Khamis, 11 Oktober 2007

Kereta Elektrik 'Bola'


Baru-baru ini, syarikat Nissan Motor Co. mendedahkan kenderaan elektrik terbarunya. Kenderaan yang dinamakan Pivo 2 itu dipamerkan dalam satu majlis media di Tokyo, Jepun.

Acara pendedahan Pivo 2 itu telah disempurnakan oleh naib presiden kanan syarikatnya merangkap ketua pereka, Shiro Nakamura dan pengurus besar bahagian pembangunan teknologi syarikat, Minoru Shinohara.

Kereta berbentuk seperti bola itu mempunyai pintu yang boleh dibuka daripada mana-mana arah kerana ia merupakan kabin 360 darjah. Ini bermakna, anda juga boleh membuka pintu dari hadapan tempat pemanduan!