Rabu, 2 Januari 2008

Robot mengecam imej


Robot mini terbaru yang dihasilkan di Jepun boleh melakukan pengecaman kepada imej menerusi kamera dalamannya.

Robot humanoid yang dinamakan robot mini Fujitsu Automation HOAP-3 itu diperkenalkan semasa anugerah Robot 2007 di Tokyo, Jepun. Ia boleh dikawal menerusi wayar ataupun tanpa wayar.

Selain mengecam dan mengesan imej, robot setinggi 60 sentimeter ini juga boleh mengambil barangan kecil seperti bola mini dan boleh menendang bola.
Kosmo!