Sebuah sistem kuasa tenaga solar telah dibangunkan oleh sebuah institut Taiwan. Ia dilengkapi teknologi yang dapat mengurangkan sejumlah besar kuantiti sel solar yang digunakan.
Institute of Nuclear Energy Research di Taoyuan, utara Taiwan telah membangunkan sistem itu yang disifatkan akan merealisasikan matlamat untuk menambah efisiensi penggunaan tenaga solar dan menjimatkan kos.
Pakar industri menjangkakan sistem itu akan menjadi produk fotovoltaik utama kerana ketinggian efisiensinya pada tahun 2010.
Produk ini juga dikatakan lebih baik daripada sistem sedia ada iaitu sel solar yang berasaskan silikon.
Kosmo!