Rabu, 28 November 2007

Telefon kawal penyedut hampagas


Selama ini, kita sering dikhabarkan tentang keupayaan telefon bimbit yang boleh menjadi alat kawalan jauh bagi barangan dan peralatan di rumah pada masa akan datang, tetapi kini ia semakin direalisasikan.

Baru-baru ini di Seoul, syarikat mudah alih Korea Selatan, KTF telah menunjukkan bagaimana telefon bimbit boleh mengawal sejenis penyedut hampagas.

Penyedut hampagas tersebut merupakan sebuah robot penyedut hampagas yang dinamakan Iclebo.


Selain bertindak sebagai pembersih vakum, ia juga boleh mengesan penceroboh dan menghantar mesej berjaga-jaga kepada pemiliknya.


-Kosmo!