Khamis, 11 Oktober 2007

Peranti Bawah Air

Sebuah peranti prototaip multi fungsi berkonsepkan bawah air telah dipamerkan dalam satu pameran rekaan di Taipei, Taiwan baru-baru ini.

Peranti tersebut dipamerkan oleh seorang saintis dari Pusat Penyelidikan Teknologi Industri Taiwan, Horus Shu.

Peranti berbentuk seperti ikan pari itu dipasangkan dengan kuasa tujuh pam bateri dan berupaya menyelam sehingga tiga meter di bawah permukaan air selama enam jam.

Para pengkaji berkata, pada masa hadapan, peranti yang berukuran 30 x 30 x 15 sentimeter itu boleh dibangunkan menjadi ikan peliharaan permainan yang berinteraksi dengan manusia.

Dilengkapi dengan kamera bina dalam, ia juga boleh dibangunkan menjadi mesin navigasi bawah air.

Kosmo 11 Oktober 2007