LIAONING: Seorang lelaki pertengahan usia tidak menyangka wanita cantik yang cuba dipikatnya di dalam kereta api di Liaoyuan, China adalah penyeluk saku sehinggalah dia mendapati dompetnya hilang, semalam. Ketika menaiki gerabak kereta api berkenaan, Zhang Chao tertarik dengan wanita muda yang duduk di sebelahnya dan dia cuba memikat wanita itu dengan menceritakan sebuah kisah cinta yang sedih lagi menyayat hati.
Sebaik selesai menceritakan kisah sayu itu, wanita berkenaan mula menangis kerana terlalu sedih dan meletakkan kepala di bahu Zhang.
Selepas wanita itu turun dari kereta api berkenaan, Zhang menyeluk poketnya dan mendapati dompetnya sudah hilang. Dia akhirnya membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.
- Agensi