Rabu, 5 Mac 2008

Hantar mesej bunuh


Rem, watak dewa maut dalam siri Death Note - Gambar Hiasan

TOKYO - Pihak polis di Jepun semalam berjaya mengesan seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang menghantar satu mesej ugutan di internet dengan memberitahu bahawa dia akan membunuh seorang kanak-kanak perempuan lain.

Menurut polis, dia dipercayai sebagai individu termuda yang dituduh dalam kes ancaman di negara berkenaan.

Polis menyatakan, mesej yang dihantarnya adalah: "Saya akan membunuh seorang pelajar sekolah rendah pada 29 Februari pada pukul 1 petang di Saitama."

- AFP