Kemunculan lebih 10 objek dengan perbagai bentuk kalimah 'tauhid' yang dihasilkan oleh awan di ruang angkasa, telah menggemparkan hampir 200 murid dan guru di sebuah Sekolah Agama, di sini.
Objek yang mempamerkan dengan begitu jelas kalimah 'Allah', 'Lillahi', 'Bismi' ini disedari seorang pelajar yang baru saja selesai menunaikan solat Asar, pelajar tersebut kemudiannya memaklumkan kejadian aneh ini kepada seorang guru sekolah tersebut.
Objek yang mempamerkan dengan begitu jelas kalimah 'Allah', 'Lillahi', 'Bismi' ini disedari seorang pelajar yang baru saja selesai menunaikan solat Asar, pelajar tersebut kemudiannya memaklumkan kejadian aneh ini kepada seorang guru sekolah tersebut.
Selain kalimah tersebut terdapat juga objek yang melakarkan bentuk lembaga sedang sembahyang pada kedudukan tahiyat akhir dengan memakai serban.
Kesemua objek yang terbentuk hasil pergerakan awan ini dipaparkan di udara selama kira-kira setengah jam, bermula dari jam 5.45 hingga 6.15 petang, kemunculan objek ini telah menarik perhatian semua pelajar dan guru sekolah tersebut yang tidak melepaskan peluang menyaksikan kejadian aneh ini sehingga objek ini lenyap dari penglihatan mereka.
Guru-Guru sekolah tersebut yang ditemui mengesahkan kejadian aneh ini, mereka juga menunjukkan rakaman peristiwa yang dianggap ganjil ini melalui telefon bimbit mereka, bagaimanapun disebabkan kedudukan kalimah tersebut begitu tinggi di angkasa, hanya kalimah yang bersaiz besar sahaja dapat dirakam dengan jelas.
Menurut seorang guru yang ditemui, memberitahu, ada di antara kalimah-kalimah tersebut yang terbentuk lengkap dengan baris dan juga tanda sabdu, seperti kalimah 'Allah', yang menjadikannya sangat jelas untuk dibaca.
"Walaupun objek-objek ini bergerak-gerak apabila ditiup angin tetapi bentuk asalnya tidak berubah, hanya kedudukannya saja yang berubah.
"Apabila kalimah-kalimah ini hilang, muncul pula objek dari arah sisi yang menunjukkan lakaran seseorag sedang bersembahyang pada kedudukan tahiyat akhir, dengan memakai serban," katanya.
Sementara itu Timbalan Pesuruhjaya (TPJ) PAS Johor, Ustaz Atan Gombang, ketika diminta mengulas kejadian ini, berkata, warga sekolah ini amat bertuah kerana telah diperlihatkan dengan suatu kejadian yang menunjukkan kebesaran Allah SWT.
"Bukan semua orang bernasib baik dapat melihat kejadian-kejadian yang amat ganjil ini, mudah-mudahan lakaran objek yang ada kaitannya dengan agama Islam yang maha suci ini akan memberi taufik dan hidayah serta inayah Allah swt kepada kita semua dengan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar," katanya.
Harakah