Myoglobin
Apa yang anda tahu mengenai Myoglobin? Myoglobin adalah sama dengan hemoglobin yang memberikan darah berwarna merah terang dan membawa oksigen menerusi pengaliran darah. Myoglobin didapati dalam tisu otot dan juga mempunyai hubungan yang rapat dengan oksigen.
"Hubungan oksigen dan myoglobin inilah yang membentuk variasi warna daging," kata Daniel L. Fletcher di Jabatan Sains Haiwan, Universiti Connecticut.
"Semakin banyak myoglobin, semakin gelaplah warna daging."
Katanya, daging ayam belanda terdiri daripada otot dan otot diperbuat daripada dua jenis serat. Serat fast-twitch digunakan dengan pantas ketika aktiviti yang jarang dilakukan, sementara slow-twitch digunakan untuk aktiviti biasa atau lanjutan.
Myoglobin mengunci oksigen dan membiarkan sebegitu sehingga otot penat. Otot yang selalu digunakan mempunyai lebih banyak myoglobin. Ayam belanda selalu menggunakan kakinya dan sebab itulah, daging paha lebih gelap. Ayam belanda tidak terbang, maka ia tidak menggunakan otot dada yang banyak. Itu sebabnya daging pada bahagian dada haiwan ini lebih putih.
Kepelbagaian amaun myoglobin antara spesies juga menyumbang kepada perbezaan warna daging.
"Daging dada ayam kurang myoglobin dan kerana itulah, ia berwarna putih," kata Fletcher. "Lembu mempunyai banyak myoglobin dan sebab itulah, dagingnya lebih gelap."
Kosmo!