
TELEFON bukaan gelongsor SGH-F330 dari Samsung ini menawarkan main ulang muzik sehingga 18 jam yang mengagumkan menerusi pemain muzik tergabung yang mampu memainkan semua format muzik. Butang muzik yang terletak di hadapan dan sisi telefon bimbit memudahkan capaian muzik dilakukan.
Butang laras suara, play, pause, forward dan rewind semuanya berada di hujung jari pengguna. Selain itu, telefon muzik yang bertenaga ini disediakan dengan Pengurusan Hak Milik Digital Windows Media® (WMDRM) yang membolehkan pengguna memindahkan fail muzik yang dibeli antara telefon bimbit dan PC dengan mudah.
Telefon berteknologi tinggi ini dilengkapi dengan sambungan HSDPA (3.5G) yang membolehkan pengguna memuat turut fail besar, menyalurkan video dan juga mengadakan perbincangan video dengan mudah pada kelajuan sehingga 3.6 Mbps.
Turut disediakan ialah kamera 2.0 mega piksel dan slot mikro SD luaran untuk memperbesar memori sehingga 4GB dalam profil 13.5mm yang sangat nipis. SGH-F330 dijual pada harga RM1,399.
Kosmo!