PETALING JAYA - Sistem pengesanan pesalah jenayah ke atas kanak-kanak yang bakal diperkenalkan polis dijangka berkesan memastikan penjenayah tidak mengulangi perbuatan terkutuk itu.
Pengarah Eksekutif Shelter Home for Children, James Nayagam berkata, dengan adanya sistem itu, setiap pesalah yang didakwa di mahkamah perlu melaporkan kedudukan di mana jua mereka berada.
"Kita mahu supaya ada jaringan keselamatan untuk hak dan keselamatan kanak-kanak," katanya selepas Majlis Pelancaran Bengkel Latihan Polis Peningkatan Kepekaan Dalam Mengendalikan Mangsa Penderaan Kanak-Kanak di sini semalam.
Menurut James, Menteri Pembangunan Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telahpun mengumumkan perkara tersebut, tetapi belum diketahui bila rancangan itu akan dilaksanakan.
Kosmo! 20 November 2007