LSD ialah sejenis dadah psikotropik yang kuat yang lazimnya digunakan untuk menenangkan pesakit yang diserang histeria ataupun gangguan mental. LSD dalam bentuk cecair lazimnya kelihatan jernih, tidak berbau dan tiada rasa dan mampu larut di dalam air. Nama LSD berasal dari perkataan Jerman Lyserg-Säure-Diäthylamid.