Jumaat, 7 Disember 2007

Robot kemahiran keibubapaan


Bagaimana agaknya cara untuk melatih ibu bapa kemahiran keibubapaan yang baik terutama dalam penjagaan bayi? Mungkin robot My Baby 2 ini boleh membantu.

Bayi robotik ini direka khusus untuk mengajar ibu bapa kemahiran keibubapaan dengan meminta mereka memberi susu, menukar lampin dan menidurkannya.

Bayi robotik My Baby 2 dipamerkan dalam pameran robot antarabangsa di Tokyo, Jepun baru-baru ini.

My Baby 2 akan merekodkan segala data tentang bagaimana seseorang ibu atau bapa menjaganya.

Kosmo!