mereka juga boleh menyumbangkan kepada pembangunan ekonomi negara.

Malangnya, disebabkan wujud beberapa halangan, yang bukan kesemuanya berkaitan dengan ketidakupayaan, OKU diketepikan khasnya daripada segi pekerjaan dan ini menyebabkan kerugian besar daripada segi ekonomi kepada seluruh dunia.

Bank Dunia menganggarkan bahawa pada tahun 2000 berlaku kerugian berjumlah antara RM5.2 trilion dan RM7.37 trilion dalam keluaran kasar dalam negara di seluruh dunia ekoran peminggiran golongan OKU daripada arus utama masyarakat.

Bagi Malaysia, angka itu dianggarkan antara RM4.48 bilion dan RM6.38 bilion.Persatuan Akauntan Berkanun Bertauliah (ACCA) dalam buku panduannya mengenai Kewangan Peribadi berkata dalam mengiktiraf potensi golongan OKU, kerajaan melancarkan Kod Amalan Penggajian Orang Kurang Upaya (Kod OKU) pada 2001.


Objektif

Antara objektif yang digariskan dalam kod itu:Untuk menyediakan garispanduan mengenai peluang pekerjaan bagi mereka yang cacat dalam sektor swasta.

Garispanduan itu adalah bagi jabatanjabatan kerajaan, majikan, kesatuan sekerja dan golongan kurang upaya.

Untuk mewujud dan meningkatkan kesedaran di kalangan majikan sektor swasta supaya lebih banyak peluang pekerjaan disediakan bagi OKU.

Untuk menerapkan kesedaran di kalangan OKU akan pentingnya belajar kemahiran dan menimba pengetahuan untuk membolehkan mereka bekerja.

Bagi penggajian OKU dalam sektor awam, kerajaan telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan No. 10/1998 yang memperuntukkan 1 peratus daripada peluang pekerjaan kepada OKU.


Insentif kewangan

Selain daripada peluangpeluang kewangan, juga terdapat insentif kewangan bagi majikan dan juga OKU seperti yang diperuntukkan oleh undangundang berikut:

* Akta Cukai Pendapatan, 1967 Amnya, seorang warganegara yang membayar cukai layak menuntut pelepasan RM8000 bagi diri, RM3000 bagi isteri dan RM1000 bagi setiap anak.

Sekiranya pembayar cukai adalah daripada golongan OKU, pelepasan tambahan RM5000 dibenarkan.

Bagaimanapun, jika isteri adalah OKU pelepasan tambahan RM2500 dibenarkan dan jika anak pula OKU, satu pelepasan sebanyak RM5000 dibenarkan.

Selain daripada itu, satu pelepasan maksimum sebanyak RM5000 juga dibenarkan bagi pembelian peralatan asas sokongan bagi pembayar cukai OKU ataupun bagi isteri, anak atau ibu bapa yang kurang upaya.

Bagi majikan, mereka akan menikmati potongan cukai dua kali bagi gaji dan manfaat yang dibayar kepada setiap kakitangan OKU dan kerana melatih manamana OKU yang bukan kakitangan mereka.

* Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), 1991KWSP mempunyai skim pengeluaran khas bagi mereka yang hilang upaya fizikal atau mental.

Di bawah skim ini, anggota-anggota dibenar mengeluarkan wang simpanan dalam usaha mengurangkan beban kewangan mereka.

Bagaimanapun, syaratsyarat ketat dikenakan di mana OKU perlu kemukakan dokumen berikut:

1. Borang KWSP 9B (AHL);
2. Borang KWSP (3A) (AHL);
3. Satu laporan perubatan yang dikeluarkan oleh seorang doktor. Laporan itu mesti mengesahkan tahap ketidakupayaan dan orang berkenaan tidak lagi boleh bekerja, dan status kesihatan semasa;
4. Kad Pengenalan;
5. Salinan Surat Peletakan Jawatan atau Pemberhentian Khidmat daripada majikan; dan
6. Satu salinan buku akaun simpanan atau akaun semasa bank yang masih aktif.

Setelah kesemua syarat dipenuhi, KWSP akan terus mendeposit wang itu kepada akaun bank OKU. Selain daripada itu, sebagai tanda prihatin, KWSP juga membayar tambahan RM5000.

* Akta Keselamatan Sosial Pekerja (Perkeso), 1969Perkeso menyediakan skim perlindungan terhadap:kemalangan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja atau pulang dari tempat kerjakemalangan di tempat kerja; atau penyakit di tempat kerja yang disebabkan oleh pendedahan kepada pelbagai bahaya di tempat kerja.

Sebagai contoh, kehilangan pendengaran kerana terdedah kepada bunyi kuat di tempat kerja.

Jika kemalangan menyebabkan hilang upaya kekal, kakitangan berhak mendapatkan faedah hilang upaya kekal.

Menurut maklumat daripada laman web Perkeso, jika kehilangan upaya kekal di nilai sebagai 100 peratus, kadar bayaran harian adalah bersamaan dengan 90 peratus daripada anggaran upah harian purata, tertakluk kepada kadar minimum harian sebanyak RM10.


Dokumen

Untuk melayakkan diri bagi manfaat itu, OKU perlu menyediakan dokumen berikut:

satu permohonan bertulis kepada pejabat Perkeso tempatan bagi rujukan ke Lembaga Perubatan; laporan perubatan; dan satu borang tuntutan (Borang 10).

Kesemua undangundang di atas dirumuskan untuk melindungi mereka yang cacat, sejak lahir atau akibat kemalangan di tempat kerja.

Perlindungan itu turut dilanjutkan kepada anggota keluarga terdekat seperti isteri, anak dan ibu bapa untuk meringankan beban kewangan keluarga.

Bagaimanapun, apa yang diperlukan ialah lebih banyak peluang pekerjaan bagi OKU.Sementara mengurangkan kerugian daripada segi keluaran kasar dalam negara, peluang-peluang pekerjaan akan memberikan mereka peluang untuk membuktikan keupayaan masing-masing yang seringkali dipandang remeh oleh masyarakat.

Bernama