Rabu, 20 Februari 2008

Remaja bunuh diri gemparkan penduduk


WALES - Penduduk di Bridgend, Wales kelmarin sekali lagi digemparkan dengan satu kematian ngeri apabila seorang lagi gadis remaja ditemui membunuh diri dengan menggantung dirinya di sebatang pokok, lapor sebuah akhbar semalam.

Pihak polis dan beberapa ahli politik bagaimanapun mempertahankan bahawa kematian gadis itu, Jenna Parry (gambar) tiada kaitan dengan 16 lagi remaja yang sebelum ini menggantungkan diri di bandar tersebut.

Pengawal Keselamatan, Michael Bennett, 61, menjumpai mayat remaja berusia 16 tahun itu ketika dia sedang berjalan bersama anjingnya.

"Saya tidak faham mengenai perkara ini. Apa yang terjadi? "Mengapa remaja-remaja di sini melakukan perbuatan seperti ini?

"Ia sangat mengejutkan apabila menemui mayat gadis itu tergantung di atas pokok ini," katanya.

Parry menetap bersama ibu bapanya, Paul, 44, dan Anne, 39 serta dua lagi saudara lelaki di sebuah rumah teres di kampung Cefn Cribwr, berhampiran Bridgend di South Wales.

Remaja itu adalah mangsa ke-17 daripada kalangan mereka yang berusia antara 27 tahun dan ke bawah yang ditemui tergantung di kawasan tersebut sejak tahun lepas.

- Agensi