Khamis, 27 Mac 2008

Lensa untuk binatang


SEORANG pekerja menunjukkan lensa untuk mata kuda (kiri) dan anjing (kanan).

Syarikat S und V Technologies AG baru-baru ini telah mengeluarkan satu produk perubatan yang dipercayai dapat membantu penglihatan haiwan seperti kuda dan anjing.

Syarikat yang baru diasaskan itu telah menampilkan produk lensa boleh lekat ini di makmal syarikatnya di Hennigsdorf, berdekatan Berlin, Jerman.

Syarikat tersebut menghasil dan membangunkan sebatian perubatan bagi tujuan dermatologi estetik berasaskan elemen semula jadi. Antara produk dihasilkan ialah untuk perubatan veterinar.

-Kosmo