LOS ANGELES - Bintang pop bermasalah, Britney Spears kembali menjalinkan hubungan cinta dengan kekasihnya Adnan Ghalib walaupun baru-baru ini dia membuat keputusan untuk meninggalkan lelaki itu, lapor sebuah akhbar semalam.
Spears dan Adnan dirakam menikmati suasana makan malam romantik di Restoran Taverna Tony di Malibu, California dan kemudian mereka keluar beriringan sambil berpegangan tangan.
Satu sumber mendakwa, Spears kembali ke pangkuan Adnan setelah jurugambar selebriti itu merayu-rayu agar diberi peluang kedua.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Opps!... I did Again itu bertindak memutuskan hubungan dengan Adanan selepas mendapat maklumat gambar mereka bersama dijual dengan harga £500,000 (RM 2.3 juta).
Sementara itu, Spears memohon kepada sebuah mahkamah di Los Angeles agar dia diberikan semula hak melawat dua anaknya, Sean Preston, 2, dan Jayden James, 1 dengan dipantau oleh seorang pegawai.
Hak penjagaan dan lawatan lawatan Spears terhadap Sean serta Jayden dibatalkan mahkamah setelah dia melanggar syarat lawatan yang kini dimiliki secara penuh oleh bekas suaminya, Kevin Federline.
- Agensi