
NEW YORK - Wartawan kelahiran Kemboja, Dith Pran (gambar) yang kisahnya diabadikan dalam filem The Killing Fields yang memenangi anugerah pada tahun 1979, meninggal dunia semalam, kata rakannya, Sydney Schanberg.
Menurut Schanberg, Dith yang berumur 65 tahun meninggal dunia di sebuah hospital di New Jersey kerana penyakit kanser.
Dia dikesan menghidap penyakit itu hampir tiga bulan lalu.
Dith berkhidmat sebagai seorang penterjemah dan pembantu untuk Schanberg yang merupakan seorang wartawan dari Amerika Syarikat (AS) di Phnom Penh ketika Perang Vietnam mencapai kemuncak pada April 1975.
Schanberg membantu keluarga Dith keluar dari Kemboja.
Bagaimanapun, Schanberg terpaksa meninggalkan Dith selepas Phnom Penh jatuh ke tangan rejim Pol Pot yang berfahaman komunis.
Dith berjaya melarikan diri dari Kemboja empat setengah tahun kemudian.
Dia kemudian menetap di AS dan bekerja sebagai jurugambar untuk akhbar New York Times.
- AP