
SYARIKAT yang begitu terkenal dalam penghasilan permainan, Hasbro baru-baru ini memperkenalkan permainan Spiderman yang boleh memanjat dinding.
Dengan menggunakan alat kawalan jauh, permainan watak lelaki labah-labah itu boleh dikawal untuk memanjat atau menuruni dinding. Jurucakap demonstrasi permainan, Brian Marvant menunjukkan bagaimana ia dimainkan di Pesta Permainan Antarabangsa Amerika di New York, Amerika Syarikat.
Permainan ini yang dilengkapi dengan teknologi pam vakum bermotor boleh mendaki dan menuruni dinding mengikut kehendak pengguna. Ia bakal berada di pasaran Amerika Syarikat pada musim luruh ini.
Kosmo!