Masalah kurang pengencingan (lebih kurang tiga kali sahaja sehari), lazimnya berlaku kerana kurang minum air, banyak berpeluh, mandi air panas dan menggunakan kipas laju atau pendingin hawa.
Tetapi pengencingan penting kerana tubuh perlu mengeluarkan bahan-bahan buangan larut air daripada tubuh. Kebanyakan daripada makanan kita mengandungi pengawet, racun serangga dan bahan-bahan kimia berbahaya dalam kuantiti berbeza. Kebanyakan daripadanya dan bahan cemar lain di alam sekitar boleh larut dalam air, sementara ada yang tidak boleh larut. Kesemua ini mewakili bahan-bahan yang perlu dikeluarkan daripada tubuh kita.
Buah pinggang kita mempunyai kapasiti untuk mengeluarkan semua bahan larut ini melalui kencing. Pada masa yang sama, semua bahan yang tidak boleh larut disimpan dalam sel-sel tisu lembut di pelbagai bahagian tubuh.
Tisu pengalas di bahagian dalam keseluruhan sistem penghadaman, saluran darah, mulut, tiub Falopio dan rahim, otak, payudara, kelanjar tiroid, hati, kelanjar prostat, serviks, dsb. terdiri daripada tisu lembut yang boleh menampung endapan bahan-bahan tidak boleh larut ini.
Selain itu makanan dan minuman lazimnya berciri alkali atau asid. Kehadiran kalium, kalsium, magnesium, dsb menyebabkan ciri alkali. Produk-produk tumbuhan seperti bawang putih, asam jawa, mangga, epal masam, bijirin, betik, langsat, rambai, nangka dan yang lain mengandungi asid.
Galian alkali seperti kalium, kalsium, magnesium dan natrium yang neutral mempunyai darjah kelarutan yang tinggi. Bagaimanapun dengan kehadiran vitamin-D, kalsium tidak boleh larut, oleh itu, galian ini walaupun terdapat berlebihan dalam tubuh tidak dapat dikeluarkan. Oleh itu lebihan kalsium ini memasuki tisu-tisu lembut, dan terenap sebagai kristal kalsium oksalat.
Sebagai contoh jika enapan ini berlaku dalam saluran darah, ia akan menyebabkan saluran darah menebal dan rongga di dalam (lumen) menjadi semakin sempit. Ini seterusnya mengurangkan isipadu dalam saluran dan meningkatkan tekanan darah yang menyebabkan penyakit darah tinggi dan komplikasi lain.
VITAMIN D PUNCA KALSIUM TIDAK DAPAT LARUT
Kulit kita mempunyai kapasiti untuk menghasilkan vitamin-D menggunakan cahaya matahari. Oleh kerana cahaya matahari tidak memadai di kawasan iklim sederhana, penduduk di situ lazimnya menghadapi masalah kekurangan vitamin-D. Oleh yang demikian, para pengeluar makanan di situ memperkayakan produk-produk makanan mereka dengan vitamin ini. Ini akhirnya membawa kepada pengambilan berlebihan vitamin itu walaupun di negeri-negeri iklim sederhana.
Di negara-negara tropika, oleh kerana cahaya matahari ini tidak menjadi masalah, orang ramai tidak mengalami masalah kekurangan vitamin-D. Bagaimanapun, jika mereka mengambil makanan yang diperkaya dengan vitamin-D, mereka juga akan mengalami kemudaratan.
Keadaan ini diburukkan oleh tabiat kurang minum dan kurang membuang air.
Lazimnya untuk menyingkirkan lebihan kalsium yang larut dalam air daripada tubuh, sebelum ia terenap, memerlukan pengambilan air bersih sebanyak 2-2 1/2 liter setiap hari secara jadual, diikuti dengan 8-10 kali pengencingan.
Jika seseorang mempunyai tabiat kurang membuang air, katakan 2 atau 3 kali sahaja setiap hari, maka dengan kehadiran vitamin-D jumlah besar kalsium mula terenap dalam sel-sel. Pengumpulan Kalsium ini menyebabkan se-sel membesar menerusi satu proses yang dikenali sebagai hipertrofi dan seterusnya menyebabkan otot menjadi keras. Atas sebab yang sama, obesiti morbid yang menyebabkan penyakit juga meningkat.
SEL-SEL MULA MEMBAHAGI
Apabila peningkatan seperti ini berterusan melampaui had tampung, maka sel itu membelah menjadi dua menerusi satu proses yang dikenali sebagai mitosis dan proses itu berterusan. Pembahagian sel seperti ini mengakibatkan pembentukan gumpulan atau ketumbuhan. Ini, di peringkat lanjut, boleh bertukar sepenuhnya kepada kanser.
Apabila sesuatu gumpulan itu menjadi terlalu besar ia terpisah daripada tapaknya dan bergerak menerusi saluran limfa sehingga tersangkut di nodus limfa menyebabkan kanser merebak kepada bahagian-bahagian lain badan.
Bahagian yang terpisah itu terus mengumpul lebih banyak kalsium dan menjadi bertambah besar sehingga kanser matang, dan menjejaskan fungsi tubuh serta menyebabkan kematian.
Oleh itu, pembentukan kanser nampaknya berkaitan langsung dengan peningkatan besar dalam kalsium, khasnya kerana pengencingan yang kurang, diburukkan lagi dengan pengambilan makanan pelengkap kaya kalsium dan vitamin-D selain makanan dan minuman harian.
Pada wanita yang mengalami haid, sebilangan besar kuantiti kalsium disingkirkan melalui bendalir haid secara berjadual setiap bulan. Apabila tiba peringkat putus haid, kadar enapan kalsium meningkat berkali ganda yang seterusnya menyebabkan berat badan naik dan juga saiz payudara bertambah, yang sesuai bagi pembentukan satu atau lebih gumpulan.
BOLEHKAH ENAPAN KALSIUM DICEGAH?
Memakan berlebihan makanan kaya kalsium seperti ikan bilis, telur, susu (khasnya dalam bentuk tepung), keju, air kelapa, biskut yang diperkaya kalsium dan vitamin-D, makanan dan minuman, dan juga makanan pelengkap dengan kalsium harus dielakkan. Jika terdedah lama kepada sinaran matahari juga mempercepat proses endapan.
Pengambilan air setiap hari juga perlu dipertingkat kepada lebih kurang 2 - 2 1/2 liter, dan mengeluarkan hampir kesemuanya dengan pengencingan lebih kurang 8-10 kali.
Pencegahan kenaikan berat badan oleh kerana makan berlebihan hanya boleh dilakukan dengan mengurangkan kuantiti makanan, di sebalik cuba membakar kalori dengan bersenam secara berlebihan. Ini adalah kerana senaman yang menyebabkan tubuh berpeluh seringkali menyumbangkan kepada masalah kurang pengencingan yang hanya memburukkan lagi keadaan. Lagipun, kehilangan kalsium menerusi senaman biasanya minimum.
Nisbah input air/output kencing harus berada hampir 1.0 sepanjang masa. Ini hanya boleh dicapai dengan mencegah kehilangan banyak air. Mengelakkan senaman berpeluh, mandi air panas, dan menggunakan kipas pada kelajuan tinggi akan membantu mengurangkan kehilangan air.
Meminum air suling (atau air hujan tulen yang secara semulajadi bersifat sedikit asidik) banyak membantu dalam melarutkan enapan kalsium dalam sel. Gumpulan dan bentuk-bentuk barah yang lain di peringkat awal menunjukkan tindakbalas baik terhadap makanan dan minuman berasid.
Berbanding ubat-ubatan farmaseutikal, produk tumbuhan semulajadi lebih baik bagi tujuan ini. Dua spesies tanaman tropika yang mengandungi sap sangat berasid, iaitu Hibiscus sabdariffa (asam subur) dan Cissus quadrangularis sangat sesuai bagi tujuan ini. Mereka membantu dalam meneutral alkali dengan melarut kalsium dan juga gumpulan di peringkat pra atau awal perkembangan kanser. Kaedah ini lebih baik berbanding ubat antagonis kalsium.
Kesan endapan kalsium secara berlebihan kerana kurang pengencingan dan hubungkaitnya dengan penyakit-penyakit lazim pada manusia akan dijelaskan lanjut dalam bahagian kedua minggu depan.
Dr Palani berkata hasil kajiannya boleh menjelaskan kesemua penyakit manusia. Dr. Palani yang telah menulis beberapa buah buku dalam bidang ini, yang terbaru "Human Diseases" (Penyakit Manusia), membincangkan semua penemuannya dalam siri lapan bahagian ini. Beliau boleh dihubungi di (6-03)62722284 / (6)012-2071414 / e-mel: vmpalani@streamyx.com
Oleh Dr. V.M. Palaniappan, PhD
Bernama