Khamis, 21 Februari 2008

10 spring tertanam dalam badan wanita


BEIJING: Doktor merawat seorang wanita yang mengadu sakit belakang terkejut apabila menemui 10 spring kecil tertanam di dalam tubuhnya.

“Otot di sekeliling tulang belakang amat ketat dan saya tidak dapat menunjukkan tempat sakit dengan tepat,” kata Li, 47.

Doktor pada awalnya tertanya-tanya apabila ujian sinar x menunjukkan tanda putih di sepanjang tulang belakang wanita itu, lapor Beijing Evening Post.

Ketua Pakar Bedah, Dr Jin, berkata: “Kami mengeluarkan lima spring kecil daripada belakangnya, yang tertanam satu hingga 1.5 sentimeter dalam kulit. Sebahagian daripadanya tumbuh bersama-sama otot dan berkarat.”

- Agensi