Khamis, 21 Februari 2008

Penyebar foto bogel dicari


Edison Chen

BEIJING: Polis di Beijing berikrar untuk menahan mereka yang didapati menyebarkan gambar bogel beberapa bintang pop Hong Kong yang disiarkan melalui internet baru-baru ini. Polis Hong Kong berkata sejumlah 1,300 rakaman peribadi selebriti terbabit dicuri oleh kakitangan sebuah kedai membaiki komputer yang dipercayai milik seorang penyanyi kelahiran Kanada yang juga pelakon, Edison Chen.

Skandal berkenaan menyebabkan ramai yang cuba memuat turun dan berkongsi gambar terbabit. Polis Hong Kong juga membuat beberapa tangkapan dan siasatan masih dijalankan.

Media China berkata polis di Shenzhen yang bersempadan Hong Kong menahan 10 orang yang disyaki mengeluarkan, menjual dan membeli cakera padat gambar terbabit.

- Reuters