Ahad, 30 Mac 2008

Lelaki mabuk tersedar berada dalam trak sampah


INDIANA: Selepas minum arak sampai mabuk bersama rakannya pada malam Khamis lalu, seorang lelaki tidak sedar di mana dia tertidur, tetapi hanya terjaga dengan mendapati dia berada dalam trak sampah. Pemandu trak berkenaan sedang memasukkan sampah dari tong ke dalam trak apabila dia mendengar William M Bowen menjerit dari dalam ruang simpanan sampah.

“Dia melihat dan mendapati lelaki itu berdiri di trak sampah kami,” kata Penyelia Keselamatan Pasaran dari syarikat pembuangan sampah Rumpke, Larry Green.

Green berkata, satu-satunya perkataan diberitahu lelaki itu kepada pemandu trak sampah mereka adalah dia kesejukan.

“Lelaki ini memang mabuk teruk,” katanya.

Bowen memberitahu polis yang dia minum arak bersama rakannya di bar Muncie hingga jam tiga pagi, Khamis lalu, tetapi tidak ingat bagaimana dia boleh berada dalam trak sampah itu.

“Saya lega kerana dia selamat dan kami tidak menjumpai mayatnya di dalam trak sampah,” kata Green.

- Agensi