Khamis, 27 Mac 2008

Akses bas teknologi


PARA penumpang sebuah syarikat bas di Amerika Syarikat (AS) bakal memperoleh pengalaman akses WiFi percuma dan memanfaatkan skrin sentuh berinformasi. Bas yang dinamakan Connected Bus itu akan membuat kemunculan pertama di kawasan 10 Townsend, San Francisco, AS.

"Ia bersifat penerangan. Jika anda seorang yang berjiwa komputer, ia amat mudah," kata pemandu bas syarikat Muni, Barbara Brooks.

Brooks telah lama memandu bas syarikat tersebut, tetapi dia tidak pernah memandu bas seperti ini. Pertama, bas ini berwarna hijau di luar.

Kedua, ia juga berwarna hijau di dalam dan syarikat tersebut mendakwa, bas ini 95 peratus bebas pengeluaran bahan cemar. Ciri Green Gauge pula memberi informasi tentang impak alam sekitar apabila bas ini melalui bandar.

Untuk membantu para penumpang memahami bagaimana ia berfungsi, David Evans dari Cisco Systems, memberikan penjelasan.

"Kami menggunakan rangkaian data Sprint yang membolehkan penumpang menggunakan komputer WiFi menerusi router Cisco dan dihubungkan kepada internet," kata Evans.

Seorang penumpang yang menguji Connected Bus ialah Colleen November daripada Sizemacom Marketing.

"Ia memberi manfaat kepada semua orang. Anda boleh memulakan hari anda di dalam bas dengan memeriksa emel," kata November.

Komputer di dalam bas disambungkan dengan sistem operasi bas, sekali gus menjadi penilai prestasi. Terdapat lima buah skrin sentuh iaitu sebuah pada tempat pemandu, dua di bahagian atas bas dan dua buah lagi di bahagian belakang bas. Selain memberitahu maklumat tentang info menarik dalam bandar, skrin-skrin tersebut turut memberitahu maklumat tentang berapa lama anda perlu menunggu untuk berpindah ke laluan yang lain. Itulah sebabnya ia dinamakan Connected Bus.

-Kosmo!