LOS ANGELES – Aktres Perancis, Marion Cotillard yang memenangi kategori aktres terbaik dalam anugerah Oscar pada minggu lalu mencetuskan kontroversi apabila membayangkan bahawa Amerika Syarikat (AS) merancang serangan 11 September 2001 di New York dan Washington D.C, lapor sebuah akhbar semalam.
Aktres itu secara terbuka mempersoalkan peranan kerajaan Amerika Syarikat (AS) dalam serangan tersebut menerusi sebuah laman web Perancis, Marianne2.
Dalam laman itu, Cotillard yang berumur 32 tahun membayangkan bahawa runtuhan bangunan World Trade Centre (WTC) itu sebenarnya dirancang oleh AS.
“Sebuah bangunan, saya yakin ia terletak di Sepanyol terbakar dalam tempoh 24 jam. Ia tidak runtuh tetapi WTC runtuh dalam tempoh beberapa minit.
“Saya berpendapat, kita menyembunyikan beberapa perkara,” katanya yang memenangi anugerah Oscar memerusi filem La Vie En Rose.
Dia turut memberitahu bahawa bangunan WTC adalah sebuah kompleks yang agak lama dan perlu dibaik pulih.
Pemilik bangunan itu mengetahui bahawa perbelanjaan yang besar
diperlukan untuk melakukan baikpulih berbanding diruntuhkan dan dibina semula.
diperlukan untuk melakukan baikpulih berbanding diruntuhkan dan dibina semula.
Bangunan WTC itu runtuh selepas dua pesawat komersial merempuhnya pada waktu pagi pada 11 September 2001.
Bagaimanapun, sesetengah pihak percaya Cotillard mungkin memusnahkan kariernya sendiri dengan membuat kenyataan sedemikian.
Cotillard turut mempersoalkan sama ada angkasawan AS benar-benar mendarat di bulan pada 1969.
“Adakah seorang lelaki benar-benar berjalan di bulan.
Saya melihat beberapa dokumentari dan saya mula memikirkannya. Saya tidak percaya semua perkara yang diberitahu kepada saya,” katanya.
– Agensi