Pada pertengahan Disember lalu, ahli astronomi berjaya merakamkan komet Holmes yang kelihatan bersinar di antara bintang-bintang di langit. Ia dirakamkan hampir betul-betul tegak di atas kepala pada waktu malam dari Tyler, Texas, Amerika Syarikat.
Komet tersebut boleh dilihat secara jelas dengan mata kasar sejak Oktober lalu apabila ia menambahkan kecerahannya berjuta-juta kali ganda.
Kewujudannya menjadikan ia merupakan objek paling besar dalam sistem solar saat ini. Pada November lalu, komet ini diukur dan memiliki purata diameter 869,900 batu.
Semakin lama ia semakin membesar tetapi semakin pudar. Bagaimanapun, ia masih boleh dilihat dalam kawasan gelap yang kurang cahaya pada ketika ini.
Kosmo!